Amsyar sudah menunggu di hadapan kedai. Hampir 5 minit, Karmila masih tidak muncul. Ditelefon tak diangkat-angkat. Di whatsapp tak di respon juga. Dia sudah berfikir yang Karmila tidak serius.
Tingkap keretanya di ketuk. Amsyar terus membuka kunci pintu kereta. Karmila melangkah masuk. Dia memakai seatbelt.
"Maaf lambat."
Amsyar cuma diam. Dia terus memandu. Sepanjang jalan dia cuma diam. Karmila mula rasa janggal dan bersalah.
"Encik marah saya? Saya minta maaf sebab lambat. Saya tadi ada..."
Belum sempat Karmila menghabiskan kata-katanya, Amsyar memberhentikan keretanya di tepi jalan dengan mengejut.
"Awak serius ke tak sebenarnya ni?"
Pertanyaan Amsyar membuatkan Karmila terdiam.
"Saya paling tak suka alasan lebih-lebih lagi bila saya kena tunggu."
Entah mengapa suasana di dalam kereta terasa panas. Penghawa dingin pun tak mampu menyejukkannya.
"Saya minta maaf Encik. Saya janji akan serius. Saya betul-betul ada hal yang tak dapat dielakkan tadi."
Panas telinga Amsyar mendengarnya.
"Apa guna telefon tu? Saya call awak tak jawab. Saya whatsapp awak tak balas. Sudahlah Karmila. Saya dah tak dengar lagi. Lagipun kita dah lambat."
Amsyar meneruskan pemanduannya. Dia cukup kecewa dengan sikap Karmila. Dia paling benci dengan kata maaf yang berulang dengan kesalahan dan janji yang susah untuk ditepati. Untuk apa kata-kata itu semua jika semuanya susah untuk di lakukan.
Karmila cuma diam. Entah mengapa dia lebih suka dengan Amsyar yang banyak bercakap. Sisi dingin lelaki itu cukup tegas dan garang baginya. Dia merasa tidak selesa.
Amsyar memberhentikan keretanya di tepi jalan. Dia keluar tanpa menghiraukan Karmila. Pinta kereta dihempasnya. Terkedu dibuatnya.
Karmila juga ikut keluar dari perut kereta. Dia cuma mengikut langkah Amsyar. Tak berani untuk menegur. Nanti kalau salah cakap, dia juga yang kena. Dia melihat Amsyar sedang menggendong seorang anak kecil. Entah mengapa hatinya cukup tersentuh. Tanpa sedar airmatanya mengalir.
"Uncle mana mama?" Soal Mawar sambil bermain dengan telinga Amsyar.
"Mama work, sayang. Hari ni Uncle ambil Mawar. Uncle nak bawa Mawar jalan-jalan, nak tak?"
"Nak!" Mawar bersorak suka.
"Hah tapi sebelum tu kiss dulu." Amsyar menunjukkan pipinya sambil tersenyum manis.
Mawar langsung mengucup pipi Amsyar. Anak kecil itu begitu senang mahu dibawa berjalan-jalan.
Melihat Mawar dan Amsyar membuatkan Karmila dikejutkan dengan masa lalunya. Jujur dia merindui anaknya. Mungkin sekarang sudah sebaya dengan Mawar.
"Uncle ni siapa?" Mawar tiba-tiba memegang tangan Karmila.
"Ini Aunty Mila. Salam aunty."
Mawar terus bersalaman sambil mencium tangannya. Hati Karmila mula dijentik rasa hiba. Dia langsung memeluk Mawar. Sambil memejamkan matanya. Seolah rindunya yang terlalu dalam terhadap anaknya membuatkan dia sebak. Entah dimanalah anaknya sekarang. Harapnya dia berada dalam keadaan baik.
"Yang awak ni kenapa?" Amsyar tiba-tiba menegur. Pelik melihat perlakuan Karmila yang tiba-tiba menangis.
Karmila mengesat airmatanya. Dia cuba untuk tersenyum.
"Tak ada apalah Encik. Jom kita masuk. Kat luar ni panas. Kesian Mawar."
Dari tadika mereka terus menuju ke sebuah Restoren. Amsyar menyuruh Karmila membawa Mawar ke dalam Restoren sementara dia mencari tempat parkir.
Selesai memarkir keretanya, Amsyar mencari Mawar dan Karmila. Dari jauh dia melihat mereka sedang rancak berbual. Mawar nampak gembira sekali. Perlahan-lahan Amsyar menuju ke arah mereka.
"Dah order?"
"Belum. Tunggu awaklah."
Amsyar langsung duduk menghadap Karmila.
"Mawar, sini duduk sebelah Uncle Am."
Mawar menggeleng. Dia lebih memilih untuk duduk disebelah Karmila.
"Okay tak nak sudah." Amsyar langsung melihat menu yang ada di atas meja.
Karmila tersenyum melihat keletah Amsyar. Kuat betul merajuknya. Mawar dan Karmila memesan mee goreng manakala Amsyar memesan nasi ayam.
Amsyar hanya makan tanpa memperdulikan mereka. Baginya Mawar pasti sudah dilayan oleh Karmila. Sesekali dia menjeling dalam diam. Dia melihat bagaimana lembutnya cara layanan Karmila terhadapat anak saudaranya itu.
"Eh kenapa tak makan sayur?" Soal Amsyar hairan. Dia memang tahu Mawar tak makan sayur tapi Karmila juga begitu. Dari cara mereka makan agak sama. Mereka mengasingkan sayur di tepi baru makan.
Mereka juga sama-sama lebih memilih mee daripada nasi.
"Tak sedap." Serentak itu juga Mawar dan Karmila menjawab.
"Kalau Mawar yang tak suka makan sayur tu saya rasa ok lagi. Yelah budak-budak memang susah sikit nak makan sayur. Ni awak yang dah besar pun tak suka makan sayur. Awak tahu tak sayur ni ada khasiat dia. Baik untuk kesihatan."
Amsyar sudah mula dengan bebelannya.
"Makan sayur tu. Cuba. Kalau tak, sampai bila-bila pun awak tak reti makan sayur." Tegas Amsyar.
Karmila cuba mencari alasan. Bukannya dia tidak pernah cuba makan sayur tapi entah kenapa setiap kali sayur itu ditelan, dia mula akan muntah.
"Uncle ambillah sayur ni. Mawar tak nak." Mawar tiba-tiba bersuara sambil sudunya yang berisi sayur disuakan ke arah Amsyar.
Amsyar terkedu. Dia hilang kata-kata. Dengan wajah polos Mawar, dia tidak jadi untuk marah. Dia pasrah. Pinggannya ditolak ke arah Mawar supaya sayur itu tidak jatuh. Karmila mengulum senyum. Dengan beraninya dia juga mengambil sayur dipinggannya lalu diberikan kepada Amsyar.
"Wow!" Sekali lagi Amsyar terkedu. Dia cuma menjeling ke arah Karmila. Kali ini dia tidak dapat berkata apa-apa. Jika Karmila dan Mawar bergabung memang dia akan kalah. Terpaksalah dia habiskan sayur mereka.
YOU ARE READING
Mawar Karmila
Short StoryAkankah berakhir bahagia? Karmila mempunyai masa silam yang gelap. Melahirkan anak tanpa ayah lalu diserahkan kepada keluarga angkat. Lima tahun kemudian dia membuka sebuah kedai bunga. Namun nasib tidak begitu baik. Tuan kedai selalu meminta duit s...