Karmila menangis sambil memegang bayi yang baru seminggu dilahirkan. Belum habis berpantang sudah diungkit lagi hal itu. Pada awalnya dia cuma berpasrah mengikut kehendak orang tuanya. Namun setelah melihat dan memegang bayinya, hatinya tidak sanggup.
"Kau dah kenapa ni Mila? Kita dah sepakat nak bagi budak ni kan. Pak su kau dah jumpa keluarga yang nak ambil budak tu jadi anak angkat dah." Mak Salmah mula naik angin.
Karmila memegang bayinya dengan erat. Dia tahu akan hal itu. Tetapi, dia sudah mula sayangkan bayinya. Rasanya tidak sanggup untuk berpisah setelah mempertaruhkan nyawa untuk melahirkan bayinya.
"Tapi dia anak Mila. Mak izinkanlah Mila bela anak ni."
"Jangan jadi bodoh boleh tak? Dah cukup kau hancurkan hati mak dengan abah. Sekarang kau nak bela anak haram ni pulak? Budak ni bawa aib dalam keluarga kita."
Karmila menunduk. Dia menatap wajah bayinya yang sedang nyenyak tidur. Terlalu comel wajahnya. Sudah cukup menyejukkan hatinya.
"Dia tetap anak Mila mak. Dia tak berdosa. Kenapa kita kena buat dia macam ni?" Karmila masih lagi cuba memprotes. Dia mahu mempertahankan bayinya.
Mak Salmah sudah mula mencekak pinggang. Susah untuk membuatkan satu-satunya anak perempuannya faham.
"Kau dengar sini Karmila. Memang. Memang budak tu tak berdosa. Sebab tu aku tak pernah suruh kau gugurkan kandungan. Dah bagus aku suruh Pak Su kau carikan keluarga angkat untuk budak tu dari aku suruh kau buang dia."
Karmila diam. Mak Salmah mengeluh. Dia duduk di sebelah anaknya. Memang dia kecewa tapi nasi dah jadi bubur. Mahu tidak mahu inilah keputusan terbaik. Lagipun Karmila terlalu muda. Baru 19 tahun. Dia mahu anaknya berjaya dalam hidup. Bukan duduk dirumah membela anak luar nikah yang entah siapa bapaknya.
"Mila faham mak. Mila... sayang dia. Memang semua ni untuk kebaikkan Mila." Karmila tak mampu menahan sebaknya. Dia memejamkan matanya menahan rasa sedih. Memang ini salah dia. Tidak pandai menjaga maruah diri dan keluarga. Akhirnya nafsu menjerat dirinya.
Jika dikenang semula, dia menyesal mengenali Fadil. Lelaki yang sudah mengambil maruahnya. Lalu pergi meninggalkannya. Akhirnya dia terpaksa menanggung semuanya sendiri. Dia bersyukur mak dan abah masih mahu menerimanya.
"Mungkin ini yang terbaik untuk Mila dengan anak Mila."
Bagaimana dia mahu menjadi seorang ibu jika dirinya sendiri belum mampu dijaga. Perlahan-lahan Karmila mengcucup dahi anaknya. Kemudian dia menyerahkan bayinya kepada Mak Salmah.
"Kamu dah ada nama untuk budak ni? Senang nak uruskan dokumen surat beranak dengan urusan anak angkat nanti."
Karmila mengangguk.
"Mawar Baiduri."
Entah mengapa nama itu yang selalu terlintas difikirannya. Sewaktu dia mengandungkan anaknya, dia selalu bermimpikan dia berada di taman yang dipenuhi dengan bunga mawar.
..........
Amacam? Okay tak? Ini baru permulaan. Nanti author update lagi. Hero pun belum keluar lagi kan. Kalau ramai suka, bolehlah author go on dengan cerita ni.
YOU ARE READING
Mawar Karmila
Short StoryAkankah berakhir bahagia? Karmila mempunyai masa silam yang gelap. Melahirkan anak tanpa ayah lalu diserahkan kepada keluarga angkat. Lima tahun kemudian dia membuka sebuah kedai bunga. Namun nasib tidak begitu baik. Tuan kedai selalu meminta duit s...