"Apa masalah dia?" soal Naufal pada Amar tatkala dia didekatinya. Haikal yang kebetulan berada di meja Naufal turut memandang ke arah Amar dengan perasaan penuh ingin tahu. "Takde apalah, dia cuma fikir kenapa dia tidak dipilih sebagai ketua. Tu je," jelas Amar. "Ooooo," sampuk Badrul dari jauh sambil memegang buku fiziknya. "Wah Bad, bersemangat kau nak belajar Fizik," sindir Haikal. "Cuba kau tengok jam sekarang," balas Badrul. Mereka memandang ke arah jam dinding yang tergantung di hadapan kelas. "Alamak dah pukul 11.30,". Mereka bergegas mengambil buku dan bergerak ke makmal. Mereka diwajibkan belajar 4 subjek: Pengajian am, Matematik(T), Kimia dan pilihan antara Biologi dan Fizik. Badrul, Anuar dan Omar merupakan pelajar Fizik manakala empat yang lain adalah pelajar Biologi.
Dalam perjalanan ke makmal Haikal menyedari sesuatu yang aneh lalu dibisikkan pada Fairuz yang berjalan bersebelahannya."Selamat pagi cikgu". Perlahan-lahan mereka memasuki makmal dan menyapa puan Rohaya. "Selamat pagi semua. Sebelum memulakan kelas, Balqis akan tolong saya edarkan nota untuk tajuk pembelajaran kita hari ni," ujar puan Rohaya. Tika Balqis mengedarkan nota, Fairuz mengajukan soalan kepada Amar.
"mar, kau dengan Omar dah lama kenal ke?". "Takdelah lama sangat. Ada laa dalam setahun lebih. Aku mula kenal dia masa kem motivasi kebetulan dia satu kumpulan dengan aku. Kenapa?". "Bukan apa tadi Haikal perasan yang Omar cam muram je. Tadi dia nampak mesra je dengan kau. Masa aku tegur dia waktu rehat pun takde pulak dia senyum kat aku cam kat kau,". "Sudah, jangan fikir bukan-bukan. Fokus belajar, .nanti tak pasal-pasal kena marah dengan cikgu,". Mereka meneruskan pelajaran tanpa memikirkan tentang Omar buat seketika.
Jam menunjukkan sudah pukul 3 petang menandakan berakhirnya sesi persekolahan. Semua pelajar bertaburan keluar dari kawasan sekolah bagai kambing terlepas dari kandang. Namun, Haikal hanya jalan bersahaja. Dia tahu yang ayahnya masih belum tiba. Ayahnya hanya akan menjemputnya setelah dihubunginya. Tatkala Haikal berdiri di pintu pagar sekolah, dia terlihat kelibat Omar yang sedang duduk di perhentian bas seperti sedang menantikan seseorang. Haikal mengambil keputusan untuk menegurnya.
"Asalamualaikum Omar, kau buat apa kat sini? Bukan kau naik kereta ke?". "Waalaikumsalam. Aku tengah tengok gambar-gambar lama kat instagram,". "Ooo...tapi kenapa macam banyak gambar kau dengan Amar je?". "Mestilah diakan 'abang angkat aku',".
Terkedu Haikal dengan jawapan Omar namun dia hanya berlagak tenang. "Jomlah aku hantar kau balik," ajak Omar menyentak lamunan Haikal. "Lagipun ada perkara yang aku nak bincang dengan kau," tambahnya lagi dengan riak wajah yang serius. Haikal hanya menurutinya kerana dia ingin tahu perkara yang ingin dibincangkan Omar.
Suasana di dalam kereta sepi seketika tanpa suara. Haikal hanya memandang ke arah luar tingkap kereta. Omar mula memasang radio. Sambil ditemani muzik, Omar memulakan bicara. "Sekarang kau dah tahu hubungan aku dengan Amar, kan?". Haikal menganggukkan kepala. " Jadi aku harap kau tak rapat sangatlah dengan dia. Aku cemburu,". Kata-kata Omar mula membuakkan api kemarahan dalam diri Haikal. Sambil mengetapkan bibir dia membalas, "Aku rapat dengan semua orang. Tak kira budak junior ke cikgu ke semua aku rapat. Aku anggap mereka semua kawan. Tambahan pula, aku ni penolong Amar aku kenalah rapat dengan dia untuk bantu dia,". "Ok, kau boleh rapat dengan dia tapi sebagai penolong saja. Tak boleh lebih-lebih," pesan Omar. Akhirnya, kemarahan Haikal meletus. "Kau kalau tak nak aku kawan dengan 'abang angkat' kau, cakap awal-awal. Tak perlu nak tunjukkan simpati kau kat aku dengan hantar aku balik. Aku tak kisah kalau kena jalan kaki laa,". Buat seketika keadaan menjadi lengang. Dua2 diam membatu. Setibanya di hadapan rumah Haikal, dia memberi amaran kepada Omar. "Terima kasih sebab hantar tapi inilah kali terakhir aku naik kereta kau. Kalau sekali lagi kau buka mulut pasal hal 'abang angkat' ni, pecah muka kau aku kerjakan,". Dia bergegas turun dari kereta lalu meluru masuk ke dalam rumahnya dengan perasaan marah yang masih jelas belum terpadam. Omar hanya senyum sinis melihatkan gelagatnya. Tiada sepatah kata pun yang terucap keluar dari mulut Omar tatkala digertak Haikal. Dia hanya berlalu pergi meninggalkan perkarangan rumah Haikal dengan keegoan yang penuh di wajahnya.
YOU ARE READING
-PSIKO- (ANTARA DENDAM DAN KEADILAN)
RandomAkibat obsesi yang melampau Omar dipulau rakan-rakannya hinggakan dia berdendam dengan mereka. Apakah obsesi Omar sebenarnya? Apakah yang akan terjadi kepada rakan-rakannya? Hanya -PSIKO- ada jawapannya.