Bab 8

381 18 0
                                    

Sinar mentari mulai menunjukkan diri menandakan permulaan hari baru. Hari yang penuh dengan kesyahduan. Hari yang menjadi saksi kembalinya seorang manusia kepada sang pencipta. Hilangnya seorang anak dari pangkuan ibunya. Hilangnya seorang teman penghibur lara. Hilangnya seorang lelaki pelindung keluarga. Hilangnya seorang khalifah pembela agama.

Masjid Al-raudah menjadi tempat berkumpulnya Amar dan rakan-rakannya yang lain. Seorang demi seorang tiba dan berkerumun di perkarangan masjid. Tiada kelibat Fairuz di situ. "Mana Fairuz ni?. Dah berapa kali aku call dia tapi langsung tak berangkat. Haikal pun takde ni," soal Amar pada yang lain. "Haikal dengan Maisara teman pakcik Hamdan pergi ambil jenazah Naufal kat hospital. Si Fairuz bukan kau je kami pun tak dapat cari dia. Entah ke mana dia menghilang," balas Anuar. "Biarkanlah dia. Apa yang penting sekarang adalah pasal Naufal. Uruskan dia dulu. Kita yang ade kat sini pun dah cukup. Selesai ni baru kita cari Fairuz," sampuk Badrul. Amar hanya mengeluh panjang. Mereka membantu jemaah masjid membentang sejadah sementara menunggu jenazah Naufal sampai.

Selesai solat Zohor sebuah van jenazah mula memasuki kawasan masjid. Mereka yang sedang menunggu segera mendekati van untuk menyambut Naufal. Jenazahnya diletakkan di tempat imam dan solat jenazah segera dilaksanakan. Seusai itu, mereka meneruskan dengan bacaan yassin dan tahlil yang diketuai imam Borhan. Tangisan dan air mata memenuhi ruang. Ibu Naufal memberikan kucupan terakhir kepadanya sebelum jenazah di bawa ke tanah perkuburan. Dari dalam van sehingga selesai talkin dibacakan, tiada kata yang mampu mereka ungkapkan melainkan doa yang mengiringi perjalanan mereka.

"Haikal ajak kawan-kawan kamu singgah ke rumah," ujar Hamdan. "Baiklah pakcik," balas Haikal. Hanya Haikal, Maisara, Anuar dan Badrul sahaja yang menyambut ajakan Hamdan kerana rakan-rakan mereka yang lain terpaksa pulang atas tuntutan kerja dan keluarga masing-masing. "Jemputlah masuk kejap makcik buatkan air," pelawa Hamdan. "Mana kawan kamu yang polis tu?" Hamdan membuka bicara. "Ooo...Amar. Dia kena balik balai pakcik. Nak hantar laporan katanya," balas Haikal.  Seketika kemudian mak Naufal, puan Siti Kalsom membawa sedulang air teh 'O' panas bersama sepinggan pisang goreng. "Minumlah. Jangan malu-malu," pelawa puan Siti. Maisara menghidangkan air kepada Haikal dan yang lain. Mereka menghirup air teh yang dihidang dengan penuh nikmat. "Alhamdulillah, terima kasih makcik," ujar Anuar. "Sama-sama. Haih teringat makcik masa  kamu zaman sekolah dulu. Selalu datang lepak kat sini. Maklumlah Naufal anak tunggal. Jadi selain makcik kamu semualah peneman hidup dia," balas puan Siti. "Tapi...sekarang ni dia dah takde. Tinggallah makcik seorang kat sini," sambungnya lagi. Air matanya mulai berlinangan. "Jangan risau makcik kami akan selalu datang sini temankan makcik. Kami dah anggap makcik macam ibu kami. Lagipun arwah ade pesan suruh jaga makcik," kata Badrul. "Haaa nanti makcik boleh main dengan anak saya ni, kan Irwan," sampuk Haikal. Irwan hanya tersenyum riang sambil menikmati pisang gorengnya. "Betul cakap mereka tu Siti. Kalau mereka takde, aku kan ade. Si Naufal tu pun ade cakap kat aku suruh tengok-tengokkan kau," ujar Hamdan. Mereka bersembang sehingga matahari hampir menghilangkan dirinya. "Baiklah pakcik, makcik. Kami beransur dulu. Ade masa kami datang lagi," ujar Haikal sambil mendukung anaknya yang telah tidur kerana keletihan. Mereka bersalaman dengan Hamdan dan puan Siti. Tatkala ingin memasuki kereta Amar menelefon Anuar dan mengajak mereka untuk lepak malam itu. Mereka bertiga bersetuju dan menetapkan untuk berjumpa pada jam 9 malam di warung berdekatan kawasan sekolah mereka.

"Amar, sini," jerit Haikal sambil melambaikan tangan ke arah Amar yang baru tiba bersama isterinya, Syaza. Amar melihat ke arah Haikal. Dia sedar bahawa dia sedikit lewat kerana Maisara, Badrul dan Anuar sudah pun ade bersama Haikal. "Maaf lambat geng jalan sesak," ujar Amar. "No problem bro," balas Haikal. "Wah malam ni dia bawa bunga dia sekali laa," usik Badrul. Amar melihat ke arahnya. "Kau ni Bad. Kawan tu baru sampai. Sekurang-kurangnya bagilah dia duduk dulu," sampuk Anuar. Mereka hanya mentertawakannya. Perasaan gembira yang dahulu hilang kini bertaut semula setelah 15 tahun terpisah seakan kembali ke zaman remaja mereka. Zaman yang penuh dengan keterujaan. Namun di sebalik itu,  mereka tetap rasa kekosongan dalam hati mereka. Geng yang dahulunya mereka gelarkan "tujuh bersaudara" kini hanya tinggal lima. "Aku masih hairanlah. Mana hilangnya Fairuz? Lansung senyap cam yang lagi 'sorang' tu,"  ujar Haikal. "Lagi 'sorang'? Maksud awak Omar?" soal Maisara padanya. "Jangan kau sebut nama tu. Dendam aku pada dia masih belum terpadam lagi. Aku takkan maafkan apa yang dia dah buat pada aku. PSIKO. Baguslah dia takde kat sini sekarang," Amar mencelah. "Omar kawan awak yang saya jumpa masa kat kem kan?" soal Syaza. Amar menganggukkan kepalanya. "Bekas kawan," sambung Anuar. "Sudahlah. Kita tengah makan kan. Lupakan pasal dia. Esok aku nak pergi rumah Fairuz. Aku ade alamat rumah dia," ujar Badrul. Amar dan Haikal tidak dapat mengikutinya kerana mereka kerja syif pagi. "Nampak gayanya aku dengan kau jelah yang pergi," balas Anuar. Mereka terus menikmati makanan mereka tanpa menyedari ade seseorang yang sedang memerhati dari jauh.

-PSIKO- (ANTARA DENDAM DAN KEADILAN)Where stories live. Discover now