Ch: 18

75 8 0
                                    

Jungkook hanya mampu memerhatikan gambar mendiang atuknya dari jauh, dia tahu Puan Jeon akan menghalaunya sekali lagi. Hyuk turut bersimpati.

"Sir, don't you want to pay respect towards your grandfather?"
"I do..."

Ucap Jungkook dan dengan perlahan kakinya mendekati keluarga itu, dia mengalirkan air mata. Perasaan sedih menikam hatinya. Puan Jeon melihat Jungkook yang sedang berdiri. Lelaki itu dalam keadaan tidak terurus. Dia dalam diam menyembunyikan rasa gembira kerana rancangannya akhirnya berjaya.

"Atuk kau dah mati, maka lebih baik kau pergi dari Jeon's... Kau dah tak ada keluarga, kau bersendirian Jungkook."

"Apa yang kau buat kat sini, kau tu pembawa nasib malang... Kalau bukan kerana kau mungkin atuk masih hidup lagi!"

Marah Hyorim dan ditenangkan oleh Daeun. Junghyun tersenyum sinis baru saja dia ingin mara ke arah Jungkook namun ditegah oleh Baerin, adik bongsu keluarga itu.

"He's just wanna pay respect... Let him be. Silakan hyung..."

Jungkook dengan perlahan bergerak ke arah gambar mendiang atuknya sebelum mencapai sekuntum bunga putih dan diletakkan di bawah gambar tersebut. Dia menangis sekali lagi. Sungguh jiwanya terasa seperti sedang diruntuhkan. Dengan tangisan yang masih tersisa, dia bersujud di hadapan keranda atuknya.

"Maafkan Jungkook, atuk.. Maafkan Jungkook kerana pernah membenci atuk.. Maafkan Kook..."

Puan Jeon hanya memerhatikannya dengan perasaan jijik. Encik Oh turut menghadirkan diri dan melihat Jungkook yang sedang melakukan upacara menghormati kematian mendiang atuknya, dia tersenyum.

"Baguslah.. Akhirnya dia dapat juga turut serta dalam majlis pengebumian atuknya..."

Skip

"Minumlah, Tuan muda perlu banyakkan bersabar ya..."

Jungkook hanya memandang kosong ke arah botol air yang diberi Encik Oh. Mereka sekarang berada di luar. Encik Oh yang mahu berjumpa dengannya. Katanya mahu berbicara soal wasiat atuk.

"Atuk ada tinggalkan apa apa ke kepada Kook, surat?"
"Dia tinggalkan hartanya kepada Tuan muda..."
"Aku tak nak semua tu... Aku cuma nak tahu siapa mak ayah kandung aku... Mana mereka sekarang.. Atuk tak pernah bagi tahu?"
"Maaf, apa maksud Tuan muda?"
"Tak mengapa, jika tiada apa apa.. Aku nak balik."

Jungkook lalu bangun dari duduknya tetapi Encik Oh memegang tangannya sebelum melepaskannya semula.

"Tuan Jeon mahu kamu uruskan syarikat tu.."
"Bagilah, syarikat tu kepada Puan Jeon.. Kau kenyangkanlah perut dia yang tamak tu..."
"Tapi.. Mereka pasti akan buat hidup kamu lebih sengsara nanti..."
"Aku dah cukup sengsara..."
"Wang yang atuk kamu beri tu ada saya simpan.."
"Kenapa, kaukah yang akan uruskan harta aku pula?"
"Ya, itu apa yang mendiang mahukan... Dia tak nak kamu hidup sebatang kera."
"Apa² jelah.. Aku balik dulu."
"Ya, baiklah..."

Encik Oh lalu bangun dan menunduk hormat kepada Jungkook. Jungkook sudah pun berjalan pergi dan menapak masuk ke dalam perut kereta. Dia tidak mahu berbicara soal harta. Apa yang dia mahu tahu sekarang adalah siapa ibu bapa kandungnya dan di mana mereka berada.. Dan siapa yang telah membunuh atuk.

Jungkook kembali ke villanya. Hyuk membukakan pintu untuknya. Jungkook menapak keluar dari dalam perut kereta dan berjalan masuk ke dalam rumah. Hyuk benar benar bersimpati dengan keadaan Jungkook tapi dia tidak mahu Jungkook tahu itu kerana Jungkook tidak memerlukan simpati dari orang lain.

Jungkook melabuhkan punggungnya di atas sofa dan melepaskan keluhan berat. Matanya tertutup dan dia memicit dahinya. Dia berasa penat. Hyuk berjalan masuk dan mengunci pintu masuk sebelum dia menunduk hormat kepada Jungkook.

[√] JEON'S {HELL} | J. J. K Where stories live. Discover now