"Teh beng satu bang,kurang manis"serentak mereka memesan air kegemaran mereka pada pembuat air di situ."Ok, bossku...Tunggu sekejap...pesanan anda berdua akan sampai sebentar lagi"kata pembuat air tersebut.
Mereka berdua saling berpandangan dan menjeling sesama sendiri."Kau apa hal bro,order air sama dengan aku.macam lah tak ada air lain dekat kedai makan ni"kata perempuan yg bersifat tomboy itu.Namanya Anis Syaira.Orang panggil dia dengan panggilan 'syai'.
"Ikut suka akulah nak order apa pun...lagipun kedai ini bukan kau yang punya pun..so mind your own business.Aku tak kacau hidup kau,so kau jangan duk sibuk kacau hidup aku"balas lelaki itu sambil mendengus geram.Baru sahaja sampai,dah ada orang yang cari pasal dengan aku semata-mata hanya air teh beng.Tak faham aku dengan manusia zaman sekarang ni.Ingatkan dia lari dari pejabatnya,nak perkena teh beng kaw satu punya,bolehlah tenangkan fikiran dia...rupa-rupanya datang masalah lain lagi.Dia duduk bersebelahan meja dengan minah tomboy itu sambil menanti pesanannya tiba.
Anis Syaira sekadar memberikan jelingan maut pada lelaki yang belum diketahui nama lagi.'Harap muka handsome,perangai entah apa-apa'sempat dia mengutuk dalam hati.
"Alhamdulillah...dapat banyak pahala aku hari ini disebabkan ada orang mengutuk aku dalam hati"perli lelaki itu sekali dengan senyuman sinisnya.
"Ehh,mamat!Kau apahal sibuk hal aku.Biar akulah nak kutuk kau ke orang lain ke,itu semua hak aku.Why not aku bagi pahala dekat orang pula kan"balas Anis Syaira dengan selamba.
"Weii...aku ada nama ok...apa class kau panggil aku mamat...Aku diberi nama Aryan Safri...bukan main sedap nama aku skli dengan tuan punya badan pun hensem"puji Aryan Safri sambil tersenyum bangga.
"Hek eleh.... Kerek lh mamat ni...poyo pun ado...x malu angkat bakul sendiri"kata Anis Syaira dengan perasaan yang menyampah plus meluat dengan lelaki itu.
"Well,x ada salah pun aku nak puji diri sendiri...lagipun aku guna mulut aku..not your mouthlh...minah"Aryan Safri tersenyum senget. Sengaja dia mahu bikin panaskan hati minah ni..nak tengok sejauh mana bleh bertahan dengan kata2 pedasnya.
"Urghhh..."Anis Syaira malas nak cari gaduh dengan mamat di sebelah,takut termakan penumbuknya nanti..kan naya je dpat hadiah terbaik daripadanya.baik dia layan phone daripada bertekak x tentu pasal.Aryan Safri mengerling sekilas untuk melihat sebab apa jiran sebelahnya diam.."Ouh...patutlh senyap tiba2,rupa2nya layan phone".Dia pun trut melakukan perkara yg sama sambil mnunggu pesanannya sampai.
"Jemput minum ya,abang,cik adik manis"pelawa pelayan lelaki yang dalam lingkungan umur 30-an.sempat dia berseloroh dgn Anis Syaira yang merupakan pelanggan tetapnya yang sentiasa datang ke warungnya, hampir setiap hari.
"Haha..terima kasih bang akim.."kata Anis Syaira ikhlas.
"Terima kasih"ucap Aryan Safri pula.Bukan main ramah minah ni dgn abang ni...nmpk sgt selalu dtg ke warung ini..tapi apasal spjg dia lepak dekat sni...baru first time jumpa dgn minah ni..mungkin tak kena dgn masa nya lah tu.
YOU ARE READING
Teh Beng
RomanceKisah yang menceritakan antara dua insan yang bernama Anis Syaira dan Aryan Safri yang meminati air kegemaran mereka yang sama jenis dan rasa iaitu air teh beng di tempat makan yang sama. Disebabkan satu peristiwa berlaku menjadikan mereka kawan ba...