Bab 5

1.6K 98 3
                                    

Hujan mula turun dan semakin lebat. Karmila masih berada di dalam kereta. Dia melihat sejambak mawar kuning yang berada di sebelahnya. Hatinya masih berkira-kira untuk turun berjumpa dengan Amsyar.

Dari dalam kereta, dia terpandang seorang lelaki yang sedang berdiri di luar bangunan sambil melihat sekeliling. Karmila mengambil payung di bahagian belakang lalu keluar dari kereta. Dia cepat-cepat menuju ke arah lelaki itu.

"Encik Amsyar nak ke mana?"

Amsyar jelas terkejut dengan kehadiran Karmila. Dia berdehem untuk membuang gugupnya.

"Nak pergi ambil Mawar. Tapi hujan pulak."

Karmila mengangguk.

"Marilah saya hantarkan. Biar saya drive." Karmila cuba menawarkan diri. Mungkin ini peluang untuk dia meminta maaf.

"Eh tak payahlah. Lagipun kereta saya dekat situ je." Sebenarnya Amsyar cuba untuk mengelak dari Karmila sejak dari kejadian semalam. Mungkin masih terasa dengan kata-katanya semalam.

Karmila memegang lengan Amsyar. Payungnya diangkat sedikit tinggi supaya selaras dengan ketinggian Amsyar.

"Jom." Dia menarik Amsyar.

Amsyar mengeraskan tubuhnya. Kemudian dia mengambil payung dari tangan Karmila.

"Biar saya pegang."

Jarak mereka sangat dekat. Mata mereka saling memandang. Amsyar mendepangkan lengannya supaya Karmila berdiri lebih dekat dengannya dan tidak terkena hujan. Wangian Amsyar cukup membuatkannya tenang. Jelas kelihatan urat pada lengan dan tangan lelaki itu. Pipinya mulai terasa hangat. Entah mengapa dada berdebar.

Mereka terus melangkah sambil berlindung teduh dibawah payung.
Karmila tidak tahu pada belakang Amsyar sudah basah terkena hujan.

"Biar saya drive."

Karmila cuma menurut. Kunci keretanya diserahkan kepada Amsyar. Setelah dia masuk di bahagian penumpang, dia cepat-cepat meletakkan jambakkan bunga mawar tadi ke kerusi belakang.

Amsyar masuk ke dalam kereta. Enjin dihidupkan lalu dia terus memandu menuju ke tadika untuk mengambil Mawar. Suasana di dalam kereta menjadi janggal. Mereka sama-sama diam. Masing-masing sibuk cuba untuk membuang segala rasa dan debar di dada. Entah mengapa Karmila menjadi resah. Seperti mahu terkeluar jantungnya. Sesekali dia mencuri pandang lelaki disebelahnya itu. Cukup fokus dengan pemanduannya.

Dari sisi, Amsyar seperti seorang lelaki yang sangat maskulin. Dengan sedikit jambang yang kemas dan rapi menampakkan rahangnya serta sedikit janggut dan kumis yang tipis menyerlahkan lagi kelakiannya. Karmila seperti terpukau melihat wajah lelaki itu. Seolah baru menyadari betapa tampannya Amsyar. Kemudian dia melihat lengan kekar lelaki itu.

Amsyar seperti menyedari dia diperhatikan. Semakin membuatkan dia janggal.

"Ada yang tak kena ke dengan saya?"

Dia berharap pertanyaannya akan membuatkan Karmila tidak terus memandangnya.

"Tak ada. Dah cukup hensem tu." Jawab Karmila tanpa dia sedar.

"Excuse me?" Amsyar seakan tidak percaya dengan apa yang dia baru dengan.

Karmila cepat-cepat memandang ke luar tingkap. Makin laju dadanya berdebar.

"Tak. Tak ada apa." Dia memegang dadanya. Sambil menutup mata dia cuba untuk bertenang.

Amsyar menjeling dari ekor mata lalu tersenyum. Dia kemudian menghidupkan radio untuk menghidupkan suasana. Namun alunan lagu yang diputarkan di radio seakan menyindir mereka.

Mawar KarmilaWhere stories live. Discover now