Anis Syaira menilik dress hitam yang dipakainya di hadapan meja solek sama ada elok atau tidak memandangkan tema event utk malam ni adalah hitam putih di syarikat bakal papa mertuanya.
Dia terpaksa bersiap lebih awal daripada biasa supaya nanti Aryan Safri tak perlu la menunggu dia lama di bwh.Almaklumlah nk kna makeup lg dgn tdung skli..semua ambil masa nak siap.Apabila dia sudah brpuas hati dengan dress yang sudah tersarung di badannya, dia duduk di hadapan meja solek dan mengambil alat solekan utk digunakan pada wajahnya.15 minit kemudian,dia mengenakan shawl putih di kepalanya dan lastly dia menyembur perfume beberapa kali pada tudung dan dressnya.Ting!!
Anis Syaira mencapai phone nya untuk melihat siapakah gerangan yang menghantar msej kepadanya
Aryan Safri
Saya sudah tunggu dekat bawah.
cepat sikit!!Sempat Anis Syaira menjulingkan matanya ke atas.sengaja nak gertak dia suruh siap cepat lah tu.padahal dia tinggal nk capai handbagnya sahaja.dia membalas mesej Aryan Safri dengan seringkasnya.buat apa taip pjg2..nnti jumpa juga dekat bwh.
Anis Syaira
Ok,noted!!!Segera dia mencapai apa yang patut dan mengunci pintu rumahnya sekali.
........................................................................
Anis Syaira mendekati kereta milik Aryan Safri yang sudah berada di hadapan bangunannya.dia mengetuk cermin kereta tersebut dan bila pintu dalam sudah unlock dia terus menyusup masuk ke dalam kereta."Sorry wei buat kau tggu aku lambat,aryan"ucap Anis Syaira sambil tangannya lincah memakai seatbealt.Aryan Safri yang ketika itu asyik dengan phonenya terus mematikannya dan pandangannya pula teralih pada Anis Syaira di sebelahnya.
Satu saat!
Dua!
Tiga!
Anis Syaira memetik jarinya dia depan muka Aryan Safri.
"Oiii,cik abang aryan..bila nak gerak..takkan sampai ke pagi kau nak aku stay dalam kereta kau kot"sergah Anis Syaira dengan kuat.terkejut Aryan Safri dengan sergahan Anis Syaira.dia seolah-olah terpukau sekejap dengan kecantikan yang agak luar biasa dari Anis Syaira.Blum pernah dia melihat Anis Syaira seperti ini..mahu tak terkelip mata dia beberapa saat tadi.Dia menggosok belakang tengkuk bg menghilangkan rasa segannya buat sementara waktu.yalah,depan-depan dia dah terkantoi tenung anak dara org lama-lama.
"Err,asal kau cantik sangat malam ni.aku hampir tak kenal kau tahu"
Aryan Safri tersengih.dia memulakan pemanduannya ke destinasi yang ingin dituju sambil berborak kosong dengan Anis Syaira utk hilangkan rasa bosannya.berkerut dahi Anis Syaira mendengar kata-kata dari Aryan Safri.
"aikk,pakai cantik pun salah ke.anyway kita kan nak pergi event,so kena lah nampak lain sikit.ini baru sedikit aku kenakan makeup tau blum selebihnya lg,aku tak tahu lah reaksi kau macam mana..silap hari bulan kau pun tak kenal aku"kata Anis Syaira sambil menggelengkan kepala.
"ehh,tak payah pakai lebih-lebih lah,syai..bagi aku, ni pun sudah cukup cantik.aku rela dengan muka kau yang bersih dari segala makeup berbanding jadi perhatian ramai oleh jejaka-jejaka lain di luar sana"ujar Aryan Safri.'nanti tak pasal-pasal aku yg cemburu buta tengok lelaki lain cuba nak mengayat kau'sambungnya dalam hati.Anis Syaira ketawa kecil.
"whateverlah aryan."Malas Anis Syaira nak berbalas kata lagi dengan Aryan Safri.Dia bersandar pada kerusi sambil mata dipejamkan untuk seketika.
YOU ARE READING
Teh Beng
RomanceKisah yang menceritakan antara dua insan yang bernama Anis Syaira dan Aryan Safri yang meminati air kegemaran mereka yang sama jenis dan rasa iaitu air teh beng di tempat makan yang sama. Disebabkan satu peristiwa berlaku menjadikan mereka kawan ba...