Bab 3

11 1 0
                                    

Beberapa minggu sudah berlalu,hubungan antara Anis Syaira dengan Aryan Safri semakin akrab di luar pejabat.Mereka rapat hanya sekadar kawan sahaja dan tidak menganggap untuk lebih daripada itu.Mungkin juga masing-masing mahu menjaga hati mereka daripada tersakiti dan lebih sayangkan akan hubungan yang terjalin ini.Mereka sanggup membuang segala perasaan aneh yang beraja di hati mereka kerana takut akan terputusnya hubungan persahabatan di antara mereka.Lagi pula,orang di dalam pejabat tidak tahu akan hubungan mereka kerana di pejabat mereka bersikap formal dan jarang bertegur sapa.Malam itu,Aryan Safri mengajak Anis Syaira melepak di kedai makan kegemaran mereka .Sengaja dia mahu berborak kosong.Yalah,dekat rumahnya pun tiada siapa yang ada untuk diajak berbual.Mama dan papanya pula outstation,adiknya dah masuk hostel dan orang gaji dia balik kampung.Bosan dia 'krick2' seorang diri.Takkan nak layan tv sepanjang masa.Dia pun bukan jenis kaki tengok tv.

"Wehh,sorry lambat" sapa Aryan Safri.Dia yang ajak,dia yang lambat.tak patut betul.

Cemberut muka Anis Syaira menunggu Aryan Safri yang akhirnya sampai juga ke destinasinya sehingga air teh beng nya berbaki separuh lagi.

"Assalamualaikum...kut ya pun baru sampai..salam tu janganlah lupa beri ya bro.Janji melayu betullah kau ni.nasib air aku punya belum habis.kalau dah habis aku memang dah chaw dari sini dah."balas Anis Syaira dengan selamba.

"Waalaikumusssalam...maafkan patik puteri atas kelewatan patik ke sini.Sebagai tanda maaf,tuan puteri boleh order apa yang tuan puteri nak,patik belanja"kata Aryan Safri dengan bahasa istana.

"ohh,pleaselah Aryan...Kau nak berdrama pun agak-agaklah kita dekat mana.Ramai mata yang tengah pandang kita sekarang tau.Nanti apa pula kata orang.Dahlah suara kau tu boleh tahan kuat"perli Anis Syaira sambil memandang sekilas ke arah orang sekelilingnya.Nasib orang lain lebih fokus pada suara tv yang menayangkan perlawanan bola sepak antarabangsa lagi.

"HAhaha...ok2..aku saja nak tunjuk bakat berlakon sikit.amacam?menjadi ke idok"

"Menjadi sangat macam ni haaa"

Anis Syaira menunjukkan jari ibunya ke bawah.Aryan Safri ketawa lepas.

"Macam-macamlah kau ni syai..patutlah tak ada orang yang sangkut pada kau lagi disebabkan perangai gila-gila kaulah.semua yang cuba nak dekat kau,kau tolak terus"kutuk Aryan Safri depan-depan.Mereka selalu bergurau kasar macam ini ,itu sebab itu cepat ngam.

"Aku muda lagilah.tak terfikir lagi ke situ.kau yang patut ada suri hati, dengan umur kau yang semakin hari semakin meningkat tua ni.dahlah kau order dulu..aku punya kau orderkan satu gelas lagi air teh beng " 

Anis Syaira tolong panggilkan pelayan lalu Aryan Safri memesan makanan dan minuman.Selepas pelayan berlalu pergi,Anis Syaira bertanya sesuatu.

"Kau belum makan malam lagi ke?selalunya kau akan pesan air saja"

Aryan Safri tersengih  dan dia mengiyakan.

"Haah....dekat rumah aku tak ada orang nak masakkan untuk aku.semua busy..tinggallah aku bersendirian di rumah yang besar itu."kata Aryan Safri dengan nada sedih..dia baru tahu pun bila dia sampai rumah dan baca mesej daripada mamanya.

"berapa hari diorang nak balik?nak aku masakkan tak?tapi boleh bagi masa waktu malam macam ni jelah."

Bersinar terus mata Aryan Safri mendengar apa yang dikatakan oleh Anis Syaira.

"Aku tak salah dengarkan ada orang yang nak masakkan untuk aku...i'm really2 appreciate that"ucap Aryan Safri dengan perasaan terharu.belum pernah ada perempuan yang sudi  tawarkan diri nak masakkan untuk dia.

Sebelum Anis Syaira meneruskan kata ,dia membiarkan pelayan meletakkan makanan yang dipesan dulu di atas meja dan membiarkan pelayan itu pergi dahulu.

"Aku bukan masakkan kau setiap malam lah...waktu keluarga kau tak ada ni sajalah.tak kuasa aku nak masakkan setiap hari.aku bukan bibik or isteri kau ok.yalah,mesti kau jemu nak makan benda yang sama"

Anis Syaira hanya memerhati lelaki di hadapannya dan memberi ruang untuk Aryan Safri menjamu makan dulu.

"keluarga aku tak ada 5 hari..serius ke tak susahkan kau untuk masakkan sekali untuk aku?"soal Aryan Safri bagi mendapatkan kepastian.

"tak susah pun.lagipun aku masakkan untuk aku juga.bukan aku seorang..aku kan tinggal seorang dekat rumah..apa ada hal masakkan untuk kau.sambil-sambil aku dapat kutip pahala free sebab buat kebajikan pada orang"

"Tq Syai..No wonderlah kau selalu lepak luar..rupa-rupanya alone macam aku"

"kasih diterima.Excuse me,kau alone hanya 5 hari sahaja..bukan macam aku.3 bulan,tau!"

Aryan Safri menolak pinggan ke hadapannya sedikit selepas licin makanan disapunya itu.Dia menghirup air beberapa kali kemudian baru lah  dia menyambung bicara.

"dikira termasuk dalam golongan alone juga apa" balas Aryan Safri tidak mahu kalah.

Anis Syaira mendengus perlahan.Cakap dengan mamat ni sampai bila tak sudah-sudah.asyik nak menang sahaja.

"but aku peliklah, kau perempuan ,tinggal seorang pula..tak takut kena apa-apa ke?zaman sekarang penuh dengan isu merompaklah,mencurilah...satu lagi nak pesan pada kau kalau  kau perlukan apa-apa pertolongan daripada aku ,just call me.roger2.sepantas kilat aku sampai rumah kau"gurau Aryan Safri.

"kau ingat kereta kau boleh sampai rumah aku sepantas kilat gitu...tahulah ad kereta sport.aku dah biasa tinggal soranglah"Anis Syaira  berkata bersahaja sambal tunjuk muka menyampah.

Aryan Safri hanya tayang senyum kambing.

"hmm,dh pukul 2...eloklah aku chaw..air pun dah habis..kau bayarlah semua ni..see you at tomorrow tonight...byeeee!!!" ujar Anis Syaira  lalu dia bangkit daripada tempat duduknya.sempat dia melambaikan tangan pada Aryan Safri sebelum dia berlalu pergi.Aryan Safri sekadar menghantar kelibat Anis Syaira melalui ekor matanya sehingga kelibat perempuan itu hilang bersama motorsikal yang dinaiki.

'Anis Syaira,jujur aku akui yang aku dah mula rasa sayang pada kau tapi aku takkan biarkan perasaan aku ini semakin bercambah dalam hati kau yang boleh merosakkan hubungan baik kita ini.aku tak nak hilang kau.sungguh aku tak menyesal mengenali kau.kau istimewa bagi aku,Anis Syaira.Kau bukan jenis perempuan lain yang pernah aku kenal.'

Aryan Safri berlalu ke kaunter untuk membayar makanan dan minuman.


Teh BengWhere stories live. Discover now