Matanya mulai dibuka. Pening di kepalanya menambahkan keperitannya. Dia cuba melihat sekeliling namun hanya kegelapan menemaninya. Dia cuba menggerakkan dirinya. Dia merasai dirinya seperti diikat bukan dengan tali tetapi dengan rantai besi. Dari jauh dia mendengar bunyi tapak kasut yang semakin menghampirinya. Tiba-tiba suasana gelap mulai menjadi terang. Dia melihat Anuar dan Badrul yang turut terikat sama disisinya. Dia cuba memanggil mereka namun suaranya tidak kedengaran. Tekaknya terasa kering. Dia terdengar seseorang memanggil namanya.
"Haikal Lukman b. Shamsudin...dah sedar pun kau akhirnya. Puas aku menunggu kau Haikal,". Suara tersebut seakan dikenalinya. Perlahan-lahan susuk tubuh yang menegurnya memunculkan diri di hadapannya sambil menyimbah air ke mukanya. "Kau rupanya. Aku ingatkan kau dah mati," ujar Haikal. Suara yang menegurnya adalah Omar. Orang yang selama ini menghilangkan diri telah muncul kembali. Muncul bersama dendam yang terbuku di hati.
"Nampak gayanya tuhan masih panjangkan umur aku. Aku tak tahu kenapa. Mungkin untuk balas balik ape yang kau dengan yang lain dah buat kat aku,".
"Sungguh kejam permainan kau Omar. Kalau betul kau nak balas, kenapa mesti kau bunuh Naufal dengan Fairuz?"
"Hahaha...aku cuma nak mereka rasa ape yang aku rasa. Bukan mereka berdua je. Kau, dia, dia termasuk 'abang angkat' aku semuanya aku nak bagi rasa betapa sakitnya perasaan yang selama ini aku pendam,"
"Perasaan yang kau pendam tak sama dengan ape yang kami tanggung. Lagipun ape yang kau buat ni salah. Bukan je salah dari segi undang-undang tapi dari sudut agama jugak,".
"Jangan kau cuba nak ajar aku mana yang baik dan yang buruk. Aku rase sedikit pengorbanan tak salah pun. Aku 'korbankan' Naufal supaya mak dia sentiasa ingatkan dia. Aku 'korbankan' Fairuz supaya keluarga dia kembali mencari dia kat sini. Tak salah kan?"
Haikal cuba mencari mereka yang lain. Dia mulai keresahan.
"Korban konon. Kalau betul kau cuba bantu kami semua 'berkorban' kenapa hanya ade aku, Anuar dengan Badrul saje kat sini. Mane yang lain?"
"Perlahan-lahan Haikal. Kau pun bukannya boleh pergi mana-mana pun. Kita tunggu Anuar dengan Badrul sedar dulu. Tak seronok kalau perjumpaan semula hanya kita berdua je yang bercakap,"
Omar mendekati Anuar dan Badrul. Seperti Haikal dia juga menyimbah air ke arah mereka berdua. Mereka tersedar. Badrul mengerang kesakitan akibat lukanya yang masih belum sembuh. Omar hanya mentertawakan mereka. "Lambatnya kau berdua sedar. Aku dengan Haikal dah bosan menunggu," ujarnya. Mereka hanya memandangnya dengan pandangan sinis.
"Oh ya lupa pulak aku. Tadi kau tanye mane yang lain kan, Haikal? Cube kau pandang sana," pintanya pada Haikal sambil menunjukkan padanya ke suatu sudut. Kelihatan tubuh seorang wanita terbaring dia atas sebuah tilam. "Siapa tu?" soal Anuar. "Siapa lagi kalau bukan Sofia...". Mereka memandangnya serius. "Ape yang kau dah buat kat dia?" soal Haikal dengan nada yang tinggi. Omar merapatkan mukanya dengan Haikal. Mata bertentang mata. Omar hanya jawab "disebabkan dialah kau tiga orang masih hidup. Aku hanya buat ape yang lelaki akan buat pada perempuan. Terima kasih kerana bagi adik lauk yang sedap abang-abang semua,". Anuar menendangnya sehingga dia tersungkur ke lantai. "Kau memang binatang Omar. BINATANG!!!," jerit Anuar. "Kalau Fairuz dah kau 'korbankan' untuk dia, kenapa kau masih sentuh dia, bodoh," ujar Haikal. Dia tak mampu menahan sebak. Omar bingkas bangun lalu menyambar sebilah pisau dari pergelangan kakinya. Pisau tersebut ditusuk ke kaki kanan Anuar yang menyepaknya. Anuar menjerit kesakitan. Kakinya berlumuran darah.
"Aku bagi kau peluang hidup tapi ini balasan kau kat aku. Lansung tak reti nak bersyukur,".
"Aku lebih rela mati dari jadi hamba kau, setan,"
"Takpe aku akan benarkan kau terus hidup sebab kau sebatang kara. Tiada siapa akan meratapi 'pengorbanan' kau melainkan mereka yang ade kat sini. Kalau kau tiga orang nak tahu, aku 'usik' budak tu sebab yang lagi dua orang tu dah lame kena 'tebuk'. Bak kata orang dah tak fresh...hahaha,".
"Hei psiko, mane kau simpan anak bini aku? Mane kau simpan Syaza?"
"Ooo...kau jangan risau mereka ade kat sini. Kejap aku pergi ambik,".
Omar berlalu pergi meninggalkan mereka. Mereka hanya mampu menitiskan air mata. Air mata yang penuh rasa benci dan kesal. Badrul hanya mengerang dalam keadaan separuh sedar dek kerana lukanya yang semakin teruk. "Ape nak jadi kat kita ni kal. Budak tu muda lagi lah. Kenapa dia sanggup buat semua ni?" keluh Anuar. "Aku pun tak tahu Anuar. Memang si psiko tu dah takde hati perut. Senang-senang je dia hancurkan kesucian Sofia, dia bunuh Naufal dengan Fairuz, dia seksa kita semua. Aku cuma berharap yang segala mimpi buruk ni akan berakhir," balas Haikal. "Hanya doa yang mampu kita buat sekarang ni kal. Harap-harap Amar dapat jumpa tempat ni,"ujar Anuar.
Seketika kemudian Omar kembali bersama Mai, Irwan dan Syaza. Mulut dan tangan mereka diikat ketat dengan kain dan tali. Mereka ditolak ke arah Haikal, Anuar dan Badrul. Luka kecil memenuhi tubuh badan mereka termasuk Irwan."Aku bagi kau peluang jumpa dengan keluarga kau semula Haikal. Hargai setiap saat yang ade takut-takut kau takkan bersatu dengan mereka lagi," ujar Omar. Mai dan Irwan berlari mendapatkan Haikal. Mereka menangis teresak-esak."Dapat berjumpa dengan sayang dan Irwan sudah cukup untuk membuatkan abang tenang,". Tatkala itu, Anuar hanya mampu melihat Badrul melawan rasa sakitnya.
"Omar kau tak kesian ke kat Badrul. Dia dah teruk sangat ni. Tolonglah dia,".
"Tulah sepatutnya dia dah mati masa aku tembak aritu. Sekarang dah menyusahkan semua orang. Takpelah biar aku tolong lepaskan dia dari seksaan yang dia tengah tanggung ni,".
Omar mengeluarkan sepucuk pistol dari poket seluarnya dan menghalakannya pada dahi Badrul.
"Woi setan ape yang kau nak buat ni. Aku mintak kau lepaskan dia bukan bunuh dia,".
"Kan aku dah kata setiap daripada yang ade kat sini akan 'berkorban' atas nama persahabatan yang pernah kau putuskan dengan aku. Jadi dah sampai masa untuk Badrul buktikannya. Tapi cara ni terlalu senang. Biar aku gantikan pistol ni dengan bende lain,".
Omar menarik keluar pisau yang ade di kaki Anuar. Meskipun sakit Omar tidak menghiraukannya. Haikal cuba menghalangnya.
"Omar kau tak perlu buat srmua ni lagi. Aku sanggup menjadi kawan kau. Biarlah ape yang dah jadi sebelum ni kita anggap suratan yang telah ditentukan,".
"Dah terlambat untuk kau cakap cam tu Haikal. Kalau sebelum semua ni terjadi mungkin aku masih boleh pertimbangkan tawaran kau tu. Anggaplah ape yang akan berlaku ni sebahagian daripada suratan jugak,".
Omar menghunuskan pisau ke perut Badrul membelahnya seperti seekor ikan sehingga terburai segala isi perutnya. . Badrul menjerit kesakitan. Dia berasa puas atas apa yang telah dilakukannya. Mereka hanya mampu menjerit dan memalingkan pandangan daripadanya. Dia memandang ke arah mereka dan berkata,
"Akulah malaikat maut kalian semua,".
YOU ARE READING
-PSIKO- (ANTARA DENDAM DAN KEADILAN)
RandomAkibat obsesi yang melampau Omar dipulau rakan-rakannya hinggakan dia berdendam dengan mereka. Apakah obsesi Omar sebenarnya? Apakah yang akan terjadi kepada rakan-rakannya? Hanya -PSIKO- ada jawapannya.