Ch: 24

85 6 0
                                    

Jungkook melepaskan keluhan yang berat. Dia bangkit dari pembaringannya di sofa, YuNae masih lagi tidur di kamarnya. Geon juga nyenyak menemani tuannya tidur di ruang tamu. Derapan kakinya perlahan menuju ke pintu rumah. Jam tepat menunjukkan pukul 6:46 pagi, dia mahu keluar dari rumah untuk bertemu dengan Jeon's.

Kerana hari ni adalah hari terakhir untuk keluarga itu wujud. Rahsia hitam adik beradik Jeon's bakal terbongkar dan selepas itu dia akan menghaibkan dirinya untuk mengelakkan dirinya dari dijejaki pihak polis. Dia sudah biasa dengan keadaan yang tidak terurus. Baju tshirt hitam disarungkan ke badannya dan sehelai jaket kelabu dipakainya sebelum dia menjejak keluar dari situ dalam diam tanpa mengejutkan mana mana penghuni pun.

Seterusnya, dia berlari dari situ untuk ke stesen bas. Kerana hanya itu lebih cepat untuk menghilangkan jejaknya.

Sinaran cahaya matahari tertebus di celah celahan langsir kelabu kamar YuNae. Gadis itu akhirnya membuka kedua belah kelopak matanya. Dia tersenyum indah. Dia lalu bangkit dari katil dan berjalan keluar dari bilik. Salakan anjing kuat kedengaran di ruang tamu. Hanya selimut putih dan tshirt merah menjadi singgahan matanya tika itu tapi ke mana tuan empunya badan telah pergi?

Jungkook berjalan masuk ke dalam rumah agam milik Jeon's. Pintu rumah terbuka luas untuknya. Kali ni kesemua adik beradik Jeon's berkumpul atas kerana satu berita tergempar telah tersebar iaitu kematian Jeon Baerin. Daeun dan Junghyun muncul agak lewat.

Jungkook mengambil tempatnya di sofa berwarna keemasan. Wajahnya seperti orang tidak lena tidur. Anak lelaki kedua dan kakak sulung serta adik perempuan bongsu keluarga itu pulang dari oversea hanya untuk satu benda. Setelah matinya Baerin, baru mereka hendak pulang? Apa maknanya?

"Kaukah yang buat semua ni!?"

Soal kakak sulung, Jeon Hyerim. Adik perempuannya, Jeon Daehyun memandang bengis wajah Jungkook manakala abang kedua dalam keluarga itu baru saja hendak menyerang Jungkook namun ditegah oleh Junghyun. Jungkook bangun dari duduknya dan memandang setiap wajah yang muncul di rumah agam itu. Dia tersenyum puas.

"Polis akan datang nanti, kau tak ada peluang untuk larikan diri kerana..."

Dia mengeluarkan sepucuk pistol dan diacukan ke arah adik beradik Jeon's. Junghyun memandang ke luar tingkap dan kelihatan beberapa buah kereta polis telah pun dipangkir di luar. Dia memandang wajah Jungkook.

"Adakah ini apa yang kau nak? Kau dah hampir menang... Kenapa tidak membunuh kami semua, kerja kau akan jadi lebih mudah?"
"Kau diam Junghyun..."

Junghyun tersenyum sinis. Kerana dia juga mempunyai jalan lain untuk melepaskan diri. Dia tahu Jungkook tidak akan membenarkan dirinya diberkas oleh pihak polis dengan begitu mudah. Junghyun bertindak menyepak tangan Jungkook dan pistol yang di dalam pegangan Jungkook terlepas dan mereka terdengar bunyi ketukan pintu dari pihak polis. Junghyun tidak menunggu masa, dia terus mengambil pistol yang dilepaskan oleh Jungkook dan terus mengacunya. Jungkook mengangkat kedua belah tangannya.

"Kau nak tembak aku? Dipersilakan..."
"Kau yang buat semua ni!? Kau yang lakukan semua ni!? Kau yang bunuh ibu kau sendiri dan adik kau!!!"

Marah Junghyun. Jungkook terkekeh ketawa. Memang selama ini dia telah merancang kesemuanya. Daripada mula hingga ke akhirnya. Kesemuanya adalah untuk menyelamatkan dirinya yang pada mulanya asyik didera, disisih dari keluarga. Hidup tanpa kasih sayang. Dia lakukan semuanya untuk menyelamatkan dirinya sendiri dari hidup yang sia sia.

Kerana itu, dia perlu membunuh Jeon's. Dia harus hapuskan keluarga ini. Dengan dendamnya.

"Kenapa kau begitu kejam, Jeon Jungkook!? Lepaskan YuNae dia bukannya JungAe!!"
"Aku tahu tu... Tapi aku tak boleh lepaskan dia... Dan kau pula Junghyun... Kau dah bunuh JungRi... Kenapa?"

Pintu rumah akhirnya dibuka oleh seorang pembantu rumah dan pihak polis menyerbu masuk bersama dengan waran. Mereka semua berjalan naik ke tingkat atas.

Junghyun yang masih lagi mengacukan pistol itu terus melepaskan tembakan. Bunyi tembakan yang dilepaskan itu mneyebabkan pihak polis terus bergegas dan menyerbu masuk ke dalam ruang tamu. Akan tetapi, Jungkook dan Junghyun hilang kerana Jungkook sempat mengelak tembakan tadi dan menolak Junghyun keluar dari tingkap. Jungkook pula selamat apabila dia jatuh ke dalam semak.

Junghyun pula adalah sebaliknya. Kepalanya hancur berkeping kecai. Darahnya mula membasahi simen. Jungkook bangun dan menghadiahkan satu senyuman kepada mayat Junghyun. Pistol yang berada di dalam genggaman Junhyun diambil dan diletakkan ke dalam sampul. Sekarang pistol itu sudah dicemari dengan cap jari milik Junghyun. Bukti inilah yang digunakannya untuk melepaskan diri.

"Selamat tinggal, Jeon Junghyun... Betul kata kau, aku adalah raksasa yang tidak sepatutnya dibebaskan tapi kasihan atuk tidak mendengar kata kata kau sebelum ni."

Dia terus melangkah pergi dan berjaya meloloskan diri dengan bantuan seorang pembantu rumah yang juga merupakan orang dalam yang diupah oleh Jungkook. Dia juga sebelum ini membantu Jungkook untuk membenarkan Hyuk menceroboh masuk ke dalam rumah dan menculik Puan Jeon. Dia juga yang menjadi mata dan telinga Jungkook untuk mengawasi keluarga Jeon's dan dialah Min Yoongi.

"Terima kasih encik Min..."
"Sama² Tuan, Encik Hyuk sudah menunggu Tuan di luar..."

Jungkook mengangguk perlahan dan terus melangkah pergi.

Keadaan di ruang tamu pula, setiap antara mereka diberkas atas kesalahan mengedarkan dadah dan menjualnya. Malah telah pun membuka kilang dadah dalam diam. Turut menggunakan wang syarikat untuk berjudi. Mereka semua ditangkap. Hanjin pula berteriak memanggil nama Jungkook kerana terlalu marah. Daeun dan Hyorim tidak dapat meloloskan diri kali ini dengan perbuatan mereka berjudi secara haram. Hyerim dan Daehyun dituduh bersalah atas menggunakan dana haram untuk kepentingan peribadi. Kesemua penjenayah akhirnya berjaya ditangkap. Jeon's musnah umpama ulat beluncas memakan daun hijau.

Hyuk menapak keluar dari kereta. Dia menyambut kedatangan Jungkook dengan penuh hormat. Kereta itu akhirnya dipandu masuk ke jalan besar.

Setelah pembunuhan Jeon Yena dan Baerin berjaya, dia merancang untuk memghapuskan keluarganya dengan dendamnya yang bakal dia bawa ke kubur. Dia mesti menggunakan atuknya untuk mengutip maklumat tentang syarikat Jeon's dan menguasai harta keluarga itu. Dan akhirnya dia berjaya apabila atuknya telah memindahkan kesemua aset atas namanya.

Dia juga menggunakan Puan Jeon untuk memberitahu kisah sebenar tentang keluarganya dan seterusnya menamatkan dendam dan kebenciannya dengan membunuh Puan Jeon.

Jeon Jungkook merupakan lelaki psiko yang suka membunuh. Dan kini dia telah menemui nya cinta yang membuatkan dia begitu obses dengan YuNae.

Dia pulang ke villa tempat kediaman YuNae. Dia berjalan masuk ke dalam bilik YuNae dan meletakkan seutas rantai yang dia temui di taman sebelum ini. Dia ingin memulangkannya. Kelopak mata YuNae terbuka. Dia tersenyum dan memeluk tubuh Jungkook. Jungkook dalam diam menyembunyikan senyuman yang menyedihkan.

"Finally, I win... But there's a price I've to pay..."

The end

[√] JEON'S {HELL} | J. J. K Where stories live. Discover now