Epilogue: Ending one

123 8 2
                                    

Aku berjalan keluar dari rumah. Hujan mulai turun dengan rintik. Aku membiarkan saja air hujan membasahi pakaianku. Ibu dan bapaku dibebaskan kembali dan harta keluarga Cha dipulangkan.

Aku kembali menjadi Cha YuNae. Keluarga Cha telah menerima aku umpama anaknya sendiri. Aku telah dibesarkan dengan baik setelah abang kandungku menghantar aku untuk berada di bawah jagaan ibuku.

Aku merindui dia, Jeon Jungkook. Sudah dua tahun berlalu sejak dia menghilangkan diri. Aku turut berasa sedikit simpati terhadap apa yang telah terjadi pada keluarga Jeon's. Rumah kediaman itu ditinggalkan kosong.

Tiada lagi keluarga Jeon's yang sentiasa menjadi berita hangat dan muka depan akhbar. Berita tentang kejatuhan Jeon's mengejutkan orang ramai. Nama Jeon Jungkook kekal misteri dan hanya aku saja yang mengenalinya. Hanya aku saja yang mengingatinya dan yang sentiasa merinduinya.

Aku mendongak memandang langit. Ke mana Jungkook menghilang? Adakah kerana dia menyesal? Atau dia mahu menjauhkan diri kerana aku? Kerana dia tidak mahu aku membenci dia dengan perbuatan nya? Aku rindukan dia.

Aku memusingkan tumit ku untuk pulang semula rumah. Aku patut berehat dan meringankan bebanan pada benakku. Aku tak mahu tertekan jika tidak ibu dan ayah pasti akan berasa risau. Pintu rumah ku tutup kembali.

Skip

Jungkook muncul dengan payung. Hujan yang turun mula lebat. Guruh berdentum di langit. Jungkook mendongakkan wajahnya memandang ke arah tingkap bilik YuNae. Tapi ketika itu, YuNae baru saja ingin menutup tingkap biliknya. Anak matanya bertembung dengan mata YuNae. Wajah YuNae terkejut lantas YuNae menghilang untuk mengejarnya. Jungkook tersenyum lemah lalu mengundurkan diri.

"Tiada gunanya untuk terus bersama..."

Dia terus berjalan dan berjalan tanpa menoleh lagi.

YuNae pula terus berlari tanpa sempat mengenakan apa apa alas pada kaki. Dalam hujan itu dia berlari mencari bayangan yang dia nampak tadi. Adakah dia bermimpi? Atau benar lelaki itu sudah kembali?

Kakinya dirasakan mahu tercabut. Namun, bayangan tadi hilang. Dia dalam keadaan serba keresahan. Penat dan lelah tetapi terlalu jauh untuk berputus asa. Akhirnya dengan kudrat yang masih ada di terus berlari dan ternampak seorang lelaki sedang berhenti untuk menunggu pejalan kaki untuk berlampu hijau. Dia dengan segera memeluk dan menangis.

Lelaki itu terkejut. YuNae menangis dan terus menangis. Dia berasa lega. Pelukannya terlerai tika lelaki itu menoleh ke arahnya. Dia penat.. Dia penat dengan menunggu.

"Kenapa awak menghilang!? Kenapa awak tinggalkan saya!?"
"Kerana awak hanya akan terseksa.. Bukankah saya seorang pembunuh?"
"Tolong... Jangan tinggalkan saya.."

"I'm right here, please don't push me away... Please, I love you too much... So much, so crazy... I beg of you, don't ever leave me..."

Kata² itu terlintas kembali dalam fikirannya. Ya, dia pernah merayu tetapi dia pula yang membuat keputusan sebegini.

"Sebenarnya saya dah berjanji dengan Hyuk untuk menerima rawatan setelah semuanya tamat. Dia tahu dia tidak mampu menghalang saya.. Tapi dia menyuruh saya untuk berjanji dengannya untuk menerima rawatan khusus... Sebab tu saya terpaksa pergi."
"Awak dah tak apa apa kan?"
"Saya baik² saja..."
"Baguslah..."
"Saya cuma tidak mahu melukakan awak HyunRa..."
"Nama tu.. Dah lama saya tak dengar nama tu..."
"Saya akan panggil awak dengan nama tu..."
"Saya rindukan awak..."
"Saya pun..."
"Saya cintakan awak..."
"Saya juga... Cintakan awak."
"Kembalilah Jungkook, kita boleh mulakan kehidupan yang baru... Saya akan pastikan awak bahagia!"

Jungkook memeluk YuNae. Dia juga berasa lemah di saat dia terpaksa melepaskan YuNae pergi namun, dia tidak boleh mementingkan diri sendiri. Dia harus berubah. Dia harus menepati janjinya.

"Kalau begitu, bolehkah awak terus menunggu... Sehingga saya pulih.. Saya janji apabila tiba waktunya nanti saya akan kembali... Menjemput  awak."
"Saya sanggup jika itu yang dijanjikan..."

Mereka sama² tersenyum. Jungkook akhirnya terpaksa meleraikan pelukan dan melangkah pergi. Dia berjanji bahawa dia akan menjemput YuNae kembali dan mereka boleh membuka buku hidup baru.

"Adakah ini pengakhiranku?"

FIN

[√] JEON'S {HELL} | J. J. K Where stories live. Discover now