Bab 6

1.5K 101 10
                                    

Bau masakkan dari dapur memenuhi ruang rumah. Amalin sibuk di dapur dengan mamanya, Puan Aisyah. Papanya, Encik Hamzah sedang sibuk membaca surat khabar.

Amsyar perlahan-lahan menuruni anak tangga. Dia duduk di meja makan.

"Am, bunga dekat meja depan tu siapa bagi? Nadira ke?" Soal Amalin yang sedang membawa semangkuk nasi goreng dari dapur.

"Tak lah. Kawan bagi."

Suara Amsyar kedengaran agak serak. Dia kemudian batuk. Wajahnya jelas memerah dan bibirnya agak pucat.

"Am demam ke ni? Dah makan ubat?"

Amsyar menggeleng.

"Nanti baik la tu."

Encik Hamzah yang tadinya kusyuk membaca surat khabar mula fokus dengan keadaan anak lelakinya. Dia meletakkan tangannya di dahi Amsyar.

"Panas sangat ni. Lin nanti lepas breakfast kamu bawa adik kamu ni pergi klinik." Arah Encik Hamzah.

Amsyar cuba menolak tapi mamanya punya mendesak. Mahu tidak mahu dia harus menurut. Untung hari ini hari sabtu. Kalau tak memang dia kena pergi pejabat untuk uruskan beberapa hal.

Dia duduk disebelah pemandu. Sementara Amalin duduk disebelahnya.

"Ni nasib baik akak tak ikut abang Fahrin pergi kerja. Kalau tak siapa nak bawa Am. Papa dah boleh drive. Mama lagilah tak ada lesen." Bebel Amalin.

Kereta dihidupkan dan terus meluncur ke jalan. Amsyar tak mampu untuk menyandarkan kepalanya kerana gegaran di atas jalan membuatkan dia semakin pening.

"Pening sangat ke? Akak bawa slow dah ni. Kejap lagi sampai la ni." Tegur Amalin.

Sampai saja di klinik, Amalin memapah Amsyar ke dalam. Selesai mendaftar mereka menunggu nama dipanggil. Dia mahu menutup matanya namun suara Amalin menarik perhatiannya. Dia mendengar nama Nadira disebut. Dia membuka matanya. Memang benar Nadira.

"Eh Suri kenapa ni?" Amalin kelihatan terkejut melihat kesan lebam pada bibir dan lengan perempuan itu.

Amsyar juga terkejut melihatnya. Sepertinya dia tahu apa yang berlaku. Nadira sering menceritakan hal kakaknya yang selalu dipukul oleh suaminya. Suami kak Suri pula adalah Abang Fadil, sepupu dia dan Amalin.

"Akak faham sendirilah. Semalam Abang Fadil marah-marah tak tentu pasal." Jawab Nadira. Dia sebenarnya masih lagi marah dengan abang iparnya. Benci dengan sikap lelaki itu.

"Akak minta maaflah Suri, Dira. Akak tak sangka Fadil akan buat macam ni." Walaupun Fadil adalah sepupunya, dia harus minta maaf. Dia malu terhadap Suri dan Nadira.

"Tak apa kak. Akak tak salah apa." Suri cuba mengukir senyum.

"Ikutkan hati, Dira nak buat police report tapi akak tak bagi. Masih lagi nak bagi peluang." Suara Nadira berubah agak sedikit kuat. Hatinya diselubungi rasa marah apabila kakaknya diperlakukan sedemikan rupa.

Suri memegang tangan adiknya. Pandangan matanya seolah menyuruhnya untuk bertenang.

"Akak cuma fikirkan Akif. Kalau apa-apa jadi pada abang Fadil, akak tak tahu akak mampu ke tak nak teruskan hidup."

Baru saja Nadira mahu menjawab, nama Amsyar sudah dipanggil untuk berjumpa doktor dan nama Suri juga dipanggil untuk mengambil ubat. Tidak sempat untuk mereka berbual panjang. Masing-masing sibuk dengan hal sendiri.

Amalin masih tak habis fikir dengan perangai Fadil. Dulu orangnya tidak sekeras ini. Sekarang seperti orang yang tiada iman dan ihsan. Sesuka hati memperlakukan isteri sendiri seperti hamba. Sudahlah mengganggur. Mengharap pula duit isteri. Kasihan apabila Suri penat-penat bekerja sebagai tukang cuci pinggan di sebuah Restoren. Belum lagi nak urus anaknya Akif yang sebaya Mawar lagi.

_________

Kereta Nadira berhenti di hadapan rumah. Di luar rumah kelihatan Fadil sedang duduk menunggu. Baru sahaja Suri turun dari kereta, dia sudah diluru oleh suaminya.

"Kau pergi mana? Kenapa keluar tak cakap? Tak tahu ke dosa keluar rumah tanpa izin suami." Fadil memegang lengan Suri dengan kuat.

Suri sudah meronta kesakitan. Nadira cepat-cepat menolak Fadil.

"Apa abang buat ni!" Bentak Nadira.

"Hei. Kau jangan masuk canpur hal rumah tangga aku. Aku nak ajar perempuan ni sikit. Biar dia ingat nak keluar kena minta izin suami."

"Dira yang bawa kak Suri keluar pergi klinik. Sebab apa? Sebab jantan dayus macam abang ni lah. Ingat dosa orang lain. Dosa sendiri tak fikir?" Jawab Nadira dengan lantang. Menggelegak amarahnya.

Tangan Fadil sudah diangkat mahu menampar Nadira, namun seolah ditahan. Dia tahu kalau apa-apa jadi pada Nadira, pasti dia akan dapat susah. Perempuan ini bukan seperti kakaknya. Suri orangnya lembut hati dan jarang melawan.

"Nak lempang? Hah lempanglah!" Bentak Nadira. Ikutkan hati sudah dia tumbuk muka lelaki itu.

Fadil berpaling ke arah Suri. Malas melayan Nadira.

"Aku nak duit. Bagi aku duit sekarang."

"Su tak ada duit. Semalam abang dah ambil semua."

"Bohong! Pergi klinik ada duit pulak." Dia terus merampas beg tangan Suri.

Suri cuba untuk merebut kembali beg tangannya namun Fadil masih lagi sibuk menyelongkar.

BUK!

Belakangnya dipukul berkali-kali dengan batang penyapu oleh Nadira dan kemudian punggungnya ditendang dengan kuat. Dia jatuh terduduk.

"Sakitlah setan!" Fadil mengaduh sakit. Dia memegang kepalanya.

"Kau la setan. Setan dayus makan duit bini." Sindir Nadira.

Dia kemudian menghalau Fadil pergi. Lelaki itu cuma menjeling tajam. Kemudian dia pergi dengan motornya. Nadira memeluk kakaknya yang sedang menangis. Selagi dia ada, dia takkan benarkan Fadil mengapa-apakan kakaknya.

"Nanti kau perempuan." Fadil seakan menyimpan dendam terhadap Nadira.

Dia membawa dirinya pergi. Motornya diberhentikan di tepi sebuah gerai di tepi jalan. Memikirkan cara untuk mendapatkan duit.

"Ni berapa semua sekali kak?"

"Ok terima kasih kak."

Suara pelanggan yang membeli kuih itu seperti tidak asing baginya. Benar. Sudah lama dia tidak melihat perempuan itu. Fadil mula tersenyum. Dia kemudian mengejar perempuan itu. Apabila sudah dekat dia memaut lengan perempuan itu sehingga berpaling ke arahnya.

"Karmila."

"Lama saya cari awak."

Karmila terkaku. Tidak menyangka akan bertemu dengan lelaki yang pernah menghancurkan hidupnya. Dia tidak mahu lagi berjumpa dengan Fadil. Cukup kesengsaraan yang dia rasa dan kekecewaan yang dia buat kepada emak dan ayahnya.

Mawar KarmilaWhere stories live. Discover now