"sini pun kau..jenuh aku cari kau ni sampai satu mall aku pusing"
Dia mengambil tempat duduk di hadapan Anis Syaira.Anis Syaira memandang pelik ke arahnya.
"Asal kau tengok semacam dekat aku..ada yang tak kena ke dengan muka handsome aku"
Sempat pula Aryan Safri angkat bakul sendiri.Anis Syaira dah tayang muka menyampah."Kau ni kalau bab perasan nombor satu. kau pun, handphone ada tak reti nak call aku tanya dekat mana ke..apa guna ada phone tapi tak pandai nak guna kemudahan yang ada "perli Anis Syaira dengan selamba badaknya.
Aryan Safri hanya tayang senyum kambing.sedar akan kesilapannya tadi.masuk sahaja mall,terus mata dia berkeliaran mencari Anis Syaira.tak terfikir nak call kawannya itu.
"Hehe...terlupalah..yang kau pula,tak ada tempat lain nak lepak ke selain baskin robbins?sejak bila kau minat mkn aiskrim...setahu aku, kau dengan air teh beng kau memang tak pernah terpisah."sindir Aryan Safri package dengan senyuman sinisnya dia bagi.
"Huh,whatever"
Anis Syaira menyambung makannya tanpa menghiraukan Aryan Safri yang asyik memerhatinya,menikmati aiskrim.Dia kalau dah stress,aiskrimlah yang menjadi ubatnya..bila dah ada aiskrim depan mata, orang lain pun tak dipandangnya sehingga lah dia habis makan dan hilang stress, baru dia pandang sekeliling.
"Tak pernah aku tengok kau begini syai.angin apa yang dah masuk dalam badan kau sampai muka aku pun kau tak pandang"
Aryan Safri menggeleng kepala berkali-kali dengan tingkah yang ditunjukkan oleh Anis Syaira."Bagi aku habis makan dululah,kalau kau bosan tunggu aku..pergilah jalan2..nanti aku ikut dari belakang"kata Anis Syaira sambil mata masih tertumpu sepenuhnya pada aiskrimnya.
"Nope.aku tunggu kau jelah"
Aryan Safri melayan phone nya sementara menunggu Anis Syaira selesai makan.saat ini, tekaknya tak terasa nak makan aiskrim.baik dia check email yang dihantar oleh p.a nya tentang jadual urusan kerjanya untuk hari esok.manalah tahu dia kena attend meeting ke ataupun jumpa client dekat luar pagi2 buta lagi."ok,done!so lepasni nak pergi mana?"soal Anis Syaira tanpa membuang masa.bekas aiskrimnya ditolak depan sedikit.
Aryan Safri menyimpan phone ke dalam kocek seluarnya apabila dia melihat Anis Syaira sudah menumpukan perhatian kepadanya.
"hmmm..tengok wayang jom.ada movie baru best tengah tayang..movie 'Crawl' lepastu teman aku shopping barang sikit and last pergi makan.aku belanja kau sebab sudi teman aku"cadang Aryan Safri.
"ok,aku ikut je..tapi sebelum mahgrib,aku nak kena balik"pesan
Anis Syaira awal2.dia tak suka keluar balik mahgrib sebab arwah atuknya pernah nasihat ,bahaya keluar dan balik waktu mahgrib melainkan ada kerja yang tak dapat dielakkan."alright..aku akan make sure yang kau sempat balik sebelum mahgrib"kata Aryan Safri dengan yakin.
"sebelum kita gerak,aku nak tanya sesuatu"
"apa dia?" soal Aryan Safri tak sabar.
"betul ke sepupu kau masuk kerja esok?kau dengan dia tak ada masalah kan?".Hati2 Anis Syaira mengajukan soalan dengan mimik muka takutnya sekali.
tiba-tiba...
"hahaha..lawak dowh aku tengok muka kau.tak serupa muka tomboy yang asyik duk tayang dekat aku sebelum ni.kau ingat novel dengan drama dalam tv ke..asal sepupu kerja sebumbung mulalah terjadi perebutan kuasa..bergaduh tak tentu pasal..aku dengan dia tak ada hal lah..masih ngam macam dulu-dulu walaupun aku tak berapa suka dengan sikap playboy dia."jelas
Aryan Safri sambil sambung ketawanya.Anis Syaira mendengus geram.
"Menyesal aku keluar dengan kau..kalau aku tahu kau nak kutuk aku,baik duduk rumah..orang tanya elok2,ambil berat tentang dia..ini yang dibalasnya"kata Anis Syaira dengan perasaan marah yang tak dapat dibendung lagi.
"Ok2,aku stop ketawa..i'm so sorry syai. please jgn tayang muka macam tadi...dibuatnya aku tangkap cintan dekat kau,naya kau di kemudian hari"kata Aryan Safri sekali dengan amaran khas untuk dirinya.
"yalah2..aku tak buat dah"ujar Anis Syaira yang memang sudah malas nak bertikam lidah dengan Aryan Safri..buang masa dan faedah je.😑
"jomlah gerak cepat"gesa Anis Syaira.masa tu kan emas.dia tak mahu membazir masa yg ada hanya semata-mata nak bergaduh tak tentu pasal.
"Jom!" sahut Aryan Safri.
Mereka bangun lalu berjalan menuju ke destinasi.
YOU ARE READING
Teh Beng
RomanceKisah yang menceritakan antara dua insan yang bernama Anis Syaira dan Aryan Safri yang meminati air kegemaran mereka yang sama jenis dan rasa iaitu air teh beng di tempat makan yang sama. Disebabkan satu peristiwa berlaku menjadikan mereka kawan ba...