Bab 7

1.4K 92 2
                                    

Tangannya mencuci pinggan namun fikirannya masih melayang. Sejak Fadil muncul kembali, dia asyik teringatkan masa dulu. Saat cinta pertama mula berputik dan akhirnya membawa kepada sengsara.

7 Tahun lalu

Hujan turun dengan sangat lebat. Karmila dan Fadil terpaksa berteduh di perhentian bas. Tiada kenderaan yang lalu lalang. Jika tahu begini keadaannya, dia sudah menolak pelawaan Fadil untuk dihantar pulang dengan motor. Sudah pasti dia naik teksi biarpun mahal. Tidaklah dia harus menunggu hujan reda.

"Mila, kat sana ada pondok kecil. Jom kita redah. Lagipun kat sini tempiaslah. Nanti awak sakit." Fadil sudah mula menarik motornya.

Karmila cuma menurut. Dengan pantas mereka meredah hujan yang sedikit reda. Pondok kecil itu nampak seperti tidak pernah ada yang datang. Dengan berlantaikan papan dan beratap zink, keadaannya masih elok. Walaupun ada bocor dibeberapa tempat.

Dia memeluk tubuh. Cuaca semakin dingin. Hujan juga tidak menunjukkan tanda-tanda akan berhenti. Fadil membuka jaketnya. Kemudian dia menutup tubuh Karmila yang sedang kedinginan. Langit masih lagi gelap.

Entah mengapa dada Fadil mula berdebar. Dinginnya suasana membangkitkan lagi nafsunya. Lebih-lebih lagi matanya asyik terpandang bentuk tubuh Karmila yang melekap pada tubuh kerana baju yang basah.

"Mila."

Karmila menoleh. Wajah mereka benar-benar dekat. Dari isyarat mata Fadil membuatkan Karmila menjadi cuak.

"Mila sayang Fadil tak?"

"Kenapa tanya macam tu? Mestilah Mila sayang."

Fadil mengusap wajah Karmila dengan lembut. Matanya masih lagi memandang wajah gadis itu. Tanpa menunggu lama dia mengucup bibir gadis itu.

Karmila membeliakkan matanya. Dia kemudian menolak dada lelaki itu.

"Apa ni Fadil? Awak dah gila ke?"

"Saya memang gilakan awak. Saya cintakan awak. Kalau awak rasa yang sama, kita buktikan sama-sama."

Karmila diam. Dia masih lagi takut. Melihat gadis itu senyap, dia terus mencuba untuk mengucup bibir gadis itu sekali lagi.

Karmila memalingkan wajahnya.

"Jangan takut. Saya ada. Apapun yang jadi nanti saya akan selalu ada untuk awak."

Karmila akhirnya merelakan. Itulah detik di mana maruahnya sebagai perempuan diragut kerana cinta, percaya dan nafsu.

"Mila!" Panggilan Mak Salmah membawanya semula ke alam realiti.

Karmila nampak agak terkejut namun dia cepat-cepat menyembunyikan perasaan itu.

"Mengelamun je dari tadi. Kamu nak basuh pinggan tu sampai bila?"

Pertanyaan Mak Salmah membuatkan menutup pili air. Pinggan tadi disusun di atas rak.

"Mila masuk bilik dulu mak. Rasa tak sedap badan pula."

Karmila terus keluar dari ruang dapur tanpa menunggu kata-kata dari emaknya. Dia duduk di atas katil. Hatinya sedih mengenang kembali hal yang dia ingin lupakan. Hal yang membuatkan dia teringatkan anak kandungnya.

Dia teringat ketika dia datang untuk meminta Fadil bertanggungjawab akibat dari keserakahan nafsu mereka.

"Awak, ini betul-betul anak awak. Anak kita." Sekali lagi Karmila cuba meyakinkan Fadil.

Fadil kelihatan agak gementar. Wajahnya sedikit pucat.

"Tak. Kita buat sekali je kan. Mustahil boleh lekat. Ke awak ada layan lelaki lain selain saya? Kalau awak dengan mudah boleh serah tubuh macam tu tak mustahil dengan orang lain pun jadi kan?" Fadil cuba mengelak.

Karmila mula berdiri. Dia cukup kecewa dengan tuduhan Fadil. Airmatanya laju mengalir.

"Tak ada lelaki lain selain awak sebab saya cintakan awak. Ini memang betul-betul anak awak. Percayalah. Awak memang subur."

Fadil terduduk. Dia meraup wajahnya. Cuba memikirkan jalan keluar. Hatinya terus menafikan kesalahan yang telah dia lakukan. Namun, akalnya cukup tahu dan faham memang itu anaknya.

"Habis tu awak nak buat apa?" Soal Fadil.

"Masuk meminang saya."

Jawapan Karmila membuatkan dia hampir gila. Dia menutup mulutnya dengan tangan. Matanya dipejamkan. Akalnya sedang ligat mencari jalan keluar.

"Tak boleh. Awak tahu kan mama saya macam mana. Lagipun kita muda lagi."

"Habis tu awak nak saya buat apa?" Karmila seakan penat dengan masalah ini.

"Gugurkan."

Jawapan itu membuatkan Karmila melompong. Dari pandangan matanya seakan cuba meminta kepastian sama ada dia tersalah dengar.

"Gugurkan kandungan awak. Tak apa. Masih awal lagi. Orang tak akan tahu. Awak jangan risau saya akan teman awak dan kos dia pun saya tanggung."

Karmila masih lagi diam. Terkejut dengan kata-kata Fadil.

"Kita gugurkan okay." Fadil memegang tangan Karmila. Cuma itu jalan keluar terbaik.

Karmila menarik tanganya. Airmatanya dikesat.

"Saya tak nak. Budak ni tak berdosa. Kita yang dosa. Kita dah zina. Sekarang nak membunuh pula ke?"

Kedegilan Karmila membuatkan Fadil berang.

"Jadi ini keputusan kau. Kau nak simpan budak ni? Jadi jangan tuntut apa-apa dari aku dan jangan cari aku. Anggap kita tak pernah kenal."

Fadil terus meninggalkan Karmila. Dia tak nak zaman mudanya dibebani dengan anak haram dan dia tak nak keluarganya dapat tahu. Ini keputusan Karmila jadi dia juga akan buat haluan sendiri.

Sekali lagi airmata Karmila jatuh. Kenapa mesti dia muncul lagi. Setelah bertahun-tahun dia ditinggalkan. Dia berbaring sambil menutup matanya. Sekuat apapun dia menahan sedih, dia tetap tidak dapat mengawal airmatanya. Dia menangis hingga tertidur.

_______

Amsyar melipat semula surat perletakan jawatan Nisya. Kalau boleh dia mahu gadis itu berkerja lebih lama lagi dengannya. Tapi apakan daya, Nisya akan berkahwin tidak lama lagi dan akan mengikut suaminya berpindah ke utara tanah air.

"Boleh awak pertimbangkan lagi?" 

"Maaf Encik, saya tak boleh. Lagipun bakal suami saya memang nak saya duduk rumah je lepas kahwin."

Amsyar mengangguk. Terpaksalah dia memproses perletakan jawatan Nisya.

"Manalah saya nak cari pengganti awak ni Nisya. Sekarang ni susah nak percaya orang." Amsyar mula mengeluh.

"Kalau tak silap saya, bakal suami saya ada kawan tengah cari kerja. Okay orangnya. Kalau encik nak saya boleh suruh dia hantar sendiri resume biar encik jumpa dia terus."

Amsyar mengurut dagunya. Dia masih belum yakin dengan cadangan Nisya. Namun dia bersetuju sahaja. Ikutkan hati mahu saja dia suruh Karmila kerja dengan dia. Tetapi kemahiran dan kebolehan gadis itu belum cukup untuk ganti kerja Nisya. Nak harapkan Nadira, dia dah kerja dekat butik pengantin sendiri.

Mawar KarmilaWhere stories live. Discover now