Bab 11

1.4K 86 30
                                    

Fadil merasa sangat geram dengan penolakan Karmila tadi. Namun hatinya terubat rindu bila dapat melihat wajah itu.

"Argghhhh... Karmilaaaa" jerit Fadil, dah macam orang gila.

Hidupnya agak terumbang ambing sejak berpisah dengan Karmila dulu. Kerjanya semua tidak menjadi. Mungkin balasan Tuhan padanya atas dosa yang telah dilakukan dulu. Sekarang dia banyak menghabiskan duit isterinya. Tanggungjawab entah kemana.

Terasa ingin mengekori Karmila tadi, tapi kesibukan jalan pada tengahari itu membataskannya. Telahan pula kakinya masih sakit akibat terkena kaca.

"Aku pasti bertemu kau lagi sayangku Karmila." Ucap Fadil sendiri.

Mungkin dulu dia membuang perempuan itu kerana jiwa mudanya takut dengan tanggungjawab dan takut hilang segalanya dari keluarga. Tapi kini, dia merasa cuma Karmila yang mampu membuat dia bahagia.

Hendak pulang ke rumah dia merasa bosan pula untuk melihat wajah isterinya. Habisnya dia melepak tanpa arah tujuan di bandar itu.

----------

Amsyar berteleku di meja. Memikirkan kenapa Karmila menangis tapi dia tidak sampai hati untuk bertanya. Pasti akan ada peluang dan lain waktu untuknya bertanya hal itu. Mungkin Karmila memerlukan ruang untuk melepaskan segala beban kesedihan yang tak mampu diucapkan melalui kata-kata.

"Heh minah jenin" Tersenyum lagi dia sendiri bila memikir entah bagaimana boleh mengelar Karmila begitu.

Amsyar mula berangan lagi...

"Huh Amsyar stop thinking about her... ok sambung kerja Amsyar." Amsyar mengingatkan dirinya sendiri.

Dia perlu sedar tujuan utama dia adalah untuk membantu perempuan itu supaya cepat melangsaikan segala hutang sewa kedainya.

Dia memulakan kerja yang memang tidak pernah habis, bos pasti akan banyak kerja. Baru sahaja tangannya mencapai fail, telefon bimbitnya berbunyi pula. Alahai baru nak semangat bekerja. Lantas melihat ke skrin telefon. Mendengus sedikit dia. Sudah dapat mengagak permintaan si pemanggil itu.

Salam dijawab...

"Akak ni, asyik sibuk je ni? Kerja-kerja juga akak tapi anak perlu diutamakan" sempat lagi dia memberi nasihat.

"Ye lah ye lah akak... tapi saya pun ada kerja juga akak" Balas Amsyar.

Bukan dia tidak sudi mengambil Mawar, tapi dia hendak kakaknya itu ada rasa tanggungjawab juga pada Mawar. Sudah kerap benar dia yang menjemput Mawar dari tadika, dah macam dia ayah Mawar pula.

"Hmmm sama-sama akak"

Amsyar mematikan telefon bimbitnya lalu dia mengambil kunci kereta dan bergerak untuk keluar dari biliknya. Melihat sekejap akan Karmila yang sedang bekerja. Namun lain pula yang dilihat.

Karmila kelihatan cemas. Dia seakan tidak senang duduk. Sesekali terdengar suara dia mengeluh.

"Cik Karmila" Panggil Amsyar.

Panggilannya tidak dijawab. Malah, Karmila seperti sedang termenung jauh. Amsyar menggeleng. Dia bangun dari tempatnya lalu menuju ke tempat perempuan itu.

"Mila?"

Tiada respon. Amsyar memetik jarinya. Barulah Karmila tersedar dari lamunannya.

"Berangan lagi? Huh?"

Karmila masih terpinga-pinga.

"Sorry, saya tak perasan Encik panggil saya." Dia seperti orang yang cuba nampak sibuk dengan mengemas mejanya.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Sep 22, 2019 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Mawar KarmilaWhere stories live. Discover now