Don't forget to Vote🌟"IZHAN,baba dan ibu ada hal sikit nak bincang dengan kamu ni." Tan Sri Rafi merenung anak sulungnya yang sedang menghirup air Milo.
"Apa yang nak di bincangkan tu baba,ibu?" balas Izhan sambil meletakkan cawan di atas meja.
"Izhan ingat tak ibu ada bagitahu hari tu yang kawan ibu,auntie Suha nak datang rumah kita?"
Izhan angguk.
"Tapi..kenapa ibu tanya Han?Ada apa-apa yang tak kena ke?" Takkanlah ibu nak jodohkan aku dengan anak auntie Suha tu pula.Kan ibu nak kenalkan dengan Si Qirdan tu..Adoi..peninglahhh!
"Kalau boleh ibu nak Izhan bawa girlfriend Izhan datang sekali.Dah lama ibu ni teringin nak kenal dengan gadis pilihan Han tu." Puan Sri Yasmina tersenyum memandang Izhan sebelum mengalihkan pandangan ke arah suami terchentaanya.
"Emm..perlu ke ibu?Rasanya lain kali je la ye?"
"Siapa dia?"Tan Sri Rafi tidak sempat menyudahkan kata-katanya apabila mendengar salam dari seorang gadis.
"Assalammualaikum.." Gadis itu memberi salam sekali lagi.Puan Sri Yasmina terkocoh-kocoh ke hadapan untuk melihat gerangan yang memberi salam.
"Waalaikumsalam..eh,Azza.Masuklah dulu."Pelawanya sambil tersenyum ke arah Azza.Manisnya lahai anak Soraya ni..makin cantik pula tu.
" Tak apalah makcik.Ni Azza cuma nak hantar kuih ni,mak suruh hantar tadi."
"Laa..buat susah-susah jela mak kamu ni.Dah marilah masuk dulu." ajak Puan Sri Yasmina lagi.
"Tak apalah makcik,Azza seganlah."Kalau ada Izhan di dalam nanti macam mana..seganlah aku.
"Marilah.." Puan Sri Yasmina menarik lembut lengan Azza.Azza tidak membantah,dia sekadar menurut.Redhoo..yelah bakal mak mentua kan.
"Duduklah Azza,minum dulu."Puan Sri Yasmina menuang Milo panas ke dalam cawan yang masih kosong.
"Tak payahlah makcik." Azza masih menolak.
"Budak ni,asyik tak payah saja dari tadi.Duduklah dulu,tak baik tolak rezeki tau."
Azza anggukkan kepala.Dia melabihkan punggung di kerusi berhadapan dengan Izhan.Sesekali mata mereka bertembung.Azza cepat-cepat melarikan pandangan.Dia tahu sepasang mata itu tidak lekang dari memandang wajahnya.
Qirdan memandang dua makhluk di hadapannya.Tu dia..abang aku ni tenung anak dara orang macam tak pernah jumpa,padahal tiap-tiap hari jumpa.Dia berdehem!
"Hah,Qirdan kenapa tu?" Soal Tan Sri Rafi.Dari tadi macam ada benda yang di sembunyikan oleh anak-anaknya itu.
"Tak ada apa-apalah baba." Qirdan tersengih.
"Emm..makcik,pakcik Azza balik dulu ya."pamit Azza.
"Eh,ni kuihnya jangan lupa bawa balik."
"Susahkan makcik je."
"Tak ada susahnya pun." Puan Sri Yasmina tersenyum.Cantik budaknya..berbudi bahasa pula.
"Azza minta diri dulu pakcik,makcik.Assalammualaikum."
Izhan memandang Azza sehingga hilang bayang Azza,dia masih lagi merenung ke arah pintu masuk.Mak oi..lenggang dia..tergoda aku!"Izhan!"
"Izhan!Kenapa tengok anak dara orang macam tu?" Izhan yang baru tersedar dari mengelamun itu tersentak dengan Soalan Tan Sri Rafi.
"Apa kena dengan kamu ni Izhan?" Soal Tan Sri Rafi lagi melihat gelagat anak sulungnya itu.
Qirdan ketawa terbahak-bahak.Geli hatinya melihat telatah abangnya.
"Itulah lain kali jangan nak tenung anak dara orang sampai nak terjojol biji mata tu." bisik Qirdan.
"kenapa bang?" Puan Sri Yasmina kehairanan.
"Saya ingat anak kita ni,si Izhan tak sabar nak berumahtangga agaknya.Pandang si Azza tu macam nak telan saja."
'Eh..baba ni macam tahu je.' monolognya dalam hati.
"Izhan..Qirdan..ada apa-apa yamg kamu berdua sembunyikan dari ibu dan baba ke?Tell me now,what happen?"kata Puan Sri Yasmina,nadanya perlahan tapi tegas.
"Hah,betullah tu Mina,dari tadi budak berdua ni asyik berbisik saja." Tan Sri Rafi memandang kedua anaknya.
Izhan memandang adiknya.'Woi dik,tolonglah abang wei!'
Qirdan tersengih,seakan faham dengan abangnya itu.
"Hmm..ok rileks,tarik nafas panjang-panjang..."
Izhan menurut.'Bila nak suruh hembus ni?Aku dah tak tahan ni.'
"Hah..hembus."
"Izhan,Qirdan..whats going on?come on,tell me!" Gesa Puan Sri Yasmina.
"Mmm..ibu tadi kata nak jumpa dengan gadis pilihan Han,kan?"
"Yes,then?"
"Actually..arrr..hmmm..actually.."
"Azza tulah gadis pilihan Izhan kan?" Teka Tan Sri Rafi.
"Yes,ten marks for you baba." Qirdan tepuk tangan seperti anak kecil gembira mendapat aiskrim.
"Adik! Shut up!" Tegas Puan Sri Yasmina berkata membuatkan Qirdan terus membisu.'Aku pula yang di suruh diam'.
"Kenapa Izhan tak beritahu ibu awal-awal lagi?"
"Sebenarnya..waktu tu Izhan tak pasti lagi dengan perasaan Azza.Izhan takut yang Izhan ni bertepuk sebelah tangan saja.Kenapa..ibu tak suka Azza ke?" Izhan kelihatan gelisah.'Janganlah ibu tak setuju,merana aku nanti.'
"Tanyalah baba kamu!"Puan Sri Yasmina senyum.Izhan mengalih pandang pada babanya.'Gulp! Cakaplah baba..jangan biar anak baba ni ternanti-nanti.Nak pecah dah jantung ni berdebar.'
"Hmm..Ibu kamu pernah cadangkan Azza sebagai menantu sulungnya."
"Yahoo!" Izhan terloncat gembira.Adiknya di peluk dan di cium mesra pipinya.
" Hei,ini adiklah..Qirdan bukan Azza!"Qirdan mengesat pipinya.Yerk,geli aku!
Anak-beranak itu ketawa bahagia.Izhan tersenyum bahagia,lepas ni tak perlu nak rahsiakan lagi.Fuhh..rasa dunia ni ana yang empunya..haha!
"Jangan lupa esok tau." Pesan Puan Sri Yasmina mengingatkan Izhan.Izhan hanya angguk kepala.
Selepas bab ni,Qirdan akan bertemu dengan Syafa..apa yang akan terjadi bila makhluk berdua ni berjumpa?
SO GAIS..KEEP SUPPORTING CITER NI OK.VOTE SEKALI OK.THANKS JUGA PADA SILENT READER.
P/S : Sesiapa yang sudi nak buat cover untuk Citer "Selamanya Princess" ni boleh la DM sis ya..Sis tak boleh nak buat new cover sebab hp sis dah selamat d kebumikan.
YOU ARE READING
SELAMANYA PRINCESS ( HAITUS )
RomanceMuhammad Nur Qirdan Jejaka tampan dan kaya yang sering menjadi rebutan.Seorang yang ego kerana kekayaan dan ketampanan yang di milikinya. Siapakah gadis yang boleh melunturkan keegoan Qirdan? seorang gadis yang degil,lincah dan periang.Bolehkah pe...