Prolog

319 23 0
                                    

"Welcome to Jeon's..."

Dia duduk merenung ke arah pagar rumahnya yang besar itu. Buaiannya digerakkan perlahan. Ke depan dan ke belakang. Matanya masih merenung ke arah tetamu yang datang ke rumahnya. Dia baru saja ingin bangun dari buaiannya tetapi bahunya dipegang kuat oleh seorang lelaki yang berpakaian baju kemas dan berwarna hitam. Memiliki wajah muskular dan tegang. Pengawal peribadi keluarga Jeon's. Dia mengalah dan mengekalkam posisinya seperti tadi. Buaian itu terletak tidak jauh dari pintu pagar untuk masuk ke dalam sebuah taman.

Lagi pula, rumah Jeon's ini terlalu besar.

Matanya tak pernah jemu memerhatikan setiap tindak tanduk tetamu tetamu yang telah datang itu dari jauh

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Matanya tak pernah jemu memerhatikan setiap tindak tanduk tetamu tetamu yang telah datang itu dari jauh. Dia sebenarnya dilarang sama sekali untuk bergerak bebas kecuali taman bunga yang telah dijadikan sebagai sebuah kawasan larangan bagi setiap pelawat atau tetamu yang hadir ke situ.

Sedang dia asyik memerhati itu, dia merasakan sesuatu yang luar biasa. Antara salah seorang tetamu yang hadir, matanya menangkap wajah seorang gadis yang manis. Cara gadis itu tersenyum malu, menunduk hormat dan gayanya berpakaian telah menggetarkan hati lelakinya untuk terus mendekati gadis itu. Gadis itu berambut coklat panjang hingga paras bahu. Dia juga bertubuh kecil dan pendek orangnya.

"Mari... Masuk... Sekarang ni masa untuk Tuan muda makan ubat."
"Baiklah..."

Dia lalu bangun dan melangkah pergi bersama² dengan pengawal tadi.

Sewaktu mereka berjalan, tuan muda keluarga Jeon's itu sedang memikirkan sesuatu iaitu tentang gadis tadi. Dia tersenyum sendiri apabila terkenangkan perwatakan pemalu gadis itu. Sungguh comel.

Pintu pagar untuk ke taman dibuka untuknya melangkah masuk, senyumannya mula pudar dan dia dipaksa untuk masuk dan duduk berkurung di dalam rumah kecil yang dibina khas untuk dia sahaja tinggal di situ bersendirian.

Cha Yunae

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Cha Yunae. Seorang gadis yang berusia 24 tahun merupakan kawan baik kepada anak lelaki sulung keluarga Jeon's. Dia telah dijemput untuk turut sama menyambut hari lahir Puan Jeon. Dan Puan Jeon sungguh menyukai perwatakannya yang petah berkata² dan pandai mengambil hati orang tua.

"Marilah YuNae.. Kita masuk ke dalam sejuklah duduk kat luar ni lama²."
"Ah, ya Puan Jeon..."

Mereka berjalan sama dan mereka turut sama dihidangkan dengan pelbagai juadah. Sempena hari lahir Puan Jeon, YuNae telah membelikan kek dua tingkat. Sungguh bermakna buatnya. Mereka bergelak ketawa dan bersantai.

YuNae yang sedang ingin memilih juadah itu sedikit rasa terganggu apabila anjing kawan baiknya itu tiba² sahaja menjadi aktif asyik berpusing di sekelilingnya. Dia mengerutkan dahinya dan menundukkan tubuhnya sedikit sambil mengusap perlahan bulunya. Sejenis baka yang mahal iaitu samoyed dog dibeli khas dari Europe sebagai hadiah hari lahir anak lelaki sulung keluarga Jeon's waktu itu. Usia anjing itu sudah mencecah dua tahun.

 Usia anjing itu sudah mencecah dua tahun

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

YuNae mengeluh panjang. Anak matanya masih lagi mencari rakan karibnya. Dia mengusap bulu anjing yang berwarna putih dan tebal itu. Matanya memandang manja wajah YuNae.

"Sekejap lagi turunlah, Junghyun oppa.. Tunggu ya?"

Tiba² saja anjing itu terlompat lompat dan sepertinya ingin keluar dari dewan besar itu. Majlis masih lagi berjalan lancar dan telah ramai tetamu dari keluarga bangsawan dan berada telah hadir ke situ. YuNae meletakkan pinggan nya kembali dan mula bangun. Anjing putih itu tadi mula berlari keluar dari pintu rumah yang telah terbuka luas. Yunae terkejut dan lantas berlari mengikut jejak anjing tadi. Mahu gila dibuatnya jika anjing itu hilang.

Dia berlari keluar dan mencari bayangan anjing itu.

"Geon-ah!"

Laungnya memanggil anjing tadi. Akhirnya anak matanya dapat menangkap ekor putih seekor anjing berlari masuk ke kawasan taman.

Mahu gugur jantungnya di saat dia memandang ke arah taman itu. Kawasan itu merupakan kawasan larangan untuk didekati oleh pelawat ataupun tetamu. Dia menarik nafas dan cuba untuk memberanikan dirinya.

Kakinya melangkah ke arah taman itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Kakinya melangkah ke arah taman itu. Ada papan tanda yang telah dipaku dengan tidak teratur pada permukaan pintu kayu itu.

'Dilarang masuk!'

"Geon... Geonnie marilah ke sini.. Janganlah buat Yun takut..."

Dia membuka pintu pagar kayu itu lalu melangkah masuk. Tekaknya terasa kering. Dia menelan air liur berdebar. Dia melangkah perlahan sambil menjerit memanggil Geon.

"Kau siapa? Kau tahukan ini tempat larangan!"

Tbc

[√] JEON'S {HELL} | J. J. K Where stories live. Discover now