Ch: 8

109 8 0
                                    

Jungkook bersiul sambil berjalan turun dari tingkat atas. Kunci kereta sedang berpusing di jarinya dan dengan asyiknya dia menyanyi.

"Amboi, sejak kau kembali bukan main senang kau ya!"
"Oh, mama... Mama sihat?"
"Apa yang kau buat pada Junghyun?"
"Pukul.. Dia?

Puan Jeon menghela nafas berat. Rasanya dah agak lama dia menahan sabar. Jika diikutkan hatinya ingin sekali dia menampar pipi cucu kesayangan atuknya itu. Geram!

"Kau kira bersyukur ada atuk kau jadi malaikat penjaga!"
"Malaikat penjaga?"

Jungkook tersenyum sinis sambil menggelengkan kepalanya perlahan. Kakinya akhirnya melangkah turun ke tangga.

"Mama, Kook kembali ke sini nak balas balik..."
"Balas? Apa yang kau nak!?"
"Setiap apa yang mama dah lakukan.. Kook akan pastikan mama terseksa duduk kat dalam rumah ni... I'll make you live in hell and welcome to hell, my dear mother."

Puan Jeon merenung tajam wajah Jungkook. Jungkook tersenyum sinis. Berasa bangga kerana dapat menaikkan amarah orang tuanya. Ibu kandung tapi diibaratkan seperti ibu tiri. Entah mengapa, begitu salah untuknya wujud dalam keluarga ini.

Muncul seorang lelaki berpakaian kemas menunduk hormat kepada Jungkook. Jungkook mengerling ke arahnya sekilas. Dia berdecit. Dia kenal sungguh dengan wajah pembantu peribadi atuknya. Ini pasti ada hajat yang hendak ditunaikan.

Puan Jeon hanya berpeluk tubuh dan menoleh memandang ke arah lelaki yang tiba² sahaja muncul, mencelah mereka.

"Selamat pagi, Tuan Jungkook... Saya di sini nak iringi Tuan ke Syarikat... Kehadiran Tuan ke mesyuarat tu amat penting, harap-"
"Aku tak nak..."

Puan Jeon sudah pun ingin meletus. Dia mengetap giginya tanda dia geram dengan hajat ayah mertuanya.

"Apa, belum cukup dengan harta, sekarang kehadiran cucu kesayangannya pula diambil kira. Memang nak kena orang tua tu!"

"Dia tak nak, kau boleh blah..."

Sudah pasti pembantu peribadinya tidak akan mengalah. Dia mesti membawa cucu kesayangan tuannya itu ke mesyuarat tergempar.

"Tapi Tuan Jeon ingin memperkenalkan kamu sebagai salah seorang CEO di syarikat tu."

Puan Jeon menarik lengan pembantu peribadi Tuan Jeon. Kemarahannya telah pun memuncak. Cucunya yang seorang lagi masih lagi sakit kerana telah dipukul oleh cucu yang seorang lagi tak guna. Atuk apa yang tak boleh ambil berat soal cucunya yang lain. Mana boleh pilih kasih.

"Eh, kau dengar sini... aku takkan bagi kau bawa Jeon Jungkook keluar dari sini!"

Jungkook memandang wajah Puan Jeon yang betul² sedang memarahi atuknya. Dia sukakannya, biarkan Puan Jeon berasa terseksa. Dia menoleh memandang pembantu peribadi atuknya semula.

"Baiklah, aku pergi tapi dengan satu syarat."
"Apa dia, Tuan Jungkook? Saya sanggup tunaikan dan saya pasti Tuan Jeon turut mempunyai hasrat begitu."
"Aku nak berkahwin dengan Cha YuNae."

Pembantu peribadi atuknya lantas mengangguk bersetuju dengan syarat Jungkook. Puan Jeon terkesima. Hanya itu saja syaratnya? Dia mula berasa sangsi. Mengapa memilih anak perempuan keluarga Cha? Adakah dia hanya ingin membalas dendam kepada abangnya, Junghyun? 

Soalan demi persoalan mula muncul di dalam benaknya. Apapun, dia tidak bersetuju dengan keinginan Jungkook.

"Jeon Jungkook, kau jangan nak bermimpi di siang hari mahu memiliki hati perempuan yang sudah pun ada si pemiliknya! Kau tidak layak untuknya!"
"Layak atau tidak, itu semua haknya. Aku tidak memaksanya untuk terima aku kerana aku jamin yang YuNae akan lebih memilih aku berbanding Junghyun."
"Yakin sangat kau ni, aku jamin lepas dia tahu apa yang kau pernah lakukan... Dia takkan mahu pun nak jumpa kau."

Jungkook hanya memandang wajah Puan Jeon kosong. Dia mencondongkan wajahnya ke kiri sedikit dan tersenyum sinis ke arah Puan Jeon sebelum memandang tepat ke arah wajah pembantu peribadi atuknya itu.

"Iringi aku... Encik Oh."
"Baik Tuan Jungkook."

Pun Jeon lantas menarik lengan baju Encik Han, pembantu peribadi ayah mertuanya sekali lagi. Tidak mahu mengalah.

"Maaf, Puan Jeon. Jika tidak saya akan gunakan kekasaran kalau Puan masih lagi bertindak sebegini."
"Kau lempang dia pun, I couldn't care less..."

Ucap Jungkook sinis. Kasih sayangnya terhadap ibunya telah pun menipis. Mana tidak, jikalau ibunya melayaninya setimpal seperti selayaknya seorang anak. Mungkin, dia masih lagi punya perasaan kasihan. Tapi kini, dia berasa kosong.

Puan Jeon akhirnya terpaksa mengalah dan melepaskan lengan Encik Oh. Matanya menghantar mereka keluar dari rumah Jeon's. Dia menjerit dengan penuh kemarahan. Dia mesti melakukan satu rancangan agar atuk Jungkook tidak boleh memberikan apa apa jawatan atau harta sekali pun kepada Jeon Jungkook.

"Kau tunggu, Jeon Jungkook!"

Jungkook yang duduk di seat belakang itu hanya termenung di luar tingkap kereta. Dia memandang ke arah cermin hadapan. Encik Oh, sesekali melirik ke arah cermin hadapannya itu.

"Ada apa apa ke Tuan Jungkook?"
"Adakah masih sempat.. Untuk saya melawat seseorang di penjara? Hari ni adalah hari dia dilepaskan..."
"Baiklah.. Masih sempat."
"Baguslah... Bawa saya ke penjara Seoul sekarang, jangan lupa belikan tauhu basah untuknya."
"Baik Tuan."

Jungkook menongkat dagunya sambil menikmati pemandangan di luar tingkap. Dia bersiul senang.

YuNae menyediakan makan pagi untuk kakak Han. Kakak Han duduk termenung di tepi birai katilnya. Dia tidak boleh melihat sejak dia kecil lagi.

"Maafkan adik, Unnie... Unnie telah lama menghilang, ke mana kamu pergi JungAe unnie?"

Dia menangis, sungguh dia rindukan kakak kembarnya itu.

"Akak? Okay tak, kenapa menangis ni?"
"Akak rindukan JungAe. Sejak dia suruh akak ubah muka akak tu... Dia menghilangkan diri."
"Ya, saya tahu tu kak."
"Akak akan pastikan siapa yang buat JungAe terseksa akan terima akibatnya."

YuNae menggosok bahu kakaknya itu.
Sungguh dia berasa risau akan keadaannya.

"Tak mengapa suatu hari nanti, mereka akan terima balasannya."

Pujuk YuNae. Kakak Han mengangguk perlahan.

Pembantu peribadi Jungkook menunduk hormat bagi meraikan kehadirannya. Tauhu basah di dalam plastik hitam diberinya kepada pembantu peribadinya itu.

"Encik Oh, mari kita pergi. Nanti atuk tunggu lama pula."
"Baiklah Tuan Jungkook."
"Dan kau, Han SangHyuk... Selamat kembali."
"Terima kasih Tuan Jungkook."

Sekali lagi Sanghyuk menunduk hormat. Sungguh dia masih lagi setia dengan Jungkook. Kerana dari Jungkook kecil lagi, dia telah menjaga Jungkook.

Skip

Junghyun berjalan ke arah bilik mesyuarat untuk menghadiri mesyuarat tergempar itu. Dia merasakan mungkin ingin mempercepatkan pelantikkannya bagi menggantikan atuknya. Dia yakin tapi keyakinannya mula goyah apabila ternampak kelibat SangHyuk bersama Jungkook.

"Kenapa dia ada kat sini? Atuk dah gila ke!?"

Atuk Jungkook muncul untuk menyambut kehadiran Jungkook. Bahu cucunya itu dipegang kemas dan ditariknya ke dalam pelukan yang erat. Sungguh dia rindu dengan cucunya itu.

"Welcome to JJ Holding's, Jeon Jungkook."
"Terima kasih atuk... Tapi kenapa atuk nak jumpa sangat dengan Kook ni?"
"Nak lantik kamulah sebagai CEO."
"Kook rasa atuk lebih tahu yang Jungkook ni hanyalah anak buangan.."
"Kamu tetap cucu atuk."

Junghyun yang memegang pintu bilik itu sedang memerhatikan mereka dengan pandangan mata yang tajam.

"Aku akan bunuh kau, Jeon Jungkook."

Tbc

[√] JEON'S {HELL} | J. J. K Where stories live. Discover now