klik!
"kau dah kenape? Ade kayu kat sini patut tak boleh tutup." aku membuka mata. Ditangannya ade selimut. oh yaa baru aku ingat kat katil tak ade selimut. Malunya aku!Dia ambik selimut je pon. Segera aku menutup pintu 'bilik' pakaian ini.
"kau kenapa berdiri kat situ? sini!" arahnya. amboi dia ni. Baru malam pertama aku dengan dia. eii sakitnya hati kita ni. Aku dengan agak ragu ragu segera mendekatinya. hush! seramnya. Aku sekarang duduk di penjuru katilnya.
"sini lah sikit. kau ni pon. Kita dah kahwinlah!" katanya meninggi kan suaranya sedikit. Aku duduk betul betul di sebelahya. Dia tiba tiba mengusap rambutku. Turun ke leherku dan mengangkat daguku. Aku melihat dia tersenyum sinis. Tiba tiba dia membuka baju. Aku sudah menatapnya ngeri. Dia mendekat lalu meniup telingaku. Aku yang tadinya mengangkat kepala kini tertunduk kembali.
"urut belakang aku. Sakit nih" arahnya sambil berbisik. Aku segera mengangkat muka. Ya Allah! apasal lah dia ni suka sangat buat aku fikir bukan bukan? Nasib baik aku bukan orang yang cepat melatah.
"o-okay" kataku gagap. Dia baring telentang sambil menonton televisyen. Aku menyentuh belakangnya.
"kau nak urut macam tu je? pergi lah ambik minyak wahai 'isteriku' yang bijaksana." katanya yang aku rasa agak memerli sewaktu dia menyebut 'isteri'. Aku segera bangun dan berlalu keluar bilik. Keluarga ku dan keluarga Asyraf sedang bergurau senda di ruang tamu.
"kak Dhia!" panggil Zara. Kus semangat aku! ibu bapaku dan mertuaku memandangku dengan muka pelik.
"Dhia tak rehat ke?" tanya Mama Asyraf kepadaku.
"Dhia cari minyak. Mama ade minyak tak?" tanyaku kepada mama.
"nak buat apa dengan minyak?" tanya Ayah ku pula.
"ermmm.. nak ... emmm.. nak urut abang Asyraf!" okay aku nak lari sekarang. Macam mana aku boleh panggil 'abang' ni? mereka terdiam dan saling pandang memandang. Aku rasa Zara nampak muka cemas aku. Segera Zara berlari ke arah ku dan bawaku ke dapur.
"thanks Zara. emm Zara ade minyak tak?" tanya ku.
"fuyyo. Sejak bila Akak panggil abang mal 'Abang'? " pertanyaanku tidak berjawab.
"akak terlepas tadi. hehe. Cepat Zara cari minyak nanti abang marah." kataku. Tak sanggup aku dengar kena perli sebab panggil Asyraf abang. Zara tersenyum lalu mengambil ubat di rak kecil yang tergantung di tepi pintu bilik Mak Mah.
"akak, Zara harap akak tabah ye." kata Zara. Dia memahamiku. Aku dan Zara berpelukan sekejap. Segera aku berlari naik ke bilik Asyraf.
Bang!
"apasal kau hempas pintu tu?" tanya Asyraf. huh! matilah aku. Harap dia tak marah. Aku hanya tersenyum dan naik ke katil. Perlahan lahan aku menuangkan minyak di belakang nya , dan mula mengurut. Pergh! Lembut juga kulit belakang dia ni. Aish, apa aku ni! okay fokus mengurut!
"dhia.." boleh je cakap elok elok. Ni asyik nak marah je.
"ye." jawabku menyahut panggilan 'suamiku' ini.
"kalau parents kita tanya pasal malam pertama ke ape. Kau jangan jawab apa apa eh. Kalau tanya pasal honeymoon ke ape cakap je sekarang tak boleh lagi. Nanti je. Faham?" Memang lah! takkan aku nak cerita kat ibu atau mama pasal malam ni. Tak dia, aku yang kena marah dulu. Setelah sepuluh minit aku mengurut, aku sendiri dah penat.
"okay. ermm Tapikan awak, emm.. " macam mana aku nak cakap aku dah penat urut dia ni.
"ape benda?" suara dia dah ngantuk lah. Cepat lah tido. Aku dah penat ni.Cakap je lah.
"ermm. Awak tak nak tido ke?" dia mengiring. Aktivitiku tadi pun terhenti.
"Apa maksud kau?" dia pikir bukan bukanlah ni. Jujur je lah aku penat urut dia.
"Saya dah mengantuk. Boleh tak saya berhenti urut awak?" tanya ku teragak agak. Dia memandangku seperti berfikir. Aku sempat melirik ke arah badannya. Emmm not bad, ade sixpacks. Dia menutup suis televisyen dan menutup lampu.
"awak? mane awak?" tanya ku. Adoi apasal gelap lain macam ni?
"aku kat sini lah" katanya sambil menghidupkan lampu tidur di kedua sisi kepala katil. Romantik betul lampu.
"awak, mmm.. kita sekatil ke?" Asyraf mengerutkan dahi.
"apa soalan kau ni?" tanyanya sambil membetulkan kedudukan bantal di kepalanya.
"ermm biasakan kalau.."
"kau ni memang kaki novel eh? tido ajelah jangan banyak cakap. Ingat ni drama agaknya nak suruh tidur atas sofa bagai." katanya sambil mengiring. Membebel je suami aku ni. Sakitnya hati , suka hati dia aje nak kutuk aku.
######
"abang mal!" sapa Zara. Asyraf Ikmal membalas sapaan adiknya dengan senyuman.
“abang, boleh Zara Tanya?” Asyraf hanya mengangguk sambil mengusap kepala adiknya. Dhia yang melihat dari jauh memandang sayu.
“kenapa abang kawin dengan kak Dhia? Bukan abang tak suka ke?” Tanya Zara . Pertanyaan yang telah diduga bagi Asyraf.
“nothing lah Zara, abang memang nak kawin dengan dia.” Kata Asyraf sambil berhenti mengusap rambut adiknya dan melihat ke arah luar balkoni.
“come on lah abang , you never do a thing without reason. Zara kenal abang.” Ashraf senyum.
“huuh. Zara , Abang sayang kak Dayana. Sangat.” Dhia yang mendengar sebak.
“tapi abang sangat tak boleh terima bila abang terpaksa tengok dia pergi dan semua tu sebab Dhia!” katanya sambil tunduk. Zara mengusap belakang Asyraf.
“abang tak boleh salahkan kak Dhia je. Ni bukan salah dia sorang. Abang punya salah jugak. Atau maybe kak Dhia memang untuk abang? We never know.” Asyraf memandang adiknya sayang.
“zara harap abang tak buat benda pelik pelik. Remember abang. Jangan seksa dia. This is not drama or movie. Jangan jadikan kak Dhia macam boneka. She also have feelings Abang Mal.” Tamat ayat itu Zara terus masuk ke rumah dan menutup sedikit sliding door balkoni itu. Asyraf kembali ke bilik dan melihat Dhia yang sedang baring itu.
“eh awak. Ermm, dah subuh. Saya mandi dan siap dulu.” Asyraf hanya memandang. Segera dia berlari ke bilik air di bawah untuk mengambil wuduk. Naik sahaja ke atas Dhia sudah siap hendak menunaikan solat Subuh.
“Asy, awak dah solat? Ehh erm.. maksud saya awak emm.. emm” Asyraf segera memotong ayat dhia.
“dah lah jom solat sekali.” Kenapa aku rasa seronok atau tepatnya selesa dan bahagia dapat imamkan solat dia? Detak hati Asyraf. Selesai solat Dhia hanya memandang Asyraf. Pandangan seolah berfikir. Asyraf mengatur langkah untuk bangun.
“awak!” dengan laju Dhia menyalami tangan Asyraf. Berdebar Asyraf.
@@
“pagi ma!”
“pagi ibu”
Dhia dan Asyraf menyapa orang tua mereka serentak. Datin Mariam dan Datin Asma’ hanya ketawa sambil menggelengkan kepala.
“ma, ibu, Asy dengan Dhia kan dah kahwin. Walaupun terlalu cepat tapi ermm Asy nak…”
----------------------------------------------
Maaf dia atas keterlewatan saya menyambung cerita hehe.. saya kena fokus belajar supaya keputusan peperiksaan saya meningkat. hehe doakan saya punya keputusan peperiksaan akhir tahun ye.. hehe
#z
2/11/2014
KAMU SEDANG MEMBACA
Musuhku Suamiku!
RandomMusuhku Suamiku! "apa pulak salah saya! salah awak la! jalan macam tu je tak pandang depan ke ape?" Dhia Zalikha "disebabkan aku tak ajak sayang aku harini aku nak kita settlekn cepat. Tak nak aku keluar nagn kau lama lama." -IKmal Asyraf "dah diam...