Ch: 15

93 8 0
                                    

Beberapa hari telah pun berlalu, YuNae termenung memandang keluar jendela. Angin menampar lembut wajahnya. Dia berasa sepi tika berada di villa itu. Pembantu rumahnya muncul sambil membawa beg bagasi dan diberikannya kepada YuNae.

"Apakah cik muda mahu menjual villa ini?"
"Ya, saya tak nak memori tu kembali..."
"Apakah majlis pengebumiannya berjalan lancar?"
"Ya, saya pulang dulu... Terima kasih kerana sudi menolong saya menjaga arwah JungRi."
"Sama². Ah, ya.. Cik muda ada satu barang lagi yang cik tertinggal, kotak kasut milik arwah JungRi, dia nak suruh saya bagi kotak kasut tu kepada cik.. Kejap ye saya cari kotak tu."

YuNae menganggukkan kepalanya. Tidak sampai lima minit, pembantu rumahnya kembali dan memberikan kotak kasut itu. Dahinya berkerut. Mengapa arwah JungRi mahu memberinya kasut?

Setelah siap dia berkemas barang arwah Jungri, dia berjalan keluar dari villa nya untuk pulang ke rumah keluarga Cha. Ketika itu muncul sebuah kereta hitam berhenti secara mengejut betul2 di hadapan YuNae. YuNae terkejut dan terus berhenti melangkah.

Pintu kereta dibuka dan pemilik kereta itu berjalan keluar dari dalam perut kereta. Junghyun. Dia tidak sangka yang Junghyun akan muncul kerana kedatangan yang dinantikan sebenarnya adalah Jungkook.

"Apa awak buat kat sini, Junghyun oppa?"
"Mari naik, saya akan hantar awak balik..."
"Maaf saya terpaksa menolak. Saya boleh ambil teksi."

Balas YuNae dingin. Dia terus menarik beg bagasi dan sambung berjalan. Junghyun memicit dahinya dan terus mengejar langkah YuNae. Dia menarik lengan YuNae kasar. YuNae terus berpaling ke arahnya.

"Junghyun oppa! Lepaskan saya!"
"Kenapa awak degil sangat!? Marilah masuk!"
"Tunggu dulu, macam mana awak boleh tahu yang saya tinggal di sini? Siapa yang bagi tahu awak?"
"Pentingkah? Mari masuk ke dalam!"
"Ya, amat penting! Kalau awak nak tahu... Satu satunya orang yang saya boleh percayakan sekarang ni hanya Jungkook bukan awak Junghyun oppa."
"Jungkoook, Jungkook, lagi lagi Jungkook! Apa hubungan awak dengn dia hah!?"
"Saya kekasih dia..."

"Sekarang awak baru nak mengaku yang awak sayangkan saya ke, Cha YuNae?"

YuNae terkejut apabila Jungkook muncul. Entah mengapa dia berasa agak lega apabila mengetahui bahwa Jungkook sudah ada di sini. Dia berasa aman dan selamat.

"Oppa..."
"Mari saya hantar awak pulang, YuNae..."

YuNae menganggukkan kepalanya perlahan. Jungkook menghulurkan tangannya lurus untuk menyambut YuNae. Dia tersenyum manis memandang wajah YuNae yang masih lagi membatu itu. Junghyun mendengus geram. YuNae mula membukakan langkah tetapi dia masih lagi terhalang kerana Junghyun memegang erat tangannya.

"Jawab pertanyaan aku dulu YuNae, adakah kau cintakan Jungkook? Jika kau cintakan dia dan cinta kau tu cukup untuk terima dia seadanya?"

YuNae menganggukkan kepalanya dan dengan perlahan dia menolak tangan Junghyun dari terus memegang tangannya. Dia memandang wajah Junghyun.

"Lepaskan saya pergi... Cinta.. Ya, saya cintakan dia. Adakah itu cukup untuk buat awak mengerti? Saya harap ya."

YuNae terus melangkah dan menyambut tangan Jungkook. Junghyun menggigit bawah bibirnya hingga terluka.

"Kau dah tersilap YuNae, lelaki tu psiko... Dia dah bunuh ramai orang tetapi jangan risau, aku akan halang kau dari berkahwin dengan seorang pembunuh seperti Jungkook!"

Kereta Jungkook bergerak laju di atas jalan raya. Hyuk tersenyum tika terlihat refleksi mereka berdua itu sedang berbual mesra dari arah cermin hadapannya. Dia mula memfokuskan pada pemanduan nya. Dia sangat berharap bahawa kali ini, nasib tidak akan berakhir seperti mana nasib JungAe. Dia masih risau tentang JungAe. Apakah dia telah mati atau masih hidup? Itu, tiada siapa yang tahu.

YuNae memandang wajah Jungkook. Dia kini sedang memikirkan satu rancangan jikalau dia boleh gunakan Jungkook untuk membalas dendam bagi pihak kedua dua orang kembar itu, dia sanggup berkahwin dengan Jungkook. Kini, dia hanya memikirkan rancangannya saja. Dia ingin memastikan bahwa musuhnya berada dekat dengannya.

"Jungkook, saya... Nak kahwin.. Dengan a-awak..."

Dia pasti kini wajahnya telah pun merona merah. Sungguh dia malu. Jungkook tersenyum lalu menyentuh pipi mulus milik YuNae. Dia mengusapnya perlahan.

"Ya, kita kahwin..."

YuNae memandang wajah Jungkook. Mereka sama² bertentangan mata.

"Jagi.. Bolehkan kalau oppa nak melawat atuk dahulu sebelum hantar jagi? Kalau tak nak tak mengapa."
"Eh, sudah tentu boleh! Saya pun nak jumpa dengan atuk."

Ucap YuNae. YuNae semestinya akan setuju lagi pula, sudah agak lama dia tidak menjenguk atuk Jungkook.

"Atuk Jeon sedang sakit... Pasti dia perlukan Jungkook. Jungkook maafkan aku, kalau aku terpaksa menipu perasaan aku dan gunakan perasaan kau sebagai senjata untuk aku membalas dendam."

Jungkook memegang erat tangan YuNae dan tersenyum memandang wajah atuknya. Entah bila, dia akan bangun dari komanya.

"Atuk, Jungkook akan kahwin dengan YuNae... Kami memohon restu dari atuk, doakan kami bahagia, ya?"

YuNae memandang wajah Jungkook sebelum mengerling sekilas ke arah jam dinding.

"Omma dan appa akan balik dari Australia... Aku kena bawa Jungkook bertemu dengan mereka nanti."

Jungkook memimpin tangan YuNae dan mereka sama² berjalan sampailah ke kawasan rumah keluarga Cha. Jungkook memberikan beg bagasi kepada YuNae.

"Terima kasih YuNae sebab sudi berkahwin dengan saya..."
"Boleh tak saya jujur dengan awak Jungkook?"
"Ya boleh... Apa dia jagi?"

YuNae menarik nafas sebelum berbicara dengan Jungkook. Di dalam benaknya, dia berfikir sama ada patut untuk dia berjujur. Dia menundukkan wajahnya, memandang ke tanah. Dia takut untuk berjujur.

"Boleh ke kalau aku teruskan je dengan rancangan aku ni? Adakah aku akan lukakan hatinya? Bagaimana jika dia bencikan aku selepas ni? Kejap, kenapa aku risaukan tentang tu? Aku sepatutnya tak ambil kisah soal perasaan dia.. Tak.. Aku kena ambil kisah.. Tapi..."

YuNae memegang erat beg bagasinya itu sebelum memandang wajah Jungkook. Dia seoalah olah berasa bersalah pula, seandainya dia telah lukakan hati Jungkook, dia sepatutnya benarkan saja Jungkook untuk membencinya selepas ni.

"Saya tak berniat pun berkahwin dengan awak sejujurnya... Saya hanya berniat untuk gunakan awak, untuk saya hapuskan... Jeon's."

Jungkook mengangkat keningnya, tiada apa apa reaksi pada wajahnya. Sama ada terluka, sedih atau kecewa.. Tak pun marah. Tiada apa apa perasaan tergaris pada wajahnya menyukarkan YuNae untuk membuat keputusannya sekali lagi. Adakah tepat untuk dia berjujur?

"Saya tak kisah asalkan saya dapat kahwin dengan awak, Cha YuNae."

"Aku tak kisah, kau gunakan aku atau tak... Asalkan, kau dapat apa yang kau nak YuNae... Oh look what you have done.. I fell way to deeply."

"Maafkan saya, Jungkook."
"Jangan minta maaf, YuNae... Saya tak kisah."

Dia dengan perlahan menarik YuNae ke dalam dakapannya. YuNae tidak tahu untuk berbuat apa. Dengan perlahan tangannya menyentuh tubuh belakang Jungkook dan membalas pelukannya.

"Aku cuma takut satu saja YuNae, seandainya nanti kau dah tahu apa yang aku dah buat.... Apakah kau masih boleh terima aku?"

"Saranghae.... Cha Yunae."

Tbc

[√] JEON'S {HELL} | J. J. K Where stories live. Discover now