Ch: 12

90 8 0
                                    

"Awak ok?"

YuNae berjalan mendekati Jungkook dengan riak wajah yang risau.

"Kenapa awak nampak macam baru lepas menangis? Ada apa apa terjadi kepada atuk awak?"

Jungkook tersenyum sinis dan tangannya dengan perlahan dibawa menyentuh ubun ubun Cha YuNae. Dia membelai rambut gadis itu.

"Kalau kau buat macam ni, makin susah aku nak lupakan kau Cha YuNae. Jangan risaukan aku... Macam kau bagi harapan kepada aku pula."

YuNae hanya terdiam. Jungkook yang sedang asyik membelai rambut YuNae itu mula menyedari kehadiran Junghyun yang sedang berdiri di belakang YuNae. Lelaki itu menggigil dengan api cemburu. Senyuman sinis Jungkook melebar dan tangannya menarik tubuh YuNae ke dalam dakapan. Manakala tangan sebelah lagi memegang bekalan yang dibawa YuNae.

"Kau kena faham YuNae, aku ajak kau kahwin bukan aku main² tapi sebab aku benar benar sukakan kau."

Junghyun merenung tajam wajah Jungkook yang kini sudah tersenyum puas.

"Kau dah lupa ke Junghyun... I always got what I want..."

Desis hati Jungkook. Junghyun yang tidak tahan itu, terus berdehem dengan nada yang keras. YuNae lantas menolak jauh tubuh Jungkook dan memusingkan tubuhnya menghadap Junghyun.

"Junghyun oppa... Baru datang?"
"Ya, baru je..."

YuNae menunduk hormat lalu meminta diri untuk pulang. Junghyun memandang wajah Jungkook dengan pandangan mata yang tajam menikam. Jarinya menuding ke arah Jungkook memberi amaran sebelum melangkah keluar untuk mengejar YuNae.

Jungkook tersenyum sinis. Bekal tadi diletakkannya di atas meja yang tersedia di dalam bilik tersebut. Jungkook menoleh memandang wajah atuknya.

"Atuk, terima kasih sebab restukan hubungan Kook dengan YuNae."

Jungkook lalu melangkah keluar dari bilik wad tersebut. Sengaja ingin menyaksikan apa yang akan meletus di antara Junghyun dengan YuNae. Kelihatan Junghyun sepertinya bengang apabila soalan yang ditanya tidak dijawab oleh YuNae. Dia memegang tangan YuNae untuk menghalang nya dari berjalan pergi. Jungkook bersembunyi di sebalik dinding sambil menyaksikan adegan tersebut dengan sebuah senyuman puas.

"Jawablah.. Apa hubungan awak dengan Jungkook?"
"Dia tu kawan saya je..."
"Dah tu kenapa dia peluk awak!?"
"Junghyun di antara kita.. Memang tak ada hubungan lah.. Saya boleh je bersama dengan sesiapa pun. Kenapa dengan awak ni?"

Soal YuNae. Junghyun mendengus geram. YuNae yang turut berubah nenjadi marah itu lantas melangkah pergi dan berjalan masuk ke dalam lif. Junghyun tidak sempat mengejarnya. Dia mengeluh berat.

Pada ketika itu, Jungkook muncul. Dia berjalan perlahan ke arah Junghyun sambil tersenyum puas.

"Sepertinya dia memang tidak mahu pilih kau Junghyun."
"Apa kau nak?"
"Aku... Cuma nak kau keluar dari Jeon's."

Junghyun tergelak mendengarkan itu. Dia memandang wajah Jungkook dengan pandangan sinis. Bahunya terhinjut hinjut dek gelakkan sinisnya.

"Asal, kau ni dungu sangat? Aku atau kau yang sepatutnya keluar dari Jeon's?"

Jungkook terdiam seketika. Air mukanya berubah. Apabila teringatkan kata² atuknya di dalam surat tersebut membuatkan api kemarahannya menyala². Dia lantas menarik kolar baju Junghyun dan menolaknya ke dinding. Dengan pandangan yang tajam dia merenung wajah Junghyun.

"Aku akan pastikan kau keluar dari Jeon's."

Junghyun menggenggam erat tangan Jungkook yang sedang memegang baju kolarnya kemas itu.

"Itu sumpah dan janji aku... Tak kisahlah kalau kau keluar hidup² atau mampus sekalipun!"

Junghyun akhirnya berjaya menolak Jungkook jauh darinya. Akibat impak tolakan dari Junghyun itu, dia rebah ke lantai. Saat itu, tawa Jungkook meletus dan muncul Hyuk untuk menjemputnya pulang. Terhinjut hinjut bahu Jungkook ketawa dan saat itu matanya tak pernah lekang dari merenung wajah Junghyun.

Hyuk membantunya bangkit dan memimpinnya berjalan keluar dari bangunan hospital tersebut. Ramai yang memandang Jungkook akibat tidak berhenti ketawa dari tadi. Seperti orang gila lagaknya. Tubuh Jungkook ditolak perlahan masuk ke dalam kereta. Hyuk mula menutup pintu untuk Tuannya dan terus berlari ke arah seat pemandu. Enjin kereta dihidupkan dan kereta tersebut bergerak masuk ke lebuh raya.

Jungkook mengurut dahinya perlahan sambil tersenyum sinis. Dia mengerling ke arah cermin sisi hadapan dan tersenyum menyeringai.

"Kau nak tahu tak, Hyuk..."
"Ya, apa dia Tuan?"
"Aku ni anak angkat keluarga tu je... Ke kau dah tahu soal ni?"
"Tidak Tuan..."
"Ah, okay... Aku ingat kau dah tahu."

Hyuk menelan air liur. Sungguh, dia telah menipu. Malah, sudah lama dia mengetahui identiti sebenar Jeon Jungkook. Dia terpaksa mendiamkan diri kerana janjinya kepada atuk Jungkook.

"Macam mana Tuan tahu semua ni?"
"Surat orang tua tu."

Jungkook menoleh memandang ke arah luar tingkap kereta. Dia tiba² mengeluarkan air matanya.

"Aku tahu kau berbohong Hyuk, setianya kau... Dan betapa bodohnya aku."
"Tuan Jungkook... Maafkan-"

Tangannya diangkat sebelah menyuruh Hyuk diam. Hyuk mengangguk dan mendiamkan dirinya.

"Ingat hyuk, cari siapa yang buat atuk aku merana..."
"Soal tu, Tuan... Saya dah tahu siapa."
"Siapa?"
"Puan Jeon."

Jungkook meletuskan ketawa sinis. Dia mengesat air matanya yang masih lagi tersisa itu. Dia tersenyum menyeringai apabila nama itu meluncur keluar dari mulut Hyuk.

"Hyuk ah... Kau tahukan dia sayang sangat anak² dia tu?"
"Ya, saya tahu Tuan."
"Ah, aku rasa macam nak melawat galeri HyoRim noona je."
"Baik Tuan..."

Hyuk terus memusingkan sterengnya dan berpatah balik semula untuk menuju ke galeri Hyorim.

"Puan Jeon, kau sedar tak sekarang kau sedang bermain dengan api?"

Jungkook sudah pun terbahak bahak mengetawakan Puan Jeon di dalam hatinya. Manakala, di dalam benaknya dia sedang fikirkan bagaimana hendak tunjuk kepada Puan Jeon untuk tidak menyakiti orang yang disayanginya.

Akhirnya kereta yang dibawa oleh Hyuk tadi berhenti betul² di hadapan bangunan galeri seni milik HyoRim. Hyuk menapak keluar dari dalam keretanya dan berlari ke arah seat belakang untuk membukakan pintu untuk Jungkook. Jungkook menapak keluar dari dalam perut kereta dan bersiul senang sambil memerhatikan segenap bangunan tersebut.

"Ah, apa aku nak buat dengan HyoRim ni ya..."

Dia berjalan masuk sambil bersiul dan bertembung dengan HyoRim yang ingin berjalan keluar dari bangunan galerinya. Dia agak terkejut dengan kehadiran tiba² Jungkook.

"Apa kau buat kat sini?"
"Entah.... Hyuk-ah kalau aku lukakan anak dia ni.. Okay tak?"
"Baik Tuan..."

Bahu Hyorim lantas dipegang oleh Hyuk.

Hyorim meronta ronta sambil merenung tajam wajah Jungkook. Dia baru saja ingin menjerit meminta tolong namun, Hyuk pantas menumbuk perut Hyorim sehingga menbuatkan Hyorim tidak menyedarkan diri.

Jungkook tersenyum sinis. Hyuk mengangkat tubuh Hyorim untuk dibawa masuk semula ke dalam bangunan galeri. Setelah mereka sampai di dalam sebuah bilik, tubuh Hyorim diletakkan di atas sofa. Pintu biliknya dikunci oleh Jungkook.

Jungkook bersiul senang sambil menarik kerusi dan dibawanya di hadapan Hyorim yang kini tidak lagi menyedarkan diri.

"Aku nak buat apa ya dengan kau ni?"

Dia mengeluarkan telefon pintarnya dari dalam poketnya.

Manakala Puan Jeon di hospital telah memgarahkan doktor Yoon untuk mengakhiri riwayat hidup atuk Jungkook. Kini kaki doktor Yoon melangkah laju untuk menuju masuk ke dalam bilik wad Tuan Jeon.

"Apa kau nak Jeon Jungkook?"

Balas Puan Jeon dengan suaranya yang dingin. Jungkook tersenyum sinis.

"Dengar sini, kalau kau apa apakan atuk aku... Anak kau Hyorim akan mati."

Tbc




[√] JEON'S {HELL} | J. J. K Where stories live. Discover now