Bunyi lagu kegemarannya Senorita bergema di seluruh ruang biliknya.Anis Syaira yang baru melangkah masuk ke biliknya,pantas mencapai phone di atas meja solek.butang hijau ditekan apabila dia melihat siapakah gerangan yang baru mengacau hari minggunya yang aman lagi tenteram.
"Hello syai.Assalamualaikum."
"Waalaikumussalam"balas Anis Syaira acuh tak acuh.
"Haha..syai.sorryla ganggu kau hujung minggu ni."
"Tau takpe..apahal kau call aku tetiba ni"
"Err,aku nak ajak kau lepak boleh?pergi mall ke..tengok wayang,shopping,makan2..takpun main sukan ke or kita pergi lagoon nak?"
"Haha..kau ni biar betul..Aryan Safri yang aku kenal jenis susah nak keluar hujung minggu...bak kata kau masa hujung minggu ni ibarat boleh bertapa dekat rumah tahu..ni angin tiada ribut tak ada. Tiba2 ajak aku lepak..this is not real Aryan Safri.."
Selama dia mengenali lelaki ini,first time kot ajak lepak and spend time together dekat luar di siang hari.. lainlah waktu malam.hujung minggu pula tu.Bagi Anis Syaira,waktu hujung minggu dengan waktu biasa dia kerja tiada beza pun...still busy memanjang dengan study and kerjanya.dalam hidupnya tiada istilah cuti.walaupun duduk di rumah, kerja nya tetap berjalan tau..setiap minggu, orang kanannya akan datang rumah dan laporkan segala pengurusan syarikat..bukan dia bergoyang kaki je.
"Aku tension sikitlah,syai.please ,teman aku..i'm begging you.kesianlah pada kawan kau yang sorang ni.."kata Aryan Safri meminta simpati.
"Adik kau tak boleh temankan ke?"tanya Anis Syaira ingin tahu.
"Mereka dah balik Australia minggu lepas..tak boleh nak teman abang kesayangan dia..kau pun, bukan ada kerja sangat kan?setahu aku budak praktikal tak ada lah kena buat kerja berat2..tak ada lh sampai kena angkut kerja bawa balik rumah..Am i right,syai?"
'kau tak kenal aku siapa sebenarnya Aryan'desis Anis Syaira dalam hati.
"ok,fine!!jumpa dekat mall lepas zohor and malam ni kira tak jumpalah ya"putus Anis Syaira tanpa berfikir panjang.malas dia nak buka medan bergaduh mulut pula dengan Aryan Safri.ikutkan jelah ajakan mamat ni..sempatlah dia buat kerja yang baru dihantar oleh orang kanannya sebentar tadi sementara dia masih ada masa lagi ni.
"yeayy..tqvm my friends.see you there"balas Aryan Safri dengan gembira lalu mematikan panggilannya.akhirnya ajakan dia diterima oleh Anis Syaira.'Yahooo!!'
Anis Syaira memandang skrin handphone nya yang sudah gelap.'tak menyempat betul nak letak panggilan..kot ya pun bagilah salam dulu'bebelnya dalam hati.Dia terus menyambung kerjanya yang tergendala tadi di bilik sebelah.
YOU ARE READING
Teh Beng
RomanceKisah yang menceritakan antara dua insan yang bernama Anis Syaira dan Aryan Safri yang meminati air kegemaran mereka yang sama jenis dan rasa iaitu air teh beng di tempat makan yang sama. Disebabkan satu peristiwa berlaku menjadikan mereka kawan ba...