Bab 16

5 1 0
                                    

Hari berganti hari...semakin dekat majlis pernikahan yang akan berlangsung antara Aryan Safri dan Anis Syaira.Malam ini,majlis berinai diadakan di rumah Aryan Safri.Ramai sanak saudara sebelah pihak Dato Amirul dan Datin Amina yang turut datang membantu menyiapkan persiapan perkahwinan mereka.Alhamdulillah..semua menerima Anis Syaira dengan hati yang terbuka.Tidaklah dia berasa segan dengan orang yang baru dikenalinya jika dia ingin mengajak berbual.yalah,sepertimana yang dia tahu tak semua orang boleh terima seseorang itu lebih-lebih lagi berada dalam golongan yang berpangkat.

Esok pagi,dalam pukul 10 pagi,majlis akan dilakukan di sebuah masjid dan selepas itu acara makan-makan pula dibuat di rumah.Tidak ketinggalan juga adik Aryan Safri yang sanggup terbang jauh untuk pulang ke Malaysia semata-mata nak lihat abangnya kahwin.dahlah baru petang tadi mereka sampai.rehat pun hanya beberapa jam sahaja tadi.

Sepanjang majlis berinai berlangsung,Ainin Sofea dan Arif Shukri datang bertenggek di sebelah kanan dan kiri Anis Syaira.manakala Aryan Safri pula mengambil tempat yang jauh sedikit daripada Anis Syaira namun Aryan Safri tetap boleh pandang mereka bertiga.

"hai kak,saya Ainin Sofea..boleh panggil fea..sebelah kanan akak tu Arif Shukri... Pggil shuk je...selamat berkenalan kak..maaf tadi,tak sempat nak tegur akak"kata Ainin Sofea dengan ceria.

"mana nak sempat tegurnya adik oii,kepala kau pun asyik fikir katil,katil,katil"rungut Arif Shukri.

"eleh,kau pun sama...cakap tak serupa bikin"kata Ainin Sofea sambil menjelir lidah pada Arif Shukri.

"at least,aku cover juga mengantuk aku..ko adooo"

"sudahlah,malas nak layan..baik ckp dengan akak Aira kita ni"

Anis Syaira tersenyum lucu.

"so,study mcm mna dekat sana?"celah Anis Syaira pula.Sengaja dia mahu kenal lebih rapat lagi dengan bakal adik iparnya.Kalau dibiarkan mereka bertikam lidah,makin melarat lagi.Baik dia alihkan topik lain.

"so far so good,kak...nanti akak ajaklah abang pergi honeymoon dekat sana...best kak.."balas Arif Shukri.

"betul kata shuk,kak...abang!!!jangan lupa bawa kak Aira ke Australia.."jerit Ainin Sofea tanpa segan silu..nasiblah hanya saudara mara yang join majlis ni.tak ada lah dia berasa malu sangat.

"mulut tu nak jerit, boleh tengok keliling dulu tak,fea...aihhh...siapalah yang nak buat kau jadi bini kalau perangai entah apa-apa...kau tanya kak Aira lah macam mana..dia nak pergi ke tak...abang just follow je..abang naik bilik dulu..tak payah nak terpekik terlolong macam tadi..tak elok"pesan Aryan Safri lalu dia beredar naik ke atas selepas tangannya siap dipakai inai.dia cuma kena tunggu kering dahulu and then baru boleh basuh.

"Ha..Ha..ha...padan muka,kena sebijik dengan abang aryan"ujar Arif Shukri yang tak habis-habis cari pasal dengan adik kembarnya.

"ish,sibuklah kau..pergi jauh-jauh lah..nak berbual dengan kak Aira pun tak senang"kata Ainin Sofea yang seakan-akan menghalau abang kembarnya daripada duduk dengan mereka.

"takpe lah kak..org tu dh halau kita dari sini..shuk naik bilik abang dulu la kak..nak sembang dgn abang pula"pamit Arif Shukri.baik dia pergi melepak dgn abang dia drpd bergaduh dgn kembarnya..langsung tarak papa faedah pun.huh..

"bye shuk...hati di jln tangga...tata..titi..tutu"balas Ainin Sofea dgn nada perlian.Sekarang,dia dah aman...dapatlah dia berbual lama dgn bakal kakak iparnya tnpa sebarang gangguan oleh mana-mana kaum lelaki..horrayyyy!!!

........................................................................
"Abang,kau tengah buat apa tu?"soal Arif Shukri sambil berjalan menghampiri abangnya yg tengah berdiri di balkoni sambil membuang pandang di sekeliling rumah.Dia main redah je masuk bilik abangnya..bukan tak biasa buat pun...abangnya pun dah lali dengan perangai dia yang suka masuk bilik tanpa bagi salam.berbeza dengan kembarnya Ainin Sofea...yang lebih suka panggil abangnya di luar bilik dahulu..bila dapat keizinan drpd abangnya...baru si kembarnya masuk.

Aryan Safri menoleh sekilas pada adik lelakinya..kemudian pandangannya terhala pada budak-budak yang masih berkejar-kejaran di luar kawasan rumah keluarganta..tidak lupa juga sesetengah saudaranya yang memasang khemah di hadapan rumah...tak sangka esok hari yang akan mengubah statusnya daripada single kepada status kahwin dan bermula esok juga dia akan menggalas tanggungjawab sebagai suami.akhirnya impian dia tercapai untuk jadikan Anis Syaira sebagai isteri dan berharap hubungan mereka kekal hingga ke hujung hayat mereka.

"ambil angin luar"balas Aryan Safri dgn ringkas.

Arif Shukri berdiri bersebelahan abangnya sambil memeluk tubuh.

"tak sangka kau dah nak jadi suami org..tak dapatlah aku nak main terjah masuk bilik kau lagi lepasni"

Yalah...bilik abangnya ni kan akan dikongsi dgn bakal kakak iparnya.tak manis main masuk bilik orang yang sudah berkahwin..boleh dianggap mengganggu privacy pula.

"well...nampak gayanya macam tu lah.kau dgn fea dekat sana ok?berapa lama lagi nak habis?aku kalau boleh nak pindah rumah bila korang dah habis study...tak sampai hati tinggal mama dgn papa dalam rumah ni bila korang tak ada..lagipun bakal kakak ipar kau x habis belajar lagi...sekarang tgh buat praktikal dekat company kita..habis praktikal nak kena masuk balik kolej..daripada aku pindah rumah awal2,tinggal sorang2...baik aku stay dekat rumah mama dan papa.."ujar Aryan Safri panjang lebar.

"Akak masih study lagi ke bang...wahhh!!tak sangka shuk..ingatkan dia dah kerja...sebaya dgn abang kan?shuk dgn fea dekat sana,baik2 sahaja bang...tak silap lagi setahun shuk dgn fea habis study and then i'm freedom!!!"

Tak sabarnya dia nak habis belajar dan tinggal dekat malaysia...nak rasa kehidupan dulu-dulu dan makan makanan melayu..dekat sana susah nak cari makanan yang halal dan kena dgn tekak mereka.

"Haah..kak Aira kau masih study..muda setahun..aku ingat korang berdua suka stay sana..balik sini pun berapa kali je dlm setahun...kalau tak dapat balik sini..mama dan papa yang pergi lawat korang pulak"kata Aryan Safri dengan nada perlian.

Arif Shukri sekadar tersengih.

"Alaa kau ni...kami berdua join kawan2 pergi travel lah...waktu macam ni lah shuk dan fea nak berebut peluang melawat negara org..bila dah balik menetap malaysia...susah dahlah bang...nak fokus pada kerjaya dengan masa depan yg akan dtg lagi"jawab Arif Shukri dgn memberi alasan yg munasabah pada abangnya.Dengan abangnya kena cipta alasan yang bernas sikit...kalau silap sikit,memamg masak lah kena bebel panjang dengan abangnya.

"hmmm...whatever"kata Aryan Safri acuh tak acuh.malas dia nak dengar seribu alasan yang diberikan oleh adiknya itu.

"oh ya...kak Syai ambil course apa bang...sama degree dgn shuk dan fea ke?"soal Arif Shukri ingin tahu.

"kau rasa?"
Sengaja nak uji pemikiran adiknya.

"i think same of us"Cepat Arif Shukri bagi jawapan dengan seyakinnya.

Arif Shukri tersenyum sinis.

Bila Arif Shukri melihat senyuman abangnya,dia tak rasa jawapannya betul.

"don't you say kak syai tgh study master,abang"

"yeah,you are right bro"

Ternganga mulut Arif Shukri dibuatnya.rupa-rupanya bukan orang sembarangan kakak ipar dia ni.

"kot ya pun terkejut..tutuplah mulut tu.."nasihat Aryan Safri sambil menggeleng kepalanya perlahan-lahan.

"mana shuk tak terkejut...shuk tak expect langsung tau..ni kalau fea yang dgr sekali dgn mulut dia menjerit terkejut.Kak Syai ambil bidang apa,bang?"

Sempat lg dia mengutuk kembarnya.

"kewangan"

"wow,speechless!!tak silap shuk lah kan...kak syai yg tolong kau masa kereta kau rosak kan...am i right?"tanya Arif Shukri sambil menjongket kening sebelah.walaupun kejadian itu sudah berlalu,ingatannya tetap tajam hingga ke hari ini.

"yupp..orang yang sama"kata Aryan Safri sambil tersenyum.

"hope korang bahagia till jannah abang..story lah sikit macam mana boleh terpikat dgn kak syai"pujuk Arif Shukri.nak tahu jugak kisah cinta antara abangnya dan kak syai...lalu Aryan Safri pun cerita pada adiknya sepanjang berkenalan dgn Anis Syaira sehingga lewat malam.

Teh BengWhere stories live. Discover now