Amar dan Hamdani tiba di balai polis bersama pengawal keselamatan yang menjaga kolej kediaman Anuar. Mereka yakin dia mampu mengecam muka suspek yang mereka buru. "...dani kau bawa pakcik ni pergi ke unit pengecaman suspek. Suruh mereka lakarkan gambaran muka suspek kita. Dia pasti tahu punya," arah Amar. Mereka meninggalkan Amar berseorangan di hadapan balai polis. Amar masih teringatkan kata-kata yang dilemparkan suspek kepadanya. "...cuma nak sampaikan 'salam' kat Anuar Zaid,". Dia menggenggam erat kedua-dua tangannya. "Beraninya dia bermain dengan nyawa orang. Tunggulah kau sampai aku sendiri akan bunuh kau dengan tangan aku," hatinya berbisik sendirian. Tatkala itu ade satu susuk tubuh yang menegurnya dari belakang.
"Amar kau buat ape kat sini sorang-sorang?" soal Haikal.
********
15 minit sebelumnya...
"Haikal kau masih kat hospital lagi ke?" soal Amar yang dalam perjalanan ke balai polis.
"Aah...aku ade kat kafe. Tengah nak beli makan untuk semua yang kat dalam bilik Badrul. Hehehe...kau nak ape?"
"Kau dengar sini. Aku tak boleh cakap dengan kau lama-lama sebab aku tengah memandu ni. Jumpa aku kat balai polis. Ade hal mustahak yang aku nak bincangkan.
********
"Kau dah sampai rupanya. Aku pun tengah tunggu kau," balas Amar. Dia menjelaskan kepada Haikal ape yang telah berlaku pada Anuar. Haikal terkejut. "Kau biar betul mar. Dia dah makin melampau. Lepas Sofia, Anuar pulak," ujar Haikal. Seketika kemudian seorang pegawai polis memaklumkan pada Amar bahawa tuan Hisyam ingin berjumpa dengannya. Amar mengajak Haikal sekali untuk berjumpanya.
Di bilik tuan Hisyam...
"Tuan ni saya kenalkan Haikal Lukman, antara rakan saya dan juga mangsa yang masih terselamat daripada serangan suspek yang pernah terlibat dalam kes pembunuhan beberapa minggu yang lepas," Amar memperkenalkan Haikal pada tuan Hisyam. "Kenapa dia berada di sini? Bukan ke sepatutnya saya hanya berjumpa dengan awak seorang saje, inspektor?" soalnya dengan nada yang tegas. "Meskipun dia mangsa kejadian, dia tak patut berada di sini," tambahnya lagi. Amar terkedu. Dia tak mampu berkata apa-apa selain menundukkan kepalanya. "Maaf kerana mencelah tuan tetapi orang yang patut dipersalahkan adalah saya. Bukan niat untuk melindungi dia cuma saya yang bersalah kerana ikut dia ke sini. Lagipun saya merupakan seorang wartawan. Mungkin dengan bantuan dari pihak saya kita mampu menumpaskan penjenayah tersebut dengan lebih cepat,". Haikal cuba meyakinkan tuan Hisyam dengan penjelasannya. "Baiklah hanya kerana perkara yang ingin dibincangkan juga berkaitan kes kamu berdua, saya benarkan untuk kali ini," ujarnya. "Ade ape-ape perkembangan tentang kes ni, inspektor Amar?". Pandangan tajam memandang ke arah Amar. "Ade tuan. Dua orang lagi mangsa telah diserang oleh suspek. Mereka diculik di tempat berbeza. Seorang merupakan adik perempuan Fairuz Zulkarnain, Sofia dan seorang lagi Anuar Zaid. Seorang saksi sedang dibawa ke unit pengecaman suspek oleh inspektor Hamdani. Buat masa ini kami sedang menunggu keputusannya, tuan,". Haikal hanya memandangnya. Ketika perbincangan mereka menghampiri ke penghujungnya, Hamdani memunculkan diri.
"Maaf kerana mengganggu tuan tetapi saya ade membawa hasil daripada keterangan saksi. Lakaran wajah suspek juga telah dibuat," ujar Hamdani sambil menyerahkan sekeping fail kepada tuan Hisyam. Selepas diteliti, fail tersebut diserahkan kepada Amar. Amar membuka fail tersebut dan ditunjukkan kepada Haikal. "Awak cam suspek ni?" soal tuan Hisyam pada Hamdani. "Ya tuan. Nama suspek Omar....," "...Omar Khairil," Amar mencelah. Tuan Hisyam mengalihkan pandangan ke arahnya. "Kamu kenal?". "Kenal tuan. Suspek merupakan salah seorang rakan kami,". Kini semuanya telah jelas. Dalang di sebalik perkara yang berlaku pada mereka mulai tersingkap. Suspek yang memburu mereka adalah Omar. Semuanya berpunca daripada dendam. Amar dan Haikal menyedari dendam Omar untuk mendapatkan Amar masih belum terpadam. Mereka berasa kesal dengan tindakannya. "Nyawa si Fairuz dengan Naufal tergadai hanya disebabkan dendam dia mar," ujar Haikal. "PSIKO!!!" dia melepaskan marahnya dengan menendang kerusi yang didudukinya tanpa menghiraukan tuan Hisyam. Buat seketika bilik itu menjadi sepi. Mereka semua diam membisu. "Sekarang ni kita dah tahu siapa suspek tu. Saya akan keluarkan waran tangkap secepat mungkin," ujar tuan Hisyam. "Saya akan minta pihak saya siarkan gambar dia ni,". Mereka bersurai. Amar dan Hamdani memakai segala kelengkapan untuk menangkap Omar. Masa yang ditunggu telah pun tiba. Mangsa akan jadi pemangsa, yang diburu akan keluar memburu. Tiada ape yang dapat menahan mereka lagi.
Sejurus keluar dari balai polis sebuah kereta peronda menghampiri mereka. Kelihatan mereka merupakan pegawai polis yang ditugaskan untuk menjaga Badrul. "Kenapa kamu semua ade kat sini?" soal Hamdani. Salah seorang daripada pegawai polis tersebut menyatakan seorang doktor telah memaklumkan pada mereka bahawa arahan mundur telah diberikan oleh Amar. Haikal dan Amar saling berpandangan. Mereka sedar Badrul kini dalam bahaya. Mai, Syaza dan Irwan juga ade di sana. "Ini semua perangkap. Cepat semua ikut kami ke hospital," arah Amar sambil menyerahkan sekeping kertas kepada Haikal. "Ape ni?". "Tu alamat si psiko tu. Sepatutnya kau tak boleh terlibat dalam operasi ni tapi kita semua nak dia kena tangkap, kan?". Haikal mengganggukkan kepalanya. "Aku nak kau pergi cari dia kat sana. Aku tak boleh bagi kau senjata. Kau faham-faham sendirila ape nak buat,".
Mereka berpecah. Haikal ditemani seorang polis bergerak ke rumah Omar manakala Amar dan Hamdani bersama pegawai polis yang lain bertolak ke hospital. Haikal memecut laju kereta yang dipandunya dengan hati bagai api yang membuak-buak. "Aku akan pastikan segala pengorbanan Fairuz dan Naufal dibalas dengan nyawa kau Omar,". Segala suka dan duka, nangis dan tawa yang mereka harungi selama ini berlegar-legar dalam fikirannya. "Jangan ganggu dia...dia 'abang angkat' aku...aku cemburu," kata-kata Omar yang pernah dikatakan kepadanya dahulu membuatkan Haikal semakin mahu dia mati. "Aku takkan menyesal walaupun aku ke tali gantung" jerit Haikal. Pegawai polis yang menemaninya hanya mendengar keluhannya itu.
Sejam setengah perjalanan akhirnya mereka tiba di hadapan rumah Omar yang kelihatan usang secara luarannya. Mereka turun dengan berhati-hati untuk elak dari diketahui Omar tentang kehadiran mereka. Dengan berbekal sebatang besi yang diambil dari but kereta dan selaras pistol yang dimiliki pengiringnya, Haikal memberanikan diri untuk menghampiri rumah Omar. Pintu dibuka perlahan-lahan. Segalanya kelihatan gelap di dalam. Melalui sinar mentari yang menembusi tingkap, mereka dapat melihat serba sedikit keadaan dalam rumah itu. Segalanya bersepah seakan telah lama ditinggalkan. Serpihan pasu pecah yang bertebaran, langsir lusuh dan koyak, kedudukan sofa yang tidak tersusun membuatkan Haikal ragu-ragu sekiranya Omar masih ade di situ. Haikal mengarahkan polis yang mengiringinya untuk memeriksa di tingkat atas. Haikal hanya meneruskan langkahnya hingga ke dapur. Disebalik ruang yang gelap dan usang itu, terdapat beberapa buah kamera yang dipasang sekeliling rumah. Mereka tidak menyedari segala gerak-geri mereka dirakam. Sedang Haikal memeriksa kawasan dapur, dia terdengar bunyi tembakan. Dia segera berlari ke tingkat atas untuk mencari pegawai polis yang mengiringinya tadi. Setiap bilik diperiksanya. Kelihatan polis tadi rebah ke lantai dalam sebuah bilik dengan badannya berlumuran darah.
Dia sedar dia bukan sendirian. Dia cuba mencari walaupun dia tidak tahu siapa lagi yang berada di situ. Dia hanya menjeritkan nama Omar sepanjang pencariannya. Tiba-tiba dia diserang dari belakang. Kepalanya dipukul dengan seseuatu yang berat. Haikal jatuh ke lantai. Dia sempat melihat ke arah kaki orang yang menyerangnya sebelum pengsan.
YOU ARE READING
-PSIKO- (ANTARA DENDAM DAN KEADILAN)
CasualeAkibat obsesi yang melampau Omar dipulau rakan-rakannya hinggakan dia berdendam dengan mereka. Apakah obsesi Omar sebenarnya? Apakah yang akan terjadi kepada rakan-rakannya? Hanya -PSIKO- ada jawapannya.