Bab 4

1.5K 121 4
                                    

Karmila memarkir keretanya di dihadapan kedai. Dia menyeluk beg tangan untuk mencari kunci kedai.
Sibuk mencari kunci hingga tidak perasan ada orang sedang berdiri di hadapan pintu kedai.

Hampir saja Karmila melanggar Amsyar. Lelaki itu sedang berdiri memandangnya sambil memeluk tubuh.

"Encik buat apa dekat sini?" Karmila masih lagi tidak menyangka akan bertemu Amsyar di kedainya.

Amsyar tidak menjawab pertanyaannya malahan dia melihat jam di pergelangan tanganya.

"Pukul berapa waktu kedai ni sepatutnya dibuka, Alisa?"

Pertanyaan Amsyar membuatkan Karmila tersedar yang Alisa juga sudah ada bersama mereka.

"Pukul 9 pagi, Encik Amsyar." Alisa hanya patuh menjawab.

"Dan sekarang pukul berapa?"
Amsyar mengangkat keningnya sambil memandang Karmila. Tidak perlu banyak kata. Dia faham akan maksud dari pandangan lelaki itu. Memang sekarang sudah hampir jam 10:30pagi.

"Ya, saya tahu. Saya minta maaf. Saya ada hal tadi."

Amsyar mengeluh. Dia memandang mata Karmila sedalam mungkin. Cuba untuk bercakap dari hati.

"Alasan takkan pernah buat awak berjaya, Karmila."

"Apa sajalah Encik. Alasan saya ni berasas dan mungkin Encik takkan faham." Karmila sudah malas melayan Amsyar. Dia terus membuka pintu kedainya.

Alisa mengikut Karmila dari belakang. Amsyar juga turut masuk ke dalam kedai. Dia belum habis bercakap.

"Macam mana awak nak uruskan business kalau time management awak sendiri tak boleh uruskan. Alisa boleh datang awal tapi kenapa awak tak boleh sedangkan dia pekerja dan awak majikan. Sepatutnya awak bagi contoh yang baik."

Karmila menutup matanya sambil mengetap rahangnya. Dari posisi tubuhnya yang membelakangi Amsyar, dia berpaling.

"Encik, please stop. Tak boleh ke kalau tak membebel satu hari?"

Pertanyaan Karmila membuatkan hati Amsyar panas. Niatnya baik. Apa yang tidak sepatutnya terjadi itu patut dia tegur.

"Apa awak cakap? Saya membebel? Saya ni tegur untuk kebaikkan awak tau. Kalau awak terus dengan sikap macam ni, awak takkan maju sampai bila-bila."

"Kenapa Encik kesah sangat pasal saya ni?" Karmila merasa semakin kesal.

Amsyar terdiam. Benar. Mengapa dia perlu kesah dengan orang yang tidak tahu menghargai pandangan orang lain. Itu bukan masalah dia. Boleh saja dia hanya tunggu saja duit sewa kedai Karmila. Tapi dia tak boleh. Entah mengapa hatinya terlalu kuat untuk ikut campur semuanya. Baginya Karmila belum cukup mampu untuk mengendalikan semuanya sendiri. Perempuan ini terlalu keras kepala.

Amsyar tersenyum. Itu adalah cerminan diri dia sewaktu mula-mula dia mahu membangun perniagaan sendiri dan hidup berdikari tanpa bantuan sesiapa. Sehinggakan dia pernah bergaduh besar dengan papa. Tapi lepas tu, dia sendiri yang datang untuk meminta bantuan. Dia bersyukur ada keluarga yang sangat supportive.

"Kalau awak tak suka dengan apa yang saya cakap, saya minta maaf. Mungkin saya tak tahu apa-apa pasal awal, tapi apa yang saya tahu, jika kita tak ada ilmu dan komitmen yang baik dalam perniagaan, kita takkan mampu untuk berjaya. Saya cuma nak bantu awak supaya awak boleh bayar hutang awak dan menjadi peniaga yang berjaya."

Karmila cuma diam. Dia tidak tahu lagi harus menjawab apa. Dia mendengar nama Alisa dipanggil. Kemudian dia melihat Alisa memberikan sesuatu kepada Amsyar.

"Ini breakfast awak. Ingatkan nak makan sekali tadi. Satu lagi ni awak bagilah dekat Alisa. Saya rasa lebih baik saya uruskan hal saya." Hatinya terkilan.

Amsyar tersenyum lalu beredar. Entah mengapa hati Karmila berdebar. Dia diselubungi dengan rasa bersalah. Mungkin dia terlalu kasar dengan lelaki itu. Terngiang-ngiang suara Amsyar ditelinganya. Dia memandang bekas makanan yang berada di atas meja.

Ada sekeping nota dilekatkan pada penutup bekas tersebut.

Disebabkan awak tak makan sayur, saya potong sayur tu halus-halus biar nanti awak makan sampai tak terasa ada sayur. Jangan pernah membenci sesuatu yang baik untuk awak Karmila. Keep your smile and lets eat sayur. :)

Serta merta Karmila tersenyum. Lucu dengan nota dari Amsyar. Dia membuka penutup bekas tersebut. Ada beberapa keping roti dengan lapisan sayur dan tuna ditengah. Dia mengambil sekeping lalu digigitnya. Sambil mengunyah dia mengangguk. Benar. Tak terasa langsung ada sayur. Rasanya sudah tenggelam dengan mayonis.

"Sedap kan bos?" Tiba-tiba Alisa menegur.

Tanpa sedar, Alisa sudah berdiri disebelahnya sambil mengunyah sama. Entah sejak bila dia sudah berada disebelahnya.

"Bolehlah." Jawab Karmila acuh tak acuh.

"Bos, Encik Amsyar tu baik kan?"

Pertanyaan Alisa tidak dijawabnya.

"Dia sampai sanggup nak bantu perniagaan ni walaupun kita ni ada hutang dengan dia. Kalau orang lain tak adanya sampai macam ni kan."

Benar juga kata-kata Alisa. Lelaki itu sudah baik denganya. Tidak sepatutnya dia berkasar dengan Amsyar tadi. Seolah dia melampiaskan tekanannya kepada lelaki itu.

"Apa saya nak buat ni Lisa? Saya tak patut buat dia macam tu tadi." Karmila cuba mendapatkan solusi. Dia sebenarnya buntu.

"Bos pergi minta maaflah. Bos bagi dia bunga."

Karmila mengerutkan dahinya.

"Dia nak ke?" Dia masih lagi ragu dengan cadangan Alisa.

"Alah tak salah kalau mencuba kan? Janji niat bos nak minta maaf."

Karmila mengangguk. Esok dia akan minta maaf. Bunga apalah yang sesuai untuk diberikan kepada Amsyar.

-------------

Hi reader. Terima kasih dah baca. Saya harap korang dapat berikan apa sahaja komen dan cadangan. Dan tekan butang ⭐ untuk vote. Saya nak tahu juga siapa reader saya. 😉

Mawar KarmilaWhere stories live. Discover now