"ermm.. awak okay tak?" tanyaku. Alamak, kenapa pandang gitu? Asyraf terus berdiri dan berjalan ke atas tanpa memandangku. Aku ada salah tanya ke tadi? Tak pe lah! Malam nanti aku tanya lagi. Malam itu Mak Leha sudah kembali bekerja tetapi tetap lah aku yang masak. Asyraf langsung tidak bercakap denganku. Selepas solat Isya’ aku mengajak Asyraf makan malam.
“awak,…” alamak dia pandang macam tu pulak. Lain kali lah aku Tanya.
“apa?” Tanya Asyraf datar.
“awak nak air?” tanyaku sambil senyum. Dia hanya mengangguk. Segera aku mengambil air. Kalau bukan sekarang bila lagi? Niat aku nak pergi kerja esok. Haih. Selepas makan malam aku melihat Asyraf sedang bekerja di mejanya. Busy~
Ting!
Hehe. Aku macam nampak mentol je keluar ni. Aku mendekati Asyraf dan mengusap bahunya. Dia nampak terkejut tapi selepas aku mengurut bahunya , dia kembali rilex.
“awak…..” panggilku meleret. Asyraf hanya memandangku dan meneruskan kerjanya.
“boleh tak.. mmm.. saya… mmm.. kenapa awak marah saya tanya tadi?” eh? Asal aku tukar ayat ni? Asyraf berhenti bermain dengan computer ribanya.
“aku tak marah. Cuma tak suka kau tanya. Kau boleh tak jangan tanya?” aku hanya memasang wajah sedih.
“kau berhenti je lah.” WHAT?!
“eh, awak. Saya nak kerja lagi. Saya tak nak lah duduk rumah je.” Kataku sambil membuat wajah sedih. Urutan di bahu Asyraf berhenti dan dia berpaling melihatku.
“sape suruh kau duduk rumah goyang kaki? Aku nak kau kerja kat tempat aku. Aku mintak kat papa nak masukkan kau kat ofis aku.” Pulakkkk. Habistu , ofis bapak aku tu? Haish dia ni.
“tak payah nak pikir ofis ayah. Zara nak kerja kat ofis ayah. So, kau kerja kat ofis papa.” Tambahnya. Mmm, bolehlah.
“okay.” Aku pun berlalu dan duduk di birai katil. Dia memandangku sambil menjongket keningnya. Hensem nya laki aku!
“haih, kau urut aku sebab nak tanya je? Kurang asam punya bini.” Bini? Biar betul? Adakah ini mimpi? Aku nampak bunga. Adehh, terover pulak. Aku hanya senyum dan turun ke bawah. Minum milo pon sedap ni.
######
Urusan pertukaran aku dari ofis ayah ke ofis papa berjalan lancar. Walaupun laki aku tu boss , aku tetap menjadi seorang kuli. Ingat Asyraf tu kisah bini ke ape? Huh!
“Dhia?” aku pusing ke kiri.
“syikin? Kau syikin kan?” tanyaku. Dia senyum dan mengangguk.
“Dhia!!”
“syikin!!” kami berpelukan sebentar tanpa mengetahui ade yang memerhati.
“dhia! Asal masuk sini tak bagitau? Kau ni!” aku hanya senyum.
“mane lah aku tahu kau kerja sini. Lagipon aku tak de nombor kau.” Syikin mencebik.
“eleh , bini bos ni.” Aku segera mengetuk kepalanya. Dia mengusap kepala.
“sini aku kuli!” kataku.
“ehem….” Eh? Sape mamat ni? Aku jongket kening memandang lelaki di depan ku. Ermmm tak kenal pulak. Majlis kawin aku tu pon dia tak de rasanya. Ermm baru kot. Mmm..
“Syikin. Encik Bakar pangil.” Katanya. Syikin hanya menatap lelaki itu dan menangguk. Aku berniat nak berlalu.
“eh awak!” aku berhenti kan langkahku dan memandang lelaki itu.
KAMU SEDANG MEMBACA
Musuhku Suamiku!
RandomMusuhku Suamiku! "apa pulak salah saya! salah awak la! jalan macam tu je tak pandang depan ke ape?" Dhia Zalikha "disebabkan aku tak ajak sayang aku harini aku nak kita settlekn cepat. Tak nak aku keluar nagn kau lama lama." -IKmal Asyraf "dah diam...