Anis Syaira memasuki rumah penthousenya lalu terus mengunci pintu rumah utama dengan sebaiknya.Maklumlah dia bukan jenis suka melepak ruang tamu..biasanya dia akan melepak dekat bilik tidur, bilik bacaan atau bilik kerja.jadi,dia kunci pintu awal2 sebab dah malas nak jejak ruang tamunya itu. Yang dia nampak cuma katilnya sahaja.'oh katilku,mu tunggu aku datang' getusnya dalam hati.selepas dia membuang tudung, dia terus mencampakkan dirinya di atas katil..untuk hilangkan rasa penat dia bekerja dengan melepak tadi.lama kelamaan, dia tidur diulit mimpi.
Dia ni sebenarnya kaya tapi dia lebih suka hidup secara bersederhana. Dia pun ada syarikat sendiri yang ditinggalkan oleh atuk kesayangannya memandangkan dia sorang cucu tunggal dan sekaligus semua harta diserahkan kepadanya, smpai 7 keturunannya guna pun tak akan habis.dia dibesarkan oleh atuknya sendiri dari dia kecik lagi...no wonderlah dia bersikap kasar sedikit sebab dia sudah biasa berkawan dengan lelaki dan hidup dengan atuknya.syarikat yang dijaganya pun dlm keadaan baik walaupun dia hanya memantau perkembangan syarikat dari jauh sahaja.buat masa ini,dia belum bersedia untuk menggalas tanggungjawab yang sgt besar dalam syarikat itu..biarlah orang kepercayaannya sahaja yang menguruskannya..biarlah org di luar tahu ceo syarikatnya itu yang merupakan pemilik syarikat sendiri walhal ia sebaliknya..kebiasaannya org di luar sana akan menganggap sesiapa yang galas jawatan tinggi sama ada ceo atau pengurus syarikat,pasti mereka akan anggap itu adalah pemilik sebenarnya.Mungkin suatu hari nanti dia akan ke sana untuk menguruskan syarikat sepenuhnnya.
Kini,dia cuma mahu fokus pada pelajarannya dahulu buat kali ketiga selepas dia berjaya mendapat diploma dan ijazah dlm pengurusan perniagaan, dgn bertindak mengambil master pula dlm pengurusan kewangan sebab dia sendiri ingin memeriksa sendiri wang keluar masuk syarikat sama ada keuntungan atau kerugian syarikatnya dapat...Dia kurang percaya pada orang yg menguruskannya kerana dia sudah byk mendengar hal org curi duit demi kepentingan sendiri semata-mata nak hidup senang.dan setakat ini alhamdulillah aliran kewangan syarikatnya berjalan baik tetapi tak selamanya dia hanya bergantung pada pekerjanya sahaja untuk uruskan hal ini...baik dia sendiri yang uruskannya..hati org di luar sana kita tidak tahu..mudah berubah hati bila duit ditayang depan2..yalah kan...bukan selalu disogok duit yang byk dan disebabkan duit mereka juga lupa untuk bersikap jujur dlm melakukan kerja atau tugas yang diamanahkan untuk mereka.setakat ini rahsianya masih tersimpan kemas dalam genggamannya dan tidak diketahui langsung oleh sesiapa termasuklah Aryan Safri.
........................................................................"Weh,korang nak tahu satu gosip tak?"
"Gosip apa weh?"
Dari jauh Anis Syaira memasang telinga untuk mendengar gosip yang ingin dibicarakan oleh mereka.Dia sekadar berdiri di sebalik dinding pantri sahaja.
"Aku dengar desas desus orang cakap sepupu bos dah balik Malaysia and akan bekerja dekat sini juga sebagai 'COO'."
"So, apa yg jadi masalahnya..biarlah dia kerja di sini"
"masalah lah wehh...bakal COO kita tu playboy..aku dah lama bekerja bertahun dekat sini..sebelum ni pun dia dah pernah kerja masa kau orang belum jejak company ni lagi..asyik nak mengayat perempuan je kerjanya..nampak perempuan cantik mulalah nak tegur..tapi satu aku boleh puji kerja dia selalu tip top walaupun pada luaran nampak dia main2.hah,satu lagi nak pesan..just hati2 dengan mamat tu.korang kan masih baru lagi.takut diganggu dengan mamat ulat bulu tu"cerita salah seorang pekerja di situ.
"pihak atasan tak nak perkenalkan ke coo baru kita tu. Nak juga aku tengok handsome setakat mana dia sampai boleh dicop playboy.."
"aku dengar dia akan lapor diri lusa.kita tengok je lah nanti..jomlah sambung kerja..waktu lunch dah habis"
Segera Anis Syaira berlalu pergi dari situ memandangkan mereka semua bangkit daripada tempat duduk.Bakal coo baru akan msuk..bagi dia,tak jadi masalah apa pun sebab dia bukan pekerja tetap di sini dan dia juga malas nak ambil tahu perihal dia dengan lebih dalam .asalkan 'orang tu' tak ganggu hidup dia sudah..
YOU ARE READING
Teh Beng
RomanceKisah yang menceritakan antara dua insan yang bernama Anis Syaira dan Aryan Safri yang meminati air kegemaran mereka yang sama jenis dan rasa iaitu air teh beng di tempat makan yang sama. Disebabkan satu peristiwa berlaku menjadikan mereka kawan ba...