Vote⭐️
" SYA, temankan aku pergi taman depan tu kejap." Syeila menarik lengan Syafa.
"Kau nak buat apa dekat taman tu?" Soal Azza memandang temannya itu.
"Buat apa lagi,dia nak mengular la tu..nanti on the phone dengan boyfriend kesayangan dia tu pula." Cebik Syafa.Faham sangat dengan teman-temannya yang sedang sakit angau. Sehari tak dengar suara..tak jumpa,boleh mati.Hahaha
"Ala..jomlah..." Syeila terus menarik lengan Syafa.
"Yelah,yelah..kang tak teman nangis,jenuh pula aku nak memujuk dia.Aku pergi dulu ya Azza." Ujar Syafa sebelum berlalu dengan Syeila.Azza hanya merenung kedua temannya itu berlalu.
"Eh,itukan mamat hari tu..yang kau kata tiga suku tu." Syeila menundingkan jari ke arah seorang pemuda di hadapan mereka. Syafa merenung pemuda itu.Oh,kau rupanya! Well..ini peluang aku. Jagalah kau,aku akan kenakan kau balik.Syafa tersengih nakal.
"Kau dah kenapa tiba-tiba tersengih ni Sya? " Syeila kehairanan.
"Hari tu kan dia kenakan aku! Hari ni aku akan kenakan dia balik."
"Kau jangan cari pasal Sya."
Pemuda itu semakin menghampiri Syafa,dia merenung gadis itu dari atas ke bawah.Laa..terlepas lagi ke orang gila ni.
"Mmm..saudara,zip awak terbuka tu. Jaga-jaga nanti barang awak terjatuh pula." Kata Syafa selamba bila berselisih dengan pemuda itu.
Wajah Qirdan bertukar merah.Zip seluarnya di raba.Takkan aku terlupa nak zip kut.Beberapa orang jururawat yang berselisih dengannya tersenyum melihat gelagatnya itu. Aduii..malunya. Tapi zip seluar aku tertutup rapat,sikitpun tak ada ruang untuk angin masuk.Ini mesti dia sengaja nak kenakan aku.Tak guna betul.
"Bukan zip.itu saudara,tapi zip porch di pinggang saudara itu." Syafa ketawa geli hati. Seronok dia dapat kenakan mamat tiga suku itu. Puas hati aku. Dia dan Syeila berlalu beriringan.
Tak guna punya orang gila. Dia kenakan aku rupanya. Qirdan terus berlalu ke bilik abangnya ,Doktor Izhan.Tak tertahan rasanya malu,tambahan lagi apabila jururawat yang ada di sana tersenyum memandangnya.
"Jahatlah kau ni Sya..kesian dia tau.Merah padam muka dia menahan malu." Kata Syeila dengan gelak yang bersisa,dari tadi cuba menahan tawa,tapi terlepas juga.
"Padan muka dia. Nak cari gaduh dengan aku..baru puas hati aku.Syafa tersenyum kemenangan.
" Dah la,kau pergi la sana kalau nak on the phone dengan boyfriend kau tu.Aku tunggu sini,cepat sikit..banyak lagi kerja kita nak buat ni." Syafa menunding ke arah kerusi berhampiran.
Syeila mengangguk sebelum.berlalu.Syafa melabuh punggung di atas kerusi tersebut.Matanya meliar melihat sekeliling taman itu,cantiknya pemandangan di sini.Patutlah pesakit ramai je yang duduk di sini,tenang saja rasanya.
"Hai,mengelamun jauh nampak." Seorang pemuda duduk bersebelahan dengannya.
"Eh, Doktor Fahmi..terkejut Sya." Syafa menarik nafas. Sedang menghayati pemandangan yang indah tiba-tiba saja ada yang menegurnya,siapa yang tak terkejut.Doktor Fahmi tersenyum.
" Sya buat apa dekat sini? Ambil angin?"
" Sya temankan Syeila tu hah.Hah,Doktor Fahmi pula buat apa dekat sini? Ooo..curi tulang yaaa..?"
"Ish..ke situ pula,saya call mak saya tadi,sebab tu tu pergi sini.Dekat sini tak bising,selesa nak bercakap."
Syafa mengalihkan pandangan ke arah Syeila.Adeh..lama lagi ke mokcik oi..
"Doktor call mak ke...girlfriend?" Usik Syafa.Doktor Fahmi senyum.Sekadar mengangguk.
"Call mak lepas tu call girlfriend sekali la.."
"Ajaklah dia kahwin cepat-cepat supaya nanti tak perlulah nak on the phone memanjang."
" Nantilah tunggu saya kumpul duit dulu banyak-banyak barulah saya masuk meminang dia." Doktor Fahmi ketawa perlahan.Syafa turut ketawa senang. Dia senang Doktor Fahmi tidak sombong dan mesra dengan semua orang. Dia tidak memilih kawan. Itu yang membuatkan Syafa tidak jemu melayan karenah Doktor Fahmi.
" Kalau nak tunggu duit banyak..nanti si dia di kebas orang..ah ha..tak tahu.." Kedua mereka ketawa terbahak-bahak.
"Wah,happy nampak." Seorang pemuda mendekati mereka. Syafa dan Doktor Fahmi memandang pemuda di hadapan meraka itu.La..mamat tiga suku ni rupanya bisik hati syafa.
" Ini girlfriend encik ke?" Soal pemuda itu.
" Sebenarnya..ini.." Belum sempat Doktor Fahmi menyudahkan kata-katanya pemuda itu menambah lagi.
"Sayangnya,encik yang kacak ni dapat girlfriend yang gila." Potong Qirdan.
" Hei,mulut tu baik-baik sikit eh..kerana mulut badan binasa tau tak." Tengking Syafa.Mukanya tambah mencuka apabila Qirdan tersenyum.
" Awak tu yang tiga suka.Nak kata saya pula..hei,saya tau la muka awak tu dah tebal 36 inci tadi. Awak sedar tak yang awak sekarang dah jadi femes? Cuba tengok gadis-gadis dekat sini,semua sedang perhatikan awak..ketawakan awak. Lain kali fikir dulu sebelum nak kenakan saya." Sindir Syafa. Puas hatinya dapat meluahkan segalanya.
Qirdan memandang sekelilingnya,betul la ramai gadis yang beruniform putih sedang memandang dan ketawakannya. Cis..tak guna.Aku takkan lepaskan kau.
"So..best tak?" Syafa tersenyum sinis.Dia merenung sepasang mata yang layu itu.
" Sudahlah Sya,jom kita pergi..banyak kerja lagi yang perlu kita buat.." Doktor Fahmi menarik lengan Syafa agar perbalahan itu tidak berterusan. Syafa hanya menurut.Dia menjelirkan lidah pada Qirdan dan menjeling tanda kemenangan. Syafa ketawa dalam hati.
*sorry pendek je update..in sha allah nanti saya update lagi.seyes sy bz sngt sekarang..please vote k
❤❤❤❤
YOU ARE READING
SELAMANYA PRINCESS ( HAITUS )
RomanceMuhammad Nur Qirdan Jejaka tampan dan kaya yang sering menjadi rebutan.Seorang yang ego kerana kekayaan dan ketampanan yang di milikinya. Siapakah gadis yang boleh melunturkan keegoan Qirdan? seorang gadis yang degil,lincah dan periang.Bolehkah pe...