Tiba di rumah Anis Syaira..terus dia ingin menekan loceng yang telah tersedia di hadapannya namun ada bunyi yang datang dari dalam...lalu dia menjatuhkan tangannya sambil menjadi pemerhati..
"apa-apa hal just whatsapp me...you or arina..asalkan berita sampai pada saya"pesan Anis Syaira sebelum dua pekerjanya melangkah keluar.
"baik cik anis"jawab mereka serentak.
Ketika itu Anis Syaira masih membelakangkan Aryan Safri yang berdiri tercegat betul-betul di rumahnya dan tidak menyedari kehadiran lelaki tersebut.Baru sahaja Anis Syaira berpaling,dia termelatah tanpa sengaja.
"ohh mak kau hensem"
Terkejut Anis Syaira dgn kehadiran Aryan Safri yang langsung tidak disangkanya.
Terhambur jua ketawa Aryan Safri apabila melihat reaksi Anis Syaira.teramat-amatlah lucu..manakala Arman dan Arina sekadar senyum lucu..masak sgt dgn perangai bosnya yg memang tak boleh kalau org berdiri tegak lepastu tak ckp apa2 mcm patung cendana.
"Aryan Safri!!!!"sebut Anis Syaira dgn nada geram.
"ehh,mak aku mana ada hensem...cantiklah"sempat lagi Aryan Safri meloyar buruk bersama sisa tawa yang belum habis lagi.
"err,cik..kami minta diri dulu..Assalamualaikum"celah Arman.
Cepat2 Arman dan Arina cabut lari daripada situ.bukan apa tak nak masuk campur hal personal bosnya."comellah kau syai...lain kali bolehlah aku cuba untuk sakat kau.."kata Aryan Safri sambil tersengih.
"kalau kau datang sini,sengaja nak sakitkan hati aku..baik kau blahh..."balas Anis Syaira sekali dengan menghalau tetamu yang tidak diundangnya.
"haha...ok2 aku stop..."
Aryan Safri cuba meredakan dirinya sendiri daripada terus ketawa."Apa hal kau datang rumah aku..buang tabiat ke..belum pernah kau sampai ke sini"kata Anis Syaira sambil berpeluk tubuh memandang Aryan Safri.
"aku nak ajak kau keluar beli barang hantaran sekali...beli awal2..tak adalah kelam kabut nak buat last minute"beritahu Aryan Safri tentang tujuan asal dia datang ke mari.
"kalau aku tak nak?"duga Anis Syaira.
Sengaja nak mendera Aryan Safri.itula..tadi gelak sampai tak ingat.."ahh,tak kira kau kena keluar juga...kesianlah bakal suamimu ini,wahai Anis Syaira...dahla mama pesan kita tak boleh lepak malam2 berkuatkuasa harini sampai kita selamat bernikah..masa ini lah kita nak spend time together.dating.makan sama-sama.macam psgn sweet couples buat dekat luar sana tu"
"ish,yelah2...bg masa aku nak bersiap"putus Anis Syaira.
"aku tunggu dekat bawah tau..see you,my dear..daaaaa"kata Aryan Safri sebelum Anis Syaira menutup pintu rumahnya.
........................................................................
Mereka mula melangkah masuk ke dalam mall...
Sambil berjalan Anis Syaira bertanya.."nak singgah kedai mana dulu,aryan?"
Matanya meliar sekeliling mall tu..yalah..mall ni luas,3 tingkat pulak tu..tak tahu nak start dekat mana..baik dia tanya awal-awal daripada berjaan tanpa arah tujuan."hmmm...beli barang hantaran kau la,syai..aku beli lepas kau..bukan apa kau mesti ambil masa yang lama nak memilih..aku lelaki takda hal. Rembat je apa yang berkenan dekat mata..nanti last sebelum balik,kalau sempat kita singgah beli cincin dekat kedai mama..jadi lepas ni just tinggal nak handle baju & kad..urusan majlis, mama yg tolong uruskan"terang Aryan Safru panjang lebar.
"so,nak kira macam mana pembayaran hantaran?guna duit masing-masing or nak sponsor each other?"Anis Syaira beri 2 pilihan pada Aryan Safri untuk buat keputusan.
"sponsor each other lah ke nak aku tanggung semua?aku on jee..cuma aku kesian dekat kau la,perhabiskan duit byk-byk semata-mata nak beli barang untuk aku.aku pulak jenis beli barang mahal-mahal,kualiti tinggi..takut kau tak sanggup bayar"
Sengaja nak menguji Anis Syaira sama ada jenis bermegah atau rendah diri dengan harta yang Anis Syaira ada.Anis Syaira tersenyum nipis.
"look aryan..aku tak kisah kau beli semahal mana pun asalkan aku bayar guna duit aku..aku nak juga sponsor barang hantaran untuk bakal suami aku ni.."kata Anis Syaira sambil mengenyit mata pada Aryan Safri.dia teruskan melangkah manakala Aryan Safri memegang dadanya yang dirasakan bergetar hebat akibat panahan kenyitan mata oleh Anis Syaira.
'ish,syai ni...berani kenyit mata dekat aku macam tadi.macam nak terkeluar jantung aku dengan perlakuan dia..'rungut Aryan Safri dalam hati..
Siapa sahaja yang tak tertawan dengan perlakuan Anis Syaira.cantik.full package.manis...lebih-lebih lagi first time Anis Syaira berkelakuan seperti itu.sangat menawan pada pandangan matanya.Dia sanggup menghadap Anis Syaira yang kasar berbanding seperti ini.Sabar dipupuk sebanyak yang mungkin..manalah tahu bakal isteri dia ulang perkara sama lagi..baik dia ambil langkah pencegahan...dahlah Anis Syaira, jenis sukar diduga..bila-bila masa boleh melakukan sesuatu di luar jangkaannya dan dia takkan sesekali biarkan Anis Syaira uji perasaannya lagi..never and ever.tunggulah dia balas semula.wait and see.😎Aryan Safri cuba berjalan menyaingi langkah Anis Syaira yang semakin laju ke hadapan.taknak ketinggalan di belakang.
"jangan sweet sangat dear..tak pasal-pasal aku percepatkan perkahwinan kita"ujar Aryan Safri bersama senyuman yang penuh makna.
Kelat sahaja muka Anis Syaira.
"alaa,sorryla aryan...aku sengaja nak test kau"balas Anis Syaira sambil tersengih,tayang muka tak bersalah.
"this time,maaf kau aku terima..maybe next time aku kotakan apa yang aku cakap..aku lelaki, syai..kau faham-faham sendirilah..lepas kahwin kau nak buat banyak kali pun tak apa..aku lagi suka"kata Aryan Safri sambil membalas kenyitan pada Anis Syaira.dia pernah jadi juara memikat tau masa sekolah menengah dulu.so,tak ada hal dia balas balik dengan cara tersendiri.
Terkedu Anis Syaira dibuatnya.pengajaran untuk dia hari ni,jangan berani cuba test si Aryan macam tu.kelak dia pula yang kena.berbahang rasa mukanya. Confirm dia tengah blushing..sebelum ini, lelaki lain try dia package dengan flying kiss.dia boleh buat derkk lagi...kalau dgn si aryan tak tahu dia mahu ungkapkan bagaimana...aura yang ada pada lelaki di sebelahnya membuatkan dia terasa lain dari sudut hatinya yang begitu dalam.
"erghh,ok fine!aku tak buat dah.jomlah masuk kedai kasut tu"ajak Anis Syaira.sengaja dia tukar topik..tak ingin memanjangkan isu itu lagi.
Aryan Safri tersenyum dalam hati.comel dia tengok Anis Syaira blushing sebegitu..kali pertama dia melihat Anis Syaira begitu sepanjang perkenalan mereka dan dia akan sematkannya sebagai kenangan yang terindah dalam hidupnya.
YOU ARE READING
Teh Beng
RomanceKisah yang menceritakan antara dua insan yang bernama Anis Syaira dan Aryan Safri yang meminati air kegemaran mereka yang sama jenis dan rasa iaitu air teh beng di tempat makan yang sama. Disebabkan satu peristiwa berlaku menjadikan mereka kawan ba...