"Assalamualaikum"
"Waalaikumussalam"
Anis Syaira membuka pintu rumahnya.kelihatan seorang lelaki dan perempuan berdiri di hadapannya sambil tayang muka cemas.
"masuklah.duduk sekejap.nak pergi buat air dulu"pelawa Anis Syaira.dia tahu pasti ada kena mengena dengan hal syarikat.mereka takkan datang ke rumahnya secara tiba-tiba seperti ini.kalau nak datang akan diberitahunya dahulu sebelum datang.mereka berlalu masuk ke dalam rumah dan duduk di ruang tamu.Anis Syaira pula berjalan ke arah dapur untuk sediakan air buat tetamu.
5 minit kemudian...
Anis Syaira mengambil tempat duduk berhadapan mereka.diletakkan air dia atas meja tersebut lalu dihidangkan pada tetamu a.k.a. merangkap pekerjanya sekali."so,apa update terkini untuk syarikat.tengok muka korang berdua ni..macam ada masalah je"telah Anis Syaira.
"hmm..mmg ad pun cik anis.pekerja-pekerja yang bekerja di tapak projek kita di klang mengalami kecederaan,cik anis.semua sudah dimasukkan hospital dan ditahan wad untuk beberapa hari,cik anis."lapor seorang lelaki itu.
Bulat mata Anis Syaira mendengarnya.belum pernah syarikatnya hadapi masalah sebegini.siap masuk hospital lagi..biasanya kalau berlaku apa-apa kecederaan,yang ringan-ringan sahaja di tapak projek dan dibenarkan pulang ke rumah.tak ada sampai kena stay up dekat wad pula.
"macam mana boleh berlaku,Amran,Arina?ada yang sabotaj nak cederakan pekerja kita ke?"tanya Anis Syaira dengan perasaan yang ingin tahu.
"masih dalam siasatan cik anis..menurut maklumat saya terima,ia berlaku disebabkan salah seorang pekerja kita yang cuai dalam membawa jentera cik anis..sekelip mata prkara sebegini terjadi cik anis"terang Arina pula.
"Semua masih selamat kan?belum ada yang meninggal di tempat kejadian kan?"
"tiada cik anis"jawab mereka serentak.Anis Syaira menghembus nafas lega.syukur,pekerja bawahannya masih dalam keadaan selamat.
"Alhamdulillah...next time jgn lupa update psl pekerja yg masuk hospital pd saya and jgn lupa setelkan pembiayaan hospital diorang."arah Anis syaira.
Amran dan Arina mengangguk faham.
"alang-alang korang berdua ada dekat sini,saya nak bagitahu something..bulan depan,saya nikah and maybe lepas ni kita just bincang hal company di luar rumah sahaja memandangkan saya pun dah nk msuk universiti semula..hope korang handle company baik-baik.itulah satu-satunya amanat yg atuk saya tinggal.jgn sampai saya hilang kepercayaan pada kamu berdua suatu hari nanti"pesan Anis Syaira sebagai amaran.sudah lama dia kenal dgn Amran dan Arina...semenjak dia ambil alih syarikat datuknya lagi..mustahil mereka suami isteri ni nak berpaling tadah..lagipun Amran pernah jadi P.A atuknya dulu..why not dia bg kepercayaan pd Amran utk pantau syarikat sementara dia tumpukan pada pembelajarannya.
Terkejut Airina dan Amran apabila mendengar bossnya nak kahwin...apa2 pun mereka tumpang bahagia melihat bossnya sudah menemui teman hidup.
"saya dgn isteri ucapkan tahniah pd cik Anis.semoga cik Anis dgn bakal suami cik Anis berbahagia hingga ke akhir hayat.pasal syarikat,don't worry..sy akan update cik Anis every day.kalau perlu jumpa,cik Anis just setkan tmpt & waktu yang sesuai...nanti saya dan Airina akan ke sana secepat mungkin."kata Amran bersama ucapan tahniah nya sekali.
"terima kasih korang..jangan lupa datang akad nikah saya nanti.kalau tak datang siaplah korang."Sempat lagi Anis Syaira bg ugutan..
Amran dan Airina sekadar tersenyum lucu mendngar kata-kata Anis Syaira.
"Insya-Allah cik Anis..kalau tak ada aral melintang,kami berdua akan datang ke majlis cik Anis"balas Amran pula mewakili isterinya sekali.
"okay kita teruskan perbincangan tentang hal syarikat pula."
Anis Syaira tak mahu melengahkan masa yang ada memandangkan banyak perkara mereka bertiga perlu bincang dan memerlukan pengesahan yang sah daripada dirinya berkenaan dokumen yang perlu ditandatangani.
........................................................................
Aryan Safri berjalan ke arah pondok keselamatan untuk bertanya di mana rumah yang menempatkan Anis Syaira. Maklumlah bangunan yang Anis Syaira duduk ni bertingkat-tingkat...ad rumah mcm flat,kondominium dan penthouse.Dia pun sekadar datang untuk mengajak Anis Syaira keluar jalan-jalan beli barang hantaran mereka berdua dan sekali mengenali rumah Anis Syaira.lagipun selama sebulan ni,dia tak berani nak lepak malam2 memandangkan dia dengan Anis Syaira tengah darah manis.tak elok keluar malam berdua-duaan pula..."Assalamualaikum pak cik" sapa Aryan Safri.
Pakcik yang tengah menulis sesuatu pada buku itu,mengangkat kepala untuk melihat siapa gerangan yg menyapanya.kerjanya diberhentikan buat seketika dan tumpukan sepenuhnya pada Aryan Safri.
"Waalaikumussalam..ada apa yg boleh pak cik tolong,nakk?"
Aryan Safri tersengih.
"Err,boleh saya tahu rumah Anis Syaira di mana pak cik?"tanya Aryan Safri dengan segan.
Pakcik hanya teesenyum.
"Anis Syaira binti Ridhuan ke nama dia?" soal pakcik itu untuk mendapatkan kepastian..takut dia tersilap bagi alamat pada anak muda yg berdiri di hadapan dia ini.
"Ya pakcik"
"ouhh..rumah dia tingkat atas sekali..warna krim..rumah dia je yg berwarna dekat situ...rumah lain warna putih..senang kamu nak mencarinya"jelas pakcik dengan panjang lebar.
"mak aii..tingginya pakcik rumah dia..asal tak pilih rumah tingkat bwh.."Aryan Safri menggaru kepala yang tidak gatal.peliklah ada rumah lain tingkat bawah ni..kenapa tingkat atas sekali dipilihnya.
"hahaha..kamu ni..apa punya soalanlah..dah tingkat atas sekali je yang ada penthouse..yg bwh2 ni campur dengan rumah flat dan kondominium.."pakcik menggeleng-gelengkan kepalanya beberapa kali bersama ketawa yang masih bersisa.
'what!!!penthouse!serius ahh Syai mampu duduk rumah semahal itu'kata Aryan Safri dalam hati.
"maaf saya bertanya pakcik..berapa lama dia duduk di sini,pakcik?"
"hmm..lebih kurang 5 tahun lebih pakcik rasa..kamu ada apa-apa hubungan dengan dia ke?"duganya dengan sangsi.
"dia bakal isteri saya,pakcik.."jujur Aryan Safri memberitahu hubungan dia dengan Anis Syaira.
"ouhh,begitu..bila nak langsungnya tu?bertuah kamu pilih dia sebagai isteri..suka hidup bersederhana walaupun dia boleh dikategorikan kaya tau..tak pernah menunjuk-nunjuk dengan apa yang dia miliki.pakcik harap kamu jaga dia baik-baik..pakcik dah anggap dia macam anak pakcik sendiri dah.."nasihat pakcik dengan ikhlas.
Terkejut Aryan Safri dibuatnya apabila dia mendengar perihal Anis Syaira daripada pakcik tersebut.no wonderlah..boleh sambung pelajaran ke peringkat master..rupa2 nya Anis Syaira jenis tergolong dalam kalangan yang berharta.
"bulan hadapan baru langsungnya akad nikah,pakcik..insya-Allah pakcik saya akan jaga dia sebaik mungkin"kata Aryan Safri sambil tersenyum manis.tak sia-sia dua datang hari ni,dapatlah juga satu maklumat tentang bakal isterinya.
"kamu pergilah naik atas..pakcik nak sambung kerja"
"baik pakcik..saya minta diri dulu..terima kasih pak cik"
"sama-sama"
Aryan Safri menyambung langkah ke arah lif manakala pakcik tadi sambung kerjanya yang tertangguh..
YOU ARE READING
Teh Beng
RomanceKisah yang menceritakan antara dua insan yang bernama Anis Syaira dan Aryan Safri yang meminati air kegemaran mereka yang sama jenis dan rasa iaitu air teh beng di tempat makan yang sama. Disebabkan satu peristiwa berlaku menjadikan mereka kawan ba...