Ch: 6

112 12 0
                                    

"Please lepaskan tangan saya... Jungkook... Kamu pun Junghyun oppa, saya boleh cari Puan Jeon sendiri..."

Mereka berdua buat tak endah kata² YuNae. Mereka masih lagi sibuk berlawan mata.

Muncul Puan Jeon untuk membetulkan keadaan. Geram dengan mereka berdua yang tak ubah seperti anjing dengan kucing.

"Jeon Junghyun, mama tak suruh pun kamu cari fasal dengan dia. Dan kamu Jeon Jungkook... Lepaskan YuNae sekarang..."

Junghyun mengundurkan diri. Jungkook melepaskan pergelangan tangan YuNae. YuNae menghela nafas lega.

"Mari cik YuNae.. Saya nak awak berjumpa dengan seseorang."
"Ah, ya..."

YuNae meminta diri dan membuntuti langkah Puan Jeon. Anak matanya memandang ke arah Jungkook. Maka, benarlah tekaan dia selama ini. Yang sebenarnya Jeon Jungkook itu anak Puan Jeon tapi kenapa dia tidak bersapa dengan keluarganya? Mengapa dia tinggal di sana instead of in this mansion, Jeon's?

"Mesti awak tertanya tanya kenapa lelaki tu boleh ada kat sini dan siapa dia.. Saya pun terkejut bila ternampak dia tegur awak YuNae."

Langkah Puan Jeon terhenti. YuNae turut berhenti mengikut jejaknya. Puan Jeon lantas menoleh ke arah YuNae.

"Adakah awak ada apa apa nak beritahu saya?"
"Tak ada, lagipun dia yang tegur saya dulu... Saya tak berapa kenal dia. Dia tu siapa?"

Soalnya cuba untuk mengawal air mukanya.

"Anak buangan... Jeon Jungkook."

Dia terdiam dan Puan Jeon meneruskan langkahnya. Akhirnya mereka tiba di sebuah meja makan. Puan Jeon menyapa seseorang. Lelaki itu berpaling ke arah YuNae. YuNae mulai rasa gugup. Mungkin kerana orang yang berpengaruh seperti Tuan Jeon ini tidak memberi aura yang baik baginya.

"Cha YuNae bukan? Saya Jeon JangGook..."

YuNae cuba untuk mengawal gelora di hatinya. Dia menarik nafas dalam² dan menunduk hormat. Tuan Jeon memghulurkan tangannya untuk berjabat. YuNae tersenyum kecil dan menyambut huluran tangannya itu.

"Ya, saya Cha YuNae..."

Skip

Suara tangisan seorang gadis diselangi dengan bunyi hentakan pada permukaan cermin. Dirinya sudah pun tidak kelihatan normal. Wajahnya merah kerana menangis tanpa henti.

"Tolonglah lepaskan saya! Tolong saya tak tahu ke mana JungAe menghilang... Lepaskan saya..."

Seorang lelaki memakai baju serba hitam dan mukanya ditutup oleh topeng muka berwarna hitam muncul. Dia menarik sebuah kerusi dan duduk berhadapan dengan gadis itu. Mereka hanya dipisahkan jarak dengan antara kaca sahaja. Lelaki itu menjentik dinding kaca yabg dibinanya sebagai perangkap. Tetapi kaca itu sungguh kebal untuk dihancurkan begitu saja. Ia kalis peluru lagi.

Sebuah bilik kaca cukup untuknya melihat mangsanya mati. Di sebalik topeng itu, dia sudah pun tersenyum sinis.

"JungAe, belum mati lagi kan?"
"Belum... Itu je yang saya tahu... Tolong lepaskan saya pergi..."
"Macam mana kau tahu dia masih hidup selepas kemalangan tu?"
"Aku terdengar.. Yang ada seorang pesakit perempuan mirip seperti Jung Ae telah pun menerima rawatan muka iaitu pembedahan plastik akibat dari kemalangan tu... Itu je..."
"Hospital mana?"
"Hospital di Busan..."

Lelaki itu mengangguk faham. Dia berjalan ke arah meja tempat kerjanya dan dia mula membuka sebuah laci yang ada sebuah remote. Dia membawa remote itu keluar dan mula menekan satu butang berwarna merah. Dan tempat yang seakan akan sebuah bilik kaca itu tiba² sahaja diselebungi satu asap yang keluar dari lubang seperti aircond. Gadis yang terperangkap itu mula tersesak nafas dan meronta ronta pinta untuk dilepaskan. Suaranya mula menjerit meminta tolong.

"Ah, bising..."

Lelaki itu menekan satu butang dan lagu classic mula bergema dalam bilik itu dan suara jeritan gadis itu tenggelam.

"I can't just let you go, my identity might be exposed."

Jungkook melayan semua tetamu yang hadir lalu muncul Baerin di sebelah nya secara tiba². Baerin merampas gelas yang dipegang oleh Jungkook dan dia mula mengisi kembali air wain putih ke dalam gelas itu sebelum diberinya semula kepada Jungkook. Jungkook hanya memerhati setiap pergerakan tangannya.

"Selamat kembali, JK..."
"Kau ada rancangan nak halau aku kan? Kenapa nak meraikan aku?"
"Oh, hyungnim... Pergaduhan tu dah lama... Aku ke sini nak sambut kau."
"Terima kasih jelah..."

Baerin meletakkan gelas tadi dan memandang ke arah YuNae yang sedang berbual dengan Puan Jeon yang tidak jauh dari tempat mereka berada. Matanya tidak lepas memandang YuNae. Jungkook menyedari akan itu terus menghalang pemandangan Baerin.

"You're staring way too much."
"Got a problem? Lagipun dia single, apa salahnya kalau aku mengurat dia."

"Yang salahnya, YuNae tu milik aku."

Muncul Junghyun memberi amaran keras. Gelas wain dicapai dan diisinya dengan wain merah. Dia meneguknya dengan cepat. Matanya masih lagi tajam merenung wajah Baerin.

"Kau masih nakkan perempuan tu setelah apa yang dia telah lakukan?"
"Kau pun tahu yang aku tak begitu mudah untuk percaya cakap kau."
"Touchè..."

"Tengoklah siapa tu, kalau bukan Jeon Jungkook si outcast."

Muncul Hyorim bersama dengan Dae Eun. Mereka tidak begitu teruja dengan majlis bagi meraikan cucu kesayangan atuk mereka. Siapa lagi kalau bukan Jeon Jungkook.

"Aku dengar kau ada ambil ubat khas untuk mental.. Kau gila ea?"

Soal Hyorim sengaja ingin menaikkan darah si Jungkook namun dia masih lagi kelihatan tenang. Dengan riak biasa dia menekan pelipisnya sebelum bersuara.

"Ubat.. Oh, yalah tapi tak adalah serupa macam ubat tidur yang kau selalu ambil... Insomnia kau masih belum pulih, atau kau sengaja hanya sebab nak goda doktor tu?"

Muka Hyorim mula berubah. Dia menahan amarahnya dari meletus. Tajam bibirnya menuturkan kata. Tidak dia sangka dia bakal terkena pada batang hidungnya sendiri. Dae Eun tidaklah terlalu ekspresi terhadap kata² Jungkook namun matanya sempat menangkap kelibat YuNae yang tidak jauh dari tempat mereka berada.

"Cik Cha pun ada kat sini, padahal dia bukannya kenal pun siapa yang disambut."

Jungkook tersenyum sinis dan mula ingin membuka langkah. Akan tetapi, Baerin sempat menghalangnya.

"Kau nak pergi mana? Kenapa kau tak suka dengan majlis ni?"
"Entah, aku tak kisah sangat dengan majlis murahan macam ni..."

Jungkook terus berlalu pergi dan menegur Puan Jeon. Puan Jeon hanya sekadar tersenyum nipis dan terus berlalu pergi ke arah tetamu yang lain. YuNae terperasankan itu hanya beriak biasa, dia sendiri tidak pasti adakah keluarga ini harmoni atau sebaliknya. Jungkook hanya beriak biasa kerana dia sudah terbiasa dengan sikap dingin ahli keluarganya terhadap dirinya.

"Cik YuNae masih nak berkenalan dengan saya ke setelah tahu siapa diri saya? Dan lepas ni saya pasti Puan Jeon tidak akan lepaskan awak..."
"Kenapa?"
"Awak dah ceroboh masuk tempat saya, dah lupa?"
"Hanya sebab tu?"
"Oh, bukan itu saja... Saya dah mula syak... Awak ni siapa sebenarnya Cha YuNae?"

YuNae mengerutkan dahinya. Tidak begitu mengerti.

"Awak ingatkan saya pada dia malah saya kenal dia lebih dari orang lain..."
"Siapa?"
"JungAe..."

Tbc

[√] JEON'S {HELL} | J. J. K Where stories live. Discover now