"Cik Karmila."
Dia memandang pada suara yang memanggilnya.
"Masa untuk makan."
Karmila melihat Jam di pergelangan tangannya.
"Encik makanlah. Saya nak siapkan ni dulu."
Amsyar mengangkat punggungnya. Dia menuju ke arah Karmila. Dia duduk di hadapannya.
"Encik buat apa dekat sini?"
"Tunggu awak siapkan kerja."
Dia mula merasa tidak selesa.
"Tak apalah. Encik jangan tunggu saya." Dia masih mahu meneruskan kerjanya.
"Tahulah awak rajin. Tapi tak boleh skip masa makan. Dah tutup laptop tu."
Karmila akhirnya mengalah. Dia mematikan laptop dan mengemas fail yang ada. Kemudian dia mengambil beg tangan.
"Kata nak makan. Jom lah." Karmila mengerut dahi melihat Amsyar yang masih lagi duduk.
Amsyar tersenyum.
"Saya nak awak keluar pergi beli makan. Saya ada kerja nak kena siapkan."
Karmila menyengetkan kepalanya dan cuba untuk tersenyum. Dia cuba untuk bersabar. Amsyar mengeluarkan not Rm100 lalu dihulurkan kepada Karmila.
"Tak nak nasi."
"Mee boleh?"
"Tak nak."
Karmila mengerutkan dahinya.
"Habis tu Encik nak makan apa?"
"Ikut awaklah."
Jawapan Amsyar membuatkan dia mengetap bibir. Hatinya mula geram.
"Western food?" Karmila masih bertanya. Takut nanti salah beli habis dibebelnya.
"Tengah hari macam ni? Tak naklah."
"Habis tu Encik nak makan apa?" Karmila mula meninggikan suaranya.
Banyak songeh betul lelaki ni."Kan saya kata ikut suka hati awaklah." Amsyar juga meninggikan suaranya.
"Hish! Nanti kalau saya dah belikan, jangan nak cakap banyak eh?" Karmila terus meninggalkan Amsyar dengan wajah cemberut.
Amsyar tertawa sendirian. Dia tersenyum. Entah mengapa dia senang mengusik Karmila.
-------
Karmila memberhentikan keretanya di sebuah kedai makan. Tekaknya teringin mahu makan nasi berlauk. Dia pilihkan lauk sambal udang, ayam goreng dan kangkung belacan untuk Amsyar. Manakala dirinya memilih ikan goreng, kuah asam pedas dan sayur campur. Selesai membayar dia menjinjing plastik yang berisi makanan ke kereta.
Dia memarkir betul-betul diantara kedai makan dan klinik yang ada disebelahnya. Tak semena dia terpandangkan seseorang. Orang itu juga spontan memandangnya.
Dia cepat-cepat membuka pintu kereta lalu meletakkan makanan yang dibelinya tadi. Belum sempat dia masuk ke dalam kereta, tangannya sudah ditarik.
"Karmila. Tunggu saya."
"Awak nak apa lagi Fadil? Tolonglah. Saya tak nak jumpa awak lagi."
"Saya dah lama cari awak. Saya rindu awak." Fadil terus memeluk Karmila.
Dia menolak Fadil dengan keras. Hatinya masih sakit.
"Saya dah lama anggap awak mati. Jadi tolong jangan muncul lagi depan saya!" Karmila terus mahu masuk ke dalam kereta. Namun sekali lagi dia ditahan.
"Dengar saya dulu Mila. Saya tahu saya salah. Dulu saya terlalu muda dan takut. Tapi sumpah saya tak boleh lupakan awak. Saya cintakan awak. Hari-hari saya teringatkan awak."
"Dah lah Fadil. Antara kita dah tak ada apa-apa. Bagi saya, apa yang jadi dulu tu kesilapan terbesar saya." Karmila mengesat airmatany. Kemudian dia masuk ke dalam kereta. Lalu memandu pulang ke pejabat.
Airmatanya tak berhenti turun meski cuba ditahan. Untuk apa juga Fadil kembali. Dia dah lama melupakan kisah mereka. Hatinya pedih. Mengapa semudah itu Fadil mengucapkan cinta dan rindu sedangkan dia ditinggalkan dulu oleh lelaki itu.
Sampai saja di depan pejabat, dia mengesat airmatanya. Dia menarik dan menghembus nafas. Makanan yang dibelinya tadi dibawa keluar. Dia tidak mampu tersenyum.
Pintu bilik Amsyar diketuk. Lalu makanan yang dibelinya diletakkan di atas meja.
"Wah! Dah agak mesti nasi campur." Amsyar tersenyum lalu mengambil bahagiannya.
Karmila mahu ke mejanya namun ditegah. Dia disuruh makan sekali. Dia tidak ada daya mahu menolak. Dia duduk di hadapan Amsyar.
Baru saja Amsyar mahu membuka penutup makanan, dia sudah mendengar suara orang tersedu-sedu. Kelihatan Karmila sedang menunduk sambil menahan tangis.
Amsyar menutup kembali bekas makanannya.
"Let it go, Mila. Kalau tu yang buat awak lega." Perlahan saja suaranya.
Mendengar kata-kata itu terhambur jua tangisan Karmila. Amsyar menghulurkan kotak tisu kepadanya.
"Sorry." Ucap Karmila sambil menangis.
"It's okay to cry. But you need to get back on your feet after this."
Amsyar membiarkan Karmila menangis. Dia menunggu hingga perasaan sedih perempuan itu reda.
"Maaf sebab saya, Encik tak makan." Karmila mengesap sisa airmatanya. Sepertinya dia sedikit lega.
"Tak apa. You can count on me."
Dia membuka penutup bekas makanannya apabila dia melihat Karmila melakukan hal yang sama.
"Pandai awak pilih lauk. Tapi satu je silap."
Karmila mengerutkan dahinya.
"Maksud Encik?"
Amsyar mengalihkan sambal udang ke dalam bekas makanan Karmila.
"Saya alergik dengan makanan laut. Lagi-lagi udang."
"Sorry. Tak tahu. Nak saya beli yang baru tak?" Karmila sudah mahu bangun.
"Tak apa. Yang lain saya boleh makan."
Karmila terus membuka semula bekas makanannya. Melihat Amsyar makan, dia pun memulakan suapannya.
"You know what, buruk bila awak nangis. Saya lagi suka tengok awak marah. Nampak lagi senonoh."
Komen Amsyar membuatkan Karmila tersenyum.
"Ada ke orang nangis tak buruk?"
"Ada. Baby kalau nangis tetap comel. Tak macam awak. Rupa macam minah jenin jatuh pokok."
Karmila tersenyum walaupun dia geram disakat begitu.
"Encik pernah tengok ke muka minah jenin nangis?" Karmila tidak mahu kalah dengan perlian lelaki itu.
"Pernah. Tadi."
"Encik!"
Jawapan selamba tadi membuatkan Karmila geram.Mereka mula tersenyum dan tertawa. Lucu dengan topik minah jenin.
"You look so beautiful when you smile."
Kata-kata Amsyar membuatkan dia tersenyum malu. Dia diam sambil menghabiskan makanannya.
Amsyar tersenyum melihat Karmila senyum. Dia senang apabila dapat membuat perempuan itu tersenyum kembali.
YOU ARE READING
Mawar Karmila
Short StoryAkankah berakhir bahagia? Karmila mempunyai masa silam yang gelap. Melahirkan anak tanpa ayah lalu diserahkan kepada keluarga angkat. Lima tahun kemudian dia membuka sebuah kedai bunga. Namun nasib tidak begitu baik. Tuan kedai selalu meminta duit s...