Ch: 5

135 14 0
                                    

YuNae memerhatikan setiap jenis bunga yang tertanam di dalam taman itu. Sungguh indah untuk dijadikan tatapan mata.

"Hari dah petang, elok kau balik..."
"Ah ya..."

Sebelum YuNae sempat menoleh ke belakang, dia cepat² menunduk hormat dan mengucapkan terima kasih.

"Terima kasih tau! Saya takkan lupa kebaikan awak..."
"Ya, lebih baik kau pergi dan jangan kembali ke sini lagi dah."

YuNae mengangguk dan membawa Geon keluar dari taman tu.

"Seronok kan bila berbual dengan dia?"

Muncul Junghyun dari sebalik pokok. Ternyata dia menyorok di situ. Walhal, Jungkook hanya beriak biasa dan tidak mempedulikan kewujudannya itu.

"Kau nak apa?"
"Atuk akan ke sini dan kau akan kembali ke Jeon's..."

Buku limanya dikepal. Jungkook menahan amarahnya. Junghyun tersenyum senget melihat reaksi spontan Jungkook. Pastinya dia geram kerana disebabkan atuknya juga perempuan yang dicintai oleh Jungkook telah hilang tanpa dapat dikesan.

"Kenapa? Kau terlalu benci dengan atuk kau?"
"Lebih baik kau blah..."

Jungkook menghela nafas berat dan ingin melangkah pergi tetapi disebabkan kata² Junghyun pergerakannya terhenti.

"Aku harap kau tak fikir yang YuNae tu mengingatkan kau pada JungAe pula plus it's better for you to stay away from her, she's mine..."

Junghyun berwajah tegas dan dia berjalan pergi meninggalkan Jungkook yang kini menundukkan wajahnya sehingga beberapa helaian rambut terjuntai jatuh dan menutupi matanya.

"Jungkook...."

"Suara dia macam JungAe..."

Di tubir bibirnya terbit satu senyuman sinis. Ia benar² mengingatkan dia pada kekasih lamanya.

Dia ingin berjalan dan pada saat itu, dia terpijak sesuatu. Dia dengan perlahan menundukkan tubuhnya, ianya adalah seutas rantai berwarna ungu. Senyuman sinisnya melebar.

"Look what I found... It's her necklace."

Dia memerhatikan rantai itu sebelum bangun semula dan berjalan masuk ke dalam rumah kecilnya.

YuNae membelek majalah sambil berbaring di atas sofa. Dia masih memikirkan pasal keindahan taman itu. Dia terlalu gembira kerana akhirnya dia dapat juga tour taman tu. Dia bangun dari baringnya untuk ke tandas dan pada masa dia ingin mengelus rambutnya, dia merasakan ada sesuatu yang hilang. Rantainya.

Junghyun berjalan masuk ke dalam biliknya dan membuka almari biliknya, dia menyelak ke semua baju kotnya ke tepi dan terpancul satu pintu sliding kecil di hadapannya. Dia menekan butang itu untuk diakseskan cap jarinya dan pintu itu terbuka secara automatik.

Dia berjalan masuk ke dalam dan pintu tertutup semula. Dia melangkah ke arah sebuah rak buku yang menyimpan beberapa keping rekod lama dan juga helaian surat khabar lama. Dia mengambil satu rekod kesihatan yang dicurinya dari sebuah hospital sakit jiwa di Daegu.

Dia membeleknya setiap helaian satu persatu. Dan jarinya terhenti pada satu perkataan.

"Psychopath... He's a psycho."

Dia menutup rekod tersebut dan menyimpannya semula di tempat asal. Dia melangkah ke sebuah rak lagi yang tersimpan buku² cerita, cerpen dan buku nota. Dia mengambil sebuah buku nota dan membacanya dengan teliti.

"Hospital Busan, Dongsaeng road 211-11"

Coretan yang terlalu ringkas namun maknanya amat mendalam. Nota itu ditulis oleh JungAe sebelum dia terlibat dalam sebuah kemalangan. Atuk Jungkook turut terlibat, itulah apa yang dikatakan oleh Jungkook. Entah siapa yang menyebabkan JungAe tiba² saja menghilangkan diri atau lebih tragis, dia dah lama mati.

[√] JEON'S {HELL} | J. J. K Where stories live. Discover now