part 9

3.6K 85 4
                                    

"Asy dengan Dhia nak apa? nak anak? kan dah kawin , cepat sikit mama dengan ibu dapat cucu" kata Datin Mariam sambil tersenyum. Adeh, mama ni ke situ pulak. Detik hati Dhia.

"hehe bukan tu lah ma, ermm. Asy nak bawak Dhia tinggal ngan Asy. Boleh kan ma? ibu?" tanya Asyraf sopan. Asyraf memandang Dhia meminta sokongan.

"mmm. a ah lah ma, bu, kitorang nak tinggal sendiri boleh? Lagipun kan kitorang nak belajar berdikari." balasku sambil senyum. Puas encik Asyraf? huh!

"okay" kata mak mak kami serentak. Balasan mereka mengejutkan kami. hanya okay je? 

******

"Dhia , kau boleh letak baju baju kau dalam bilik tu." aku hanya mengangguk patuh. Gila! lagi besar bilik pakaian dia. Aku pon anak dato' tapi kaya betul dia ni. 

"ape kau lama lama tu? sini!" dia nak buli aku ke ni?

"mulai hari ni , aku nak setiap kali aku balik kau dah masak untuk aku. Aku nak kau yang masak. Mak Leha! sini kejap" Bossy nya.

"Mak Leha , kenal kan isteri saya?" mak Leha hanya mengangguk dan tersenyum. "Mak Leha, mulai hari ini , saya nak setiap kali memasak mak Leha serahkan pada Dhia." 

"wah, Dhia masak. Habistu mak Leha nak buat apa Asy?" Asyraf hanya tersenyum dan memandang sekeliling. Tahu lah mak Leha yang Asyraf nak dia kemas rumah sahaja.

"ermm Dhia, tengah hari ni aku nak makan ikan siakap tiga rasa. Buat sedap sedap tau" katanya sambil tersenyum dan berlalu pergi. wait! Dia senyum! ya Allah, adakah aku dan dia akan bahagia? aku harap ye.

"Dhia, nak Mak Leha tolong?" aku senyum dan menarik tangan Mak Leha.

"ermm mak Leha, ikan ade ke?"

"ade dalam peti ais tu. Mak Leha nak sidai kain kejap."

"SIAP!" 

"ya Allah Dhia! tekejut Mak Leha, jangan jerit jerit." 

"Mak Leha! tolong hidang, Dhia nak panggil Asyraf"

"asy! asy! ish mana Asyraf ni?" bilik tak ade. bilik air tak ade. bilik baju pon tak ade. 

"mmm, penat aku masak dia tak ade" aku agak sedih. Tido kejap pun okay jugak.

Eh apa ni? ape yang merayap kat pipi aku ni? aku mengeliat. "oi, kau dah siap masak ke? sedap je landing tengah hari macam ni" tegur Asyraf.

"Aish , awak ni. Penat  saya masak, saya cari awak tak ade pon." kataku sedikit kecewa. Asyraf senyum senget, aku pon meninggalkan dia di bilik.

"Dhia, mana pinggan?" aku menyerahkan pinggan kepadanya. Dia mencedok lauk ikan ke pinggan. Aku berdebar ni nak dia rasa, buatnya tak kena dengan selera dia. eh, kenapa dia pandang aku? makan lah.

"kau nak suruh aku diet ke?" aku buat muka blur. 

"Nasi mane?" 

"ya Allah!" aku menepuk dahi. Asyraf bersiap sedia hendak bangun.

"Asy! Asy! maaf . Saya lupa. Awak duduk lah dulu. Saya masak kejap je. Tunggu eh" Dhia buat muka kesian nak pujuk Asyraf. Aku ni memang ade bakat memujuk. hahahaha.

"mak leha , periuk nasi mana?"

"kenapa? kamu lupa masak nasi ye?" mak leha gelakkan aku. Fine! elok je aku nak isi beras ade orang bagi salam.

"waalaikummussalam. ye?cari siapa ye?"

"eh, awak isteri Asyraf kan?" eh? ohhhh!! ni kan kawan Asyraf.

"ye?"

"ni , isteri saya ade masak lebih nak kasi dekat korang sikit." aku mengambil makanan yang dihulur.

Musuhku Suamiku!Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang