Bab 9

1.4K 98 5
                                    

Karmila menutup kembali fail yang diberikan kepadanya. Dia masih berkira-kira untuk membuat keputusan.

"Jadi apa keputusan awak, cik Karmila? Awak nak terima tawaran saya atau tidak?"

Amsyar mengetuk jarinya pada meja menandakan yang dia sedang menanti jawapan.

"Tapi saya tak dapat gaji." Terluah juga apa yang dia fikirkan.

"Apa yang awak harapkan dari tawaran saya ni? Saya bagi awak cara untuk awak bayar hutang. Duit yang sepatutnya jadi gaji awak tu saya potong untuk hutang. Nak harapkan hasil kedai awak tu? Belum tentu."

Diamnya Karmila membuatkan Amsyar mengeluh. Dia mendekatkan tubuhnya ke hadapan.

"Tengok mata saya. Awak boleh percayakan saya. Kalau nak berjaya kena kerja keras. Hutang tetap hutang. Tak semua orang beruntung macam awak. Sebab dapat jumpa orang macam saya. Kan?" Amsyar menguntumkan senyumnya.

Karmila mula terharu. Dia tahu niat baik dari lelaki ini patut dihargai. Dia akhirnya bersetuju.

"Mana meja saya?" Karmila sudah sedia untuk memulakan tugasnya.

"Tu?" Amsyar menjuihkan bibirnya ke arah meja yang berhadapan dengannya.

Sebuah meja kopi dan sofa yang memang ada dibiliknya sudah dikemaskan.

"Bukan saya ganti Cik Nisya ke? Kan meja dia dekat luar sana?" Karmila masih belum memahami maksud Amsyar.

"Itu tempat awak."

"Tapi kenapa dekat bilik Encik?" Karmila mahukan kepastian.

"Supaya saya boleh tengok awak selalu." Jawab Amsyar dengan perlahan. Dia menatap lembut wajah perempuan itu.

Benar. Kalau boleh, setiap hari dia mahu melihat Karmila ada dengannya.

"Pervert!" Luah Karmila kesal. Sangkanya Amsyar lelaki yang tulus mahu membantu. Ternyata mahu mengambil kesempatan. Dahinya berkerut marah.

"Don't get me wrong, Karmila. You need to be here with me. Awak tak tahu apa-apa tentang business. Jadi apapun kerja yang awak buat senang saya nak pantau. Awak boleh tanya kalau awak tak tahu."

Karmila terdiam. Amarahnya reda. Sangkaannya meleset sama sekali.

"Sorry."

"Nevermind."

Amsyar terus membawanya ke arah meja yang sudah tersedia. Dia kemudian membuka sebuah fail. Beberapa helai kertas diselak. Dalam masa dia menerangkan semuanya, Karmila seakan terpegun dengan figura lelaki ini. Apa yang kurang darinya. Tampan, tinggi, ada karisma, baik dan tegas. Suara Amsyar seakan rakaman lagu yang tidak berhenti berputar. Telinganya seakan sudah terbiasa dengan suara itu. Dia memandang bibir lelaki itu. Bersih dan natural tanpa bekas seperti seorang perokok. Dia kemudian memandang wajah Amsyar. Bersih dan tenang.

"Auch!" Karmila memegang dahinya. Terasa sakitnya hingga ke otak.

"Nak kena lagi? Fokus bila kerja." Amsyar masih lagi dengan jarinya yang mahu menjentik dahi Karmila.

"Sakitlah. Kalau saya kena gegaran otak macam mana?"

"Kalau itu yang boleh buat awak kembali ke alam nyata kenapa tidak."

"Bila masa saya berangan!" Karmila mula menafikannya.

"Saya tak kata awak berangan pun."

Karmila diam kerana malu.

"Macam ni lah. Sebab awak suka berangan, saya panggil awak minah jenin."

"Saya bukan minah jeninlah!"

"Okaylah siapkan kerja. Ikut contoh yang ada. Saya nak sambung kerja saya pulak ni. Minah jenin." Sengaja dia mahu mengusik. Kelakar bila dia melihat wajah Karmila yang sedang marah.

Amsyar kembali ke tempatnya. Dia tersenyum melihat Karmila sedang fokus dengan kerja.

--------

Fadil pulang dengan marah-marah. Habis segala barang dilemparnya. Mana tidaknya, dia malu apabila diperlekehkan oleh kawan-kawannya. Ada isteri tapi tak tahu jaga.

"Suri! Suri!" Teriak Fadil.

Dari dapur Suri bergegas ke ruang tamu. Walaupun tahu akibat yang akan dia terima.

"Kau pekak ke aku panggil dari tadi tak datang." Fadil menunjal-nunjal kepala Suri.

"Su memang tak dengar bang. Su tengah masak dekat dapur." Suri sudah mulai ketakutan.

"Alah, alasan! Makin pandai kau menjawab sekarang eh."

Fadil mencengkam rambut Suri. Semakin melihat dia melihat wajah perempuan ini. Rontaan dan rayuan isterinya tidak diendahkan. Tidak pernah ada rasa cinta langsung dalam hatinya. Suri hanyalah pilihan ayahnya. Perkahwinan ini adalah syarat untuk dia mendapatkan harta. Tapi harta yang dia dapat sudah habis digunakan.

"Hei betina sundal! Aku naik malu dengan kawan-kawan aku. Dorang semua tahu kau menggatal sana sini. Konon pergi kerja. Tahu-tahu pergi menyundal. Entah-entah duit yang kau bagi selama ni duit haram!" Suara Fadil semakin kuat. Rahangnya diketap. Matanya dibesarkan.

"Sumpah bang. Suri tak buat semua tu. Itu semua fitnah."

Kalau diikutkan boleh tercabut kepala Suri dibuatnya. Kepalanya seolah dijerut dengan kuat.

Dek kerana benci dengan airmata Suri, Fadil sudah mahu memukulnya. Namun tindakannya gagal. Nadira terlebih dahulu memukulnya dari belakang. Dia dan Suri sama-sama terjelepuk ke lantai. Habis pecah pasu kaca yang dijadikan alat untuk memukul Fadil

"Hei! Kau ni binatang ke manusia? Berapa kali aku cakap, jangan sentuh kak Suri."

Kerana geram, Nadira memijak-mijak tubuh lelaki itu.

"Sakitlah setan!" Jerit Fadil.

"Sakit? Itu tak seberapa dengan apa yang kau dah buat dekat Kak Suri."

Nadira terus mendapatkan Suri. Dia membawa kakaknya ke dalam bilik. Pintu bilik di kunci.

Fadil memegang belakangnya menahan sakit. Dia kemudiannya menjeling kamar Suri.

"Dasar perempuan gila."

Nasib Suri bukan macam tu. Dengan lemah dia bangun.

"Argh!" Dia terduduk kembali. Kakinya terpijak kaca.

Sakit kepala. Sakit badan. Sakit hati dan sekarang kakinya pula sakit. Memang bala bila dia berhadapan dengan Nadira.

Mawar KarmilaWhere stories live. Discover now