Bab 20

596 31 14
                                    

Mereka segera meninggalkan Amar dan Omar lalu menuju ke tempat Hamdani dan beberapa orang pegawainya berkumpul. Biarpun kaki mulai lemah namun mereka tetap meneruskan langkah untuk melindungi Syaza dan Sofia seperti yang telah mereka janjikan pada  Amar. Samar bayang yang kejauhan semakin jelas di pandangan. Hamdani yang menuggu ketibaan mereka pantas menghulurkan bantuan setelah kelibat mereka kelihatan.

"Cepat bantu mereka," kerah Hamdani kepada pegawainya.

Mereka memapah Syaza dan Sofia ke dalam kereta. Hamdani memohon bantuan pasukan medik menerusi walkie-talkie miliknya sebelum mendekati Haikal dan Anuar.

"Kau berdua ok tak?" soalnya kepada mereka keresahan.

"Alhamdulilah aku ok cuma luka sikit je kat kaki. Omar tusuk aku dengan pisau," balas Anuar.

Haikal hanya menyepikan diri. Dia masih terkenangkan saat Maisara dan Irwan dikelar tepat di depan matanya. Darah yang terpancut di mukanya mulai bercampur dengan titisan air matanya. Hamdani dan Anuar hanya memandangnya tanpa sebarang kata. Kehilangan orang tersayang amat perit untuk dilalui sesiapa termasuklah Haikal terutama yang pergi dengan sebegitu rupa. Dia menjerit, melepaskan perasaan marahnya dan cuba berpatah balik untuk mendapatkan Omar. Hamdani dan Anuar segera menahannya.

"Lepaskan aku!! Biar aku bunuh setan tu sekarang jugak. Lepaskan aku sekarang!!,".

"Jangan kal. Dia ada pistol tapi kau takde ape-ape. Kau takkan dapat nak lawan dia. Lagipun Amar masih ada kat sana kan. Biarlah dia yang uruskan si psiko tu,"

"Bukan keluarga kau yang mati tadi Anuar. Itu keluarga aku!! Mai dengan Irwan tu keluarga aku. Lepaskan aku sekarang!!," 

"Sabar kal. Memang ape yang berlaku kat keluarga kau memang perit tapi....macam nilah biar aku pergi tolong Amar. Kau duduk sini dengan Anuar. Syaza dan Sofia masih perlukan perlindungan kau. Aku akan pastikan si keparat tu takkan keluar dari tempat ni hidup-hidup,".

Hamdani meninggalkan mereka dengan semua pegawainya yang ada lalu bergegas ke tempat Amar dan Omar sedang berada.

                    ********

Kedua-duanya tidak mahu mengalah. Pistol masih diacu ke arah lawan. Masa seakan berhenti untuk mereka berdua. Tempat itu akan menjadi saksi sekali lagi pertumpahan darah yang memeritkan.

"Masih tak mahu mengalah ke Omar?"

"Manakan boleh aku mengalah sedangkan pistol masih diacu kearah aku,"

"Kau tahu tak ape bezanya kau dan aku? Meskipun kita berdua sama-sama ade senjata di tangan tapi dengan adenya lencana ni biarpun kecik masih lagi membuka jurang yang besar antara kita,"

"Ape maksud kau Amar? 'Benda' ni kalau dah 'berbunyi', tak kira siapa, mati tetap mati,"

"Betul la tu. Mati tetap mati tapi cara mati tu berbeza. Aku kalau mati aku mati dengan bermaruah. Kau kalau mati kau mati sebagai penjenayah. Ingat, di tengah-tengah antara kita berdua adalah keadilan. Salah pilih, merana badan,"

"Cukuplah dengan penghinaan kau ni. Sekarang nama kau dah masuk dalam senarai aku. Bersedialah untuk tidur buat selamanya,"

Aksi berbalas tembakan pun bermula. Picu ditarik tanpa henti. Dentuman bunyi memenuhi ruang. Sambil berselindung di sebalik apa yang ada, mereka berperang bagaikan tiada hari esok untuk mereka. Buat seketika, keadaan mulai  lengang. Mereka memeriksa kecederaan di badan dan bekalan peluru yang masih berbaki di tangan.

"Kenapa berhenti? Peluru habis ke?"

"Aku takut perluru kau yang dah habis. Pistol yang aku pakai ni kau punya kan. Aku tak nak lah 'benda' ni makan tuan dia sendiri,"

-PSIKO- (ANTARA DENDAM DAN KEADILAN)Where stories live. Discover now