Ch: 2

163 17 0
                                    

"You're forbid to enter..."

YuNae bersiap ingin keluar dari rumahnya dan pergerakannya terhenti apabila dia terdengar salakan anjing. Dan tubuhnya tertolak ke belakang. Geon datang ke rumahnya.

YuNae terus memeluk Geon dan mereka berdua turut sama berguling di atas tanah. Gembira hatinya, tidak dia sangka akan bertemu dengan si anjing lincah ini lagi.

"YuN... Rindu Geon je? Saya bagaimana?"

YuNae memandang wajah gerangan yang kini berdiri di hadapannya. YuNae mengukir sebuah senyuman dan melepaskan Geon dari pelukannya. Dia lantas bangun dan mengibas pakaiannya.

"Oppa... Buat apa ke sini?"
"Saja... Kenapa YuNae dah tak nak jalan² dengan Geon ke?"
"Ke mana?"
"Jeon's...."

Geon berlari cuba untuk mendapatkan bola yang telah dibaling oleh YuNae. YuNae tersenyum sendiri manakala Junghyun sedang memerhatikan mereka dari jauh. Mereka kini berada di laman belakang rumah Jeon's. Junghyun menikmati kemanisan aroma kopi susu.

"Hyung..."

Baerin muncul dengan pakaian tuxedo. Dia melabuhkan punggungnya di sebelah Junghyun. Junghyun hanya berdehem membalas sahutan adik bongsunya itu. Baerin tersenyum senget apabila ternampak YuNae yang sedang bergembira bermain dengan anjing peliharaan keluarga mereka.

"Perempuan tu ke sini lagi?"
"Aku yang nak dia ke sini..."
"Dengan menggunakan alasan anjing tu? Kau ni boleh tahan juga, hyung..."
"Aku tak kisah... Lagipun aku nak dia tahu yang aku tak nak dia jauh dari aku."
"Hyung, anjing tu... Kenapa tak jual je? Kalau tak nak jual pun.. Buanglah dia tu kat mana mana..."
"Tak boleh... Nanti aku tak boleh gunakan alasan yang lain."
"You're so pathetic..."

Junghyun teringat kembali waktu dia mula² bertemu dengan YuNae.

Junghyun

Dia mendukung anjing itu dan ingin meninggalkannya di taman berdekatan dengan sungai Han. Kali ni dia mahu membuang semua kenangannya bersama dengan dia. Anjing ni menyusahkan. Getus hatinya.

Junghyun meletakkannya di situ, sunyi tanpa sesiapapun.

"Hiduplah sendiri... Tuan kau yang tak berguna tu dah dibuang keluarga. Lagi elok kau duduk sini... Kau serupa macam dia. Aku bencikan itu, Geon."

Dia mengepal buku limanya dan berlalu pergi. Hujan mulai turun rintik rintik. Dia membuka pintu keretanya dan memalingkan wajahnya ke arah anjing putih itu buat kali terakhir. Namun, dia tidak sangka, Junghyun agak terkejut dengan kehadiran seorang gadis manis yang sanggup meredah hujan hanya untuk menyelamatkan anjing itu.

Dia memikirkan sesuatu buat seketika. Dia menelan air liurnya cuba untuk mencari alasan. Tapi melihatkan kecantikan gadis itu membuatkan dia berasa tertarik untuk cuba mendekati gadis itu. Dia akhirnya membuat keputusan. Mungkin dia tidak akan menemui gadis.

"My chance..."

Dia langsung berlari ke arah gadis itu dan termengah mengah sambil memasangkan wajah penuh dengan riak kerisauan.

"Geon... Kat sini rupanya kau, oh... Awakkah yang terjumpa dia kat sini?"

Soalnya. Namun, di dalam hatinya entah siapa tahu.

[√] JEON'S {HELL} | J. J. K Where stories live. Discover now