Mungkin ada yang berpendapat kisah ini hanyalah kisah remaja semata-mata. Namun, tatkala obsesi menguasai diri, perasaan benci dan dendam yang terpendam mampu membuatkan seseorang bertindak di luar kewarasannya. Walau sehingga BERDEKAD lamanya.
15 tahun telah berlalu. Bagi sesetengah orang yang seusia Amar dan rakan-rakannya, mungkin ada yang telah bekerja, ada yang telah mendirikan rumah tangga dan ada yang masih meneruskan pembelajarannya. Begitu juga mereka. Amar kini menjadi seorang inspektor polis di Kuala Lumpur dan telah berkahwin dengan Syaza, gadis yang dikenalinya ketika di kem perkhemahan dahulu. Fairuz pula menjadi seorang usahawan makanan sejuk beku yang berjaya. Anuar dan Badrul meneruskan hidup sebagai pelajar di Universiti Islam Antarabangsa. Tidak ketinggalan Haikal yang kini menjadi wartawan terkemuka di sebuah syarikat penyiaran swasta telah menjadi suami kepada Maisara dan dikurniakan seorang anak. Kehidupan mereka semua sungguh sempurna sehingga terjadinya suatu tragedi yang menyatukan mereka semula. Kini bermulalah bahagian kedua kisah Amar dan rakan-rakannya. Bahagian yang akan menentukan hidup dan mati mereka semua.
"Bang, kita nak makan kat mana ni?" soal Maisara pada Haikal. Setiap dua minggu Haikal akan membawa keluarganya makan angin pada hujung minggu. Biasalah kerja kewartawanan kadangkala perlukan rehat dari tekanan kerja yang tinggi.
"Haa...dah sampai. Awak dengan Irwan pergi tunggu kat kedai tu dulu saya nak letak kereta ni kejap," ujar Haikal pada Maisara. Maisara segera menuruni kereta sambil mendukung anaknya dan meluru ke arah kedai yang ditunjukkan Haikal. Seusai meletakkan keretanya, Haikal terus menuju ke kedai tersebut namun dia terserempak dengan seseorang yang telah lama tidak bersua muka.
"Eh, Badrul lamanya kita tak jumpa," Haikal menegur Badrul dan memberikannya satu pelukan. "Aku ade je. Kau tu sejak masuk tv dah tak pandang kawan-kawan lagi," seloroh Badrul padanya. Mereka ketawa terbahak-bahak sehingga Haikal hampir terlupa akan isteri dan anaknya. "Allah...terlupa aku. Aku sebenarnya datang sini dengan keluarga aku. Jomlah makan sekali dengan aku," pelawa Haikal. "Tengok, kahwin pun tak ajak aku. Siapa perempuan tu?" soal Badrul. "Alaaa kau ikut je aku. Mesti kau terkejut bila tengok dia nanti,". Mereka segera pergi ke arah meja yang diduduki Maisara. Maisara memandang ke arah mereka. "Hai Bad. Sorang je ke?" tegurnya dengan penuh kemesraan. "Aah. Tak sangka aku rupanya kau yang jadi bini dia. Dah ade anak pulak tu," balas Badrul. "Takdir tuhan Badrul. Dah lima tahun. Hujung bulan ni genap tiga tahun umur si Irwan," jelas Haikal. "Oh ya, mana Anuar? Dia belajar satu universiti dengan kau kan?" tambahnya lagi. "Dia kat dalam hostel. Malas keluar katanya,". Seketika kemudian telefon Badrul berdering mengejutkan mereka semua.
"Panjang umur dia," ujar Badrul. Dia mengeluarkan telefon dari poketnya lalu membuka pembesar suara. "Haa... Anuar, nak apa? Ni aku ade kat kedai makan dengan Haikal. Maisara pun ade sekali ni," soal Badrul. Jelas kedengaran nafas Anuar seakan tercungap-cungap seperti ade sesuatu yang telah berlaku kepadanya. "Bad....aku....kau....,". "Jap kau tarik nafas dulu. Lepas tu baru cakap. Kau cam baru berlari maraton je," seloroh Haikal. Anuar mula membetulkan suaranya. Dengan hati yang berat dia berkata "Naufal dah meninggal,". Mereka tersentak dengan apa yang diperkatakannya. "Kau biar betul Anuar. Baru seminggu kita jumpa dia takkan dah meninggal," balas Badrul kehairanan. "Kalau kau tak percaya cuba kau tengok berita sekarang," arah Anuar sebelum mematikan telefonnya. Mereka segera menyuruh tuan kedai membuka saluran berita.
"Seorang lelaki telah ditemui mati di hadapan rumahnya. Mangsa Mohd Naufal b. Saifullah dikatakan dalam perjalanan ke hospital untuk melawat ibunya sebelum lehernya dikelar oleh seorang lelaki yang tidak dikenali. Pihak polis kini sedang menjalankan siasatan dan mayat telah dihantar ke hospital untuk dibedah siasat,".
Mereka terkedu mendengar laporan berita yang sedang dipaparkan ketika itu. Apa yang dikatakan Anuar adalah benar belaka. Rakan mereka kini telah meninggal dunia. "Tak sangka aku dia akan pergi secepat ini," ujar Haikal. "Dia budak baiklah. Siapa je yang sanggup buat cam tu kat dia?" balas Badrul. "Berita kata mayat dia dah dihantar kat hospital kan. Jom pergi tengok dia sambil tu boleh lawat mak dia sekali," ajak Haikal. Mereka mengangguk tanda setuju. "Awak, saya hantar awak dengan Irwan balik dulu. Tak sesuai untuk dia. Kau Bad, pergi ambil Anuar lepas tu kita jumpa kat hospital," tambahnya lagi. Mereka segera meninggalkan kedai itu dengan hati yang luluh.
YOU ARE READING
-PSIKO- (ANTARA DENDAM DAN KEADILAN)
RandomAkibat obsesi yang melampau Omar dipulau rakan-rakannya hinggakan dia berdendam dengan mereka. Apakah obsesi Omar sebenarnya? Apakah yang akan terjadi kepada rakan-rakannya? Hanya -PSIKO- ada jawapannya.