Ch: 1

215 20 0
                                    

"Kau siapa? Kau tahukan ini tempat larangan!"

Kecut perutnya apabila terdengar suara garau memarahinya. Dia juga takut manalah tahu keluarga Jeon's membela harimau ke.. Sebab tu dijadikan tempat larangan untuk dimasuki. Entah sejauh mana dia telah berjalan masuk tapi yang pasti dia tidak sempat untuk mengamati kawasan taman yang berkeluasan besar itu.

Suara itu masih lagi misteri. YuNae masih tercari cari ke mana tersembunyinya lelaki itu. Hanya suaranya saja, rupanya tak pula dia lihat. Mungkin tersembunyi di sebalik pokok pokok yang redang itu.

"Saya cuma nak ambil anjing peliharaan Junghyun Oppa... Geonnie.."
"Pergilah kat perempuan tu..."

Arahnya dengan nada yang mendalam lantas Geonnie muncul dari tempat persembunyian di sebalik sebuah pokok yang lebat daunnya dan ia berlari ke arah YuNae sambil menyalak manja. YuNae melepaskan keluhan lega.

"Terima kasih... Mari Geon.."

"Ingat... Jangan nak masuk sini dah!"

Suaranya kedengaran keras memberi amaran kepada si gadis kecil itu. YuNae mengangguk laju dan mula mendukung Geon dan segera berlalu pergi dari situ.

Seorang lelaki tinggi lampai dan memakai kemeja putih akhirnya keluar dari tempat persembunyiannya. Matanya menghantar figura wanita itu berjalan keluar dari taman ini. Dia menarik nafas dan dengan derapan kaki yang perlahan akhirnya dia menuju pulang ke rumahnya semula untuk duduk berkurung. Lagipun dia tahu pasti ada mata mata sedang memerhatikan setiap tindak tanduknya jika tidak mana mungkin si pengawal tadi akan membiarkan saja dia keluar dari rumah itu.

YuNae berlari masuk ke dalam rumah besar itu semula. Anjing tadi diletakkan ke bawah semula dan dia mengusap kepalanya dengan penuh kasih. Fikirannya merantau kembali tentang si suara garau itu. Masih lagi menakutkan baginya.

"Mungkin penjaga taman tu tak?"
"YuNae?"

YuNae mengangkat mukanya dan bertembung mata dengan anak lelaki pertama Jeon's.

"Oh, Junghyun oppa... Ni Geon saya pulangkan.."

Jeon Junghyun merupakan anak lelaki pertama Jeon's setelah pemergian appa kandungnya, dialah yang menguruskan anak syarikat Jeon's manakala Puan Jeon menguruskan syarikat utama keluarganya iaitu JJ Holdings.

"Oppa percaya yang YuNae dapat menjaganya dengan baik, terima kasih YuNae..."
"Sama², kalau macam tu YuNae balik dulu."
"Eh, YuNae dah makan?"
"Tak, belum lagi... Tapi it's okay I can just buy some food on my way to home..."
"Oh, please... Come... You should eat YuNae..."

Junghyun tidak mahu rakan karibnya itu pulang dengan perut kosong. Tangan YuNae dipegangnya dan ditariknya lembut ke dewan semula.

Puan Jeon sedang sibuk berbual bual dengan keluarga bangsawan yang lain sambil menikmati wain merah. Matanya menangkap bayang anak lelakinya dan YuNae yang baru saja menjejak masuk ke dalam dewan. Dia tersenyum manis. Gelas wain nya diletakkan di atas meja dan dia kemudiannya meminta diri untuk pergi berjumpa dengan Junghyun.

"Hyun! Anak mama, mari kita makan... Cha YuNae... Marilah makan sekali!"
"Mama... Lama tak jumpa mama, apa khabar mama?"
"Sihat je... Dah marilah..."

Puan Jeon membawa mereka untuk menjamu selera. Meja yang mereka duduki sekarang ini dikelilingi dengan orang yang berpengaruh. YuNae berasa agak janggal untuk bersama dengan keluarga besar Jeon's yang lain, di meja itu adanya kakak kedua Jeon's, Jeon Hyorim, adik bongsu Jeon's, Jeon Baerin dan anak lelaki ketiga Jeon's, Jeon HanJin.

Mereka semua terkenal dengan bakat dan rupa yang dimiliki. Kaya dan rupawan.

"Cha YuNae bukan?"

Soal Jeon Hyorim sambil meminum wain buat entah kali keberapa. Dia terlalu suka meminum wain maka dia mempunyai high tolerance terhadap minuman alkohol. Dia tersenyum anggun sambil menunggu jawapan meluncur keluar dari mulut YuNae. YuNae tersenyum kekok dan mengangguk.

"Ya, saya..."
"Kau ni bukan ke anak si pemilik syarikat yang ketiga terbesar di Seoul? Sudahlah anak tunggal pasti hidup kau akan senang lenang nanti..."
"Eh, keluarga Jeon's lagi hebat.. Merupakan salah satu keluarga Billionare di asia..."

"Itu aku setuju, kekayaan yang dapat dinikmati.. Tujuh keturunan pun belum tentu habis.."

Balas Jeon Baerin, anak bongsu Jeon's sambil tersenyum senget.

YuNae terdiam dan tersenyum malu. Junghyun memutarkan bebola matanya melihat karenah adik lelaki bongsu mereka. Keluarga Jeon's memiliki 8 orang adik beradik. Itu belum lagi semuanya kerana ada di antara mereka masih sibuk bekerja.

"Hello sisters and brothers! Where's mama?"

Muncul seorang perempuan yang berpakaian seksi di meja makan mereka. YuNae mengerutkan dahinya tidak begitu mengenali adik beradik keluarga Jeon's.

"Itu Jeon Dae Eun... Merupakan model terkenal di Seoul Korea..."

Bisik JungHyun kepada YuNae. YuNae mengangguk faham. Pantaslah, dia berasa agak kenal dengan wajah anggun itu. Siapa tidak mengenali DaeEun, the great one silver, memiliki rupa paras yang dicemburui oleh mana mana wanita. Sudahlah cantik, bijak pula tu. Dia seringkali muncul sebagai wajah hadapan majalah mingguan dan menjadi fesyen icon untuk tahun ini. Namun, kehidupan sosialnya tidak terlalu bagus. Dia terlalu bebas dalam dunianya.

Mata Dae Eun menangkap wajah YuNae yang kelihatan segan untuk bersama dengan keluarga Jeon's. Dae Eun tersenyum dan menghulurkan tangannya untuk berjabat.

"I'm Dae Eun, and you are?"
"YuNae... Cha YuNae..."
"Oh, YuNae... Anak tunggal keluarga Cha.. Baguslah dapat berjumpa! By the way mana mama?"
"Puan Jeon masih sibuk melayan tetamu..."
"Oh, thanks, YuNae... I'm sorry I'm not gonna eat for today. I feel sorry though..."

"Diet lagi?"

Soal Hanjin yang sedari tadi diam. Dia memotong daging panggang itu dan menyuakan ke dalam mulutnya. Cara dia memandang YuNae dengan wajah yang dingin.

"Yes... But it's okay.. I'm gonna meet mama! Bye!"

YuNae tersenyum dan mengangguk. Akhirnya, Dae Eun menghilang.

"YuNae... Apa kata kalau awak melawat galeri seni saya malam ni?"

Soal HyoRim dengan wajah yang gembira. Junghyun langsung menggeleng kepalanya.

"Nope... She can't cause she had work for tomorrow morning... Plus she's busy."
"I asked her not you, idiot!"

Tembak Hyorim dengan matanya merenung tajam wajah Junghyun. Junghyun menoleh memandang YuNae untuk meminta kepastiannya. YuNae benar benar berharap agar bunyi sudu dan garpu saja bising berlaga sama bukannya perbualan di waktunya makan. Dia memandang wajah Hyorim seraya tersenyum manis.

"Maaf, saya ada hal untuk diselesaikan malam ni."
"Oh, baiklah kalau macam tu, saya tak paksa and you can call me Unnie. Lagipun saya lebih tua."
"Ya, Unnie Hyo..."

Hyorim tersenyum lebar dan sambung menjamu selera.

Setelah habis mereka berjamu, YuNae mahu menghabiskan masanya bersama Geon buat kali terakhir sebelum berpisah. Lagi pula, Tuannya dah ada kat sini.

"Geon jaga diri tau! Sit boy!"

Anjing itu lantas duduk. YuNae tersenyum apabila Geon begitu manja dengannya. Dia tersenyum lagi.

"Tangan!"

Geon menghulurkan tangannya dan diletakkannya di atas telapak tangan YuNae.

"Be a good boy..."

YuNae berjalan keluar dari rumah besar itu dan menoleh memandang ke arah taman yang terletak jauh dari rumah besar itu seperti ada jaraknya yang perlu dijauhkan dari sini.

"Tapi taman tu cantik... Sayangnya aku tak boleh nak jejak masuk."

T b c

[√] JEON'S {HELL} | J. J. K Where stories live. Discover now