Bab 2

1.8K 105 8
                                    

"Alah bolehlah Am? Akak betul-betul tak sempat ni." Pujuk Amalin.

Berkali-kali Amalin memujuk. Hanya Amsyar yang dia harapkan.

"Am boleh ambil Mawar dekat tadika tu tapi ini dah kali ke berapa dah. Am kesiankan Mawar. Akak janganlah sibuk sangat dengan kerja." Amsyar mahu kakaknya faham. Dia mahu Amalin memberikan sedikit masa untuk Mawar.

"Iya. Akak tahu. Bukan akak saja suka-suka tak ada masa. Bisnes kek akak sekarang tengah maju. Akak dengan Abang Fahrin kena kerja kuat. Untuk Mawar juga nanti."

Amsyar menghela nafas beratnya. Dia tak mahu berdebat panjang. Dia menghirup baki teh nya. Kemudian dia meminta diri untuk ke pejabat.

Baru sahaja sampai di pejabat, Nisya sudah menuju ke arahnya.

"Encik Amsyar ada yang nak jumpa."

"Siapa?"

"Owner Mawar Floral."

Amsyar mengusap dagunya. Memang dia mahu berjumpa dengan perempuan tu. Hal sebelum ni belum lagi selesai.

"Suruh dia masuk bilik saya."

Amsyar terus masuk ke dalam biliknya. Dia sedang fikirkan solusi untuk menyelesaikan hal ini.

Pintu biliknya diketuk. Amsyar mengarahkannya untuk masuk. Tergambar wajah Karmila. Dia menutup pintu dan berjalan ke arah Amsyar masih dengan riak terkejutnya.

"Saya salah bilik rasanya. Saya nak cari Encik Amsyar." Karmila kelihatan gugup.

Amsyar tersenyum sinis.

"Orang tu ada dekat depan awak."

Karmila menekup mulutnya. Jadi orang yang dia marah dan perli dekat kedai tempoh hari adalah pemilik bangunan yang dia sewa.

"Saya minta maaf Encik pasal kes dekat kedai hari tu." Karmila tidak mahu ada masalah lagi. Cukuplah masalah kewangan yang menjadi beban buatnya. Lagipun dia datang untuk meminta ihsan dan pengertian lelaki ini.

"Boleh cakap kuat sikit? Tak jelaslah." Amsyar sengaja mahu menguji perempuan ini.

Karmila mengulum bibirnya. Dia menarik nafas dalam-dalam. Dia cuba untuk bersabar.

"Saya minta maaf atas apa yang terjadi dekat kedai tempoh hari. Saya harap Encik dapat maafkan saya."

Amsyar mencebik sambil tersenyum. Dia menyandarkan tubuhnya pada kerusi. Rasanya dia tahu solusi untuk permasalahan mereka.

"Okay, tapi awak kena denda."

"Apa ni Encik, ingat saya budak sekolah ke nak main denda-denda ni. Lagipun saya datang nak bincang pasal kedai saya tu." Karmila mula protes. Nak maafkan orang tapi nak denda pulak.

"Pasal kedai tu saya boleh nampak awak memang tak boleh bayar dalam masa terdekat. Sebab tu banyak benda yang awak kena buat."

Karmila diam. Dia masih lagi ragu. Masih belum dapat buat keputusan.

"Kalau awak tak nak, saya rasa hari ni juga awak boleh kemas kedai tu dan nanti saya akan hantarkan notis bayaran. Jika awak gagal lunaskan sewa tertunggak, saya akan ambil tindakan undang-undang." Amsyar mula bertegas. Sengaja dia tekankan suaranya pada ayat terakhir.

"Okay. Encik janganlah buat saya macam ni. Saya ikut cakap Encik. Apa denda saya?" Karmila sudah mula takut. Dia terpaksa juga ikut kehendak lelaki ini.

Amsyar tersenyum. Baru digertak sudah takut. Kerana Nadira juga sibuk dengan kerja, lebih baik dia ajak Karmila untuk menjemput Mawar di tadika.

"Awak kena teman saya mana pun saya nak dan saya akan masuk campur urusan kedai awak sampai semua hutang awak langsai. Setiap kali awak ikut saya, saya akan tolak Rm50 dari hutang awak. Itu denda awak."

Karmila cuma pasrah. Dia terpaksa bersetuju demi hutangnya. Lagipun dia tak boleh tutup kedainya. Ayahnya dah laburkan duit KWSP untuk modal membuka kedainya.

"Bagus. Nanti pukul 12 saya ambil awak dekat kedai."

Tujuan Amsyar cuma ingin membantu tapi biarlah dengan cara begini. Bukannya dia tidak menyiasat latar belakang kedai Karmila. Dia tahu dari awal lagi cara pengurusan kedai tu dah tak betul.

Mawar KarmilaWhere stories live. Discover now