Amsyar mencari-cari kelibat Karmila. Kata Alisa, gadis itu belum lagi datang. Dari tadi dia asyik memandang ke luar kedai melalui pintu pintu lut sinar.
"Bos awak memang suka datang lambat ke?" Amsyar melihat jam tangannya. Jam 11 dia ada urusan di bank.
"Hari-hari macam tu. Sejak kena sound dengan encik dia terus bagi kunci lebih dekat saya. Jadi tak adalah saya kena tunggu dekat luar macam hari tu."
Amsyar mengangguk. Apalah yang buat perempuan ni lambat. Susah sangat nak tepat waktu.
"Hah tu cik Karmila dah datang." Seru Alisa.
"Encik buat apa dekat sini?"
"Check your phone." Arah Amsyar. Malas mahu bercakap panjang lebar.
Karmila terus mengambil telefon dari begnya. Kemudian riak wajahnya berubah.
"Sorry encik. Saya tak check phone. Tak perasan." Berkali-kali dia minta maaf.
"Tak perasan? Takkan awak buat silent mood kot?"
"Memang saya tak perasan. Maaflah encik."
"Macam mana kalau ada hal penting? Emergency ke? Jangan silent kan phone tu unless memang kena mood silent. Awak ni memang tak peka kan?"
Karmila mula naik darah. Asyik kena bebel je.
"Iya. Saya memang tak peka. Lain kali tak buat dah. Saya minta maaf okay. Puas?" Dia malas mahu berdebat.
"You are so annoying. Suka sangat spoil mood orang." Amsyar mengetap bibirnya.
"Awak pun sama. Bising je tau." Karmila tidak mahu mengalah.
"I hate you!" Luah Amsyar.
"I hate you too!"
"I hate you more!"
Masing-masing tidak mahu mengalah. Alisa cuma memandang mereka dengan janggal. Mahu nenegur takut nanti dia yang kena balik. Dia ambil kain dan penyembur lalu dia lap meja di hadapannya.
"Orang kata, kalau benci lama-lama suka." Sindiran Alisa memecah suasana.
Karmila dan Amsyar saling berpandangan.
"Suka dia? Never!" Laju saja Karmila membidas.
"Eh. Eh. Lisa cakap dekat drama dalam phone ni hah." Memang tadi Alisa sudah bersedia dengan membuka drama di youtube.
Dia tersengih melihat wajah majikannya sudah kemerahan. Bukan selalu dapat menyakatnya.
"Tak tahu nak cakap apa. Nampak sangat dah suka. Try hard sangat nak cover." Amsyar pula menambah. Dia kini sedar dengan permainan Alisa. Sengaja mahu membalas.
"Bila masa saya try hard?"
"Eh saya cakap pasal drama tu. Kenapa nak terasa."
Sekali lagi dia malu. Amsyar dan Alisa saling berpandangan dengan senyuman puas. Nasib baik lelaki itu cepat menangkap maksud Alisa.
"Fine! Layanlah korang berdua dengan drama tu." Karmila mencebik. Dia terus ke belakang. Mencari kerja untuk di buat.
"Lisa, bos awak dah cemburu tu. Lagi baik saya balik office. Nanti awak pula kena dera."
Alisa cuma tersenyum lalu mengangguk.
"Eleh pergilah pergi. Tak hairan!" Jerit Karmila dengan geram.
Sebelum beredar Amsyar sempat berpesan.
"Esok sharp pukul 8 datang office saya. Be punctual atau saya denda." Niat mahu mengajak Karmila menemaninya hari ini terbantut gara-gara sikap perempuan itu.
Kerana itu, esok saja dia teruskan rancangannya. Sementara tempat Nisya kosong, dia nak Karmila gantikan jawatan itu. Niatnya supaya perempuan itu mempunyai sedikit pengalaman walaupun masanya terhad. Biar dia belajar selok belok perniagaan. Dia mempunyai rancangan besar untuknya.
__________
Sengaja bagi bab ni pendek. Sebab author pun dapat komen seketul dua. Jadi baik buat pendek je kan? Kan? 😂😂
YOU ARE READING
Mawar Karmila
Short StoryAkankah berakhir bahagia? Karmila mempunyai masa silam yang gelap. Melahirkan anak tanpa ayah lalu diserahkan kepada keluarga angkat. Lima tahun kemudian dia membuka sebuah kedai bunga. Namun nasib tidak begitu baik. Tuan kedai selalu meminta duit s...