Malam yang penuh dengan penantian kini telah berakhir. Mungkin tidak terlalu lama namun setiap saat seakan berlalu dengan perlahan. Haikal yang tidak jemu menemaninya telah segar semula. Harapan baru mulai menyala. Badrul telah pun sedar semula. Syukur kepada tuhan yang Maha Berkuasa kerana masih menyatukan mereka semua.
Badrul perlahan-lahan membuka matanya. Padangan yang kabur kini telah terang semula. Dia cuba melihat sekeliling dan terpandang Haikal yang sedang duduk di hujung kaki katilnya. "Alhamdulilah kau dah sedar Bad," ujar Haikal. "Mana yang lain?" soal Badrul sambil cuba menggerakkan badannya yang masih lemah. "Amar dalam perjalanan ke sini. Dia baru lepas selesai urusankan jenazah si Fairuz. Anuar ada kat balai dengan Hamdani, kawan Amar. Kau berehat jelah dulu. Jangan banyak bergerak," jelas Haikal. Dia membetulkan kedudukan Badrul untuk memudahkannya merehatkan diri. Jam menunjukkan pukul 5 pagi. Semalaman Haikal berjaga untuk menjaga Badrul. Meskipun letih, namun demi ikatan persahabatan yang telah lama terjalin dia sanggup korbankan masa tidurnya. Seketika kemudian pintu biliknya diketuk. Haikal bangun untuk membukanya. Kelihatan Amar sedang terpacak di hadapan bilik tersebut dengan senyuman yang terukir di bibirnya.
"Masuklah dia pun tengah tunggu kau tu," sapa Haikal padanya.
"Asalamualaikum Bad. Kau cam mana sekarang?" tegur Amar sambil berjalan mendekati Badrul
"Waalaikumsalam mar. Alhamdulilah adelah kurang sikit rasa sakit. Lagi-lagi bila kau dengan Haikal ade kat sini. Aku rasa dah bole berdiri balik," seloroh Badrul dengan nada yang lemah.
Mereka hanya mentertawakannya. Senda tawa mereka menghilangkan rasa penat Haikal dan Amar.
"Kau ni pagi-pagi buta pun masih nak buat lawak," Haikal mencelah. Mereka sambung ketawa. Mereka tersedar Anuar tiada di situ. "Mana Anuar ni tak sampai-sampai. Tidur kat balai ke ape," Amar menyentak ketawa mereka. "Kau ni pun agak-agak lah mar. Takkan dia tidur kat sana. Dia buat laporan polis bukan kena tangkap dengan polis. Paling tidak pun sekarang dia tengah sedap tidur atas katil," balas Haikal. "Hahahaha...betul jugak kan. Badrul pun alhamdulilah dah sedar. Kita biarkan dia rehat dulu. Aku dengan kau balik, tidur. Nanti kita datang sini lagi. Polis kat luar tu boleh tengok-tengokkan dia. Kalau kau nak ape-ape Bad, mintak tolong je kat polis tu," pinta Amar pada rakan-rakannya. Selaku pegawai polis Amar sentiasa memikirkan segala yang terbaik bukan sahaja untuk dirinya tetapi orang di sekelilingnya juga termasuklah rakan-rakannya. Mereka meninggalkan Badrul dengan perasaan yang lega dan menuju pulang dengan hati yang gembira.Sepanjang perjalanan pulang, Haikal dan Amar memecahkan kesunyian dan keheningan pagi itu dengan perbualan kosong untuk mengelakkan diri mereka dari tertidur.
"Kita nak balik rumah mana ni? Rumah aku ke kau?"
"Rumah aku jelah. Lagipun rumah aku kan lagi dekat dengan hospital. Tak payah kau bawak kereta ni jauh-jauh. Nanti sampai ke siang kita tak tidur,".
"Betul jugak tu. Syaza pun ade kat rumah kau. Aku pun dah mengantuk sangat ni. Kita terus ke rumah kau jelah,".
Mereka tiba di hadapan rumah Haikal. Mereka segera turun dari kereta. Haikal terus membuka pintu rumahnya. Dia sentiasa membawa kunci pendua rumahnya ke mana sahaja dia pergi. Dia tidak mahu mengejutkan isterinya dari tidur setiap kali dia pulang lewat dari kerja atau hal-hal lain. Setelah menutup pintu, mereka menuju ke ruang tamu lalu terus merebahkan badan ke sofa dan terus terlelap kerana kepenatan. Tatkala itu jam sudah pun pukul 6.30 pagi.
Syaza terjaga dari tidurnya. Tekaknya terasa kering. Dia meninggalkan Mai di dalam bilik lalu turun ke tingkat bawah menuju ke dapur untuk minum segelas air. Ketika dia sedang menaiki tangga dia memandang ke arah ruang tamu. Dia melihat seakan-akan ade dua kelibat orang yang sedang terbaring di atas sofa. Dia memberanikan diri mendekati sofa tersebut. Dia menarik lafaz lega tatkala melihat sesuatu yang bukan seperti dibayanginya. Kelibat yang dilihatnya adalah Haikal dan suaminya. Dia segera naik ke tingkat atas lalu mencapai selimut dari dalam almari Mai. Secara tidak sengaja gerak-gerinya mengejutkan Maisara. "Kau nak bawak ke mana selimut tu Syaz?" soal Mai kebingungan. "Haikal dengan Amar dah balik. Mereka tidur kat ruang tamu. Aku ingatkan nak amik selimut ni nak selimutkan mereka," balas Syaza. "Ooo...takpelah kau bagi aku satu biar aku selimutkan Haikal kau selimutkan Amar," pintanya. Syaza yang rasa bersalah kerana telah mengejutkan Mai menyerahkan sehelai selimut kepadanya. Mereka turun ke ruang tamu bersama-sama. Dengan perlahan mereka menyelimuti Haikal dan Amar. Jelas kelihatan wajah kepenatan di muka mereka. "Dah Syaz, biarkan mereka tidur. Penat sangat tu. Jom kita naik atas sambung tidur. Sekejap lagi hari nak siang," ujar Mai pada Syaza yang sedang leka mengamati wajah Amar. Mereka kembali tidur di dalam bilik sehingga mentari memunculkan dirinya.
"Arrrgh....Syaz bangun dah pukul 7 pagi. Jom siapkan sarapan," ujar Maisara sambil menguap, bergelut untuk cuba membuka matanya. "Baiklah Mai," balas Syaz yang sedang mengikat rambutnya. Mereka mengemas katil dan turun ke dapur bersama-sama. Mereka segera menyiapkan sarapan sebelum Amar dan Haikal bangun dari tidur. Sedang mereka leka memasak, Irwan mendekati mereka. "Selamat pagi mama, selamat pagi makcik Syaza," sapanya. "Selamat pagi sayang. Irwan boleh tolong mama tak? Tolong kejutkan papa dengan pakcik Amar kat depan? Sarapan dah nak siap ni," pinta Mai pada Irwan. Dia hanya menurutinya lalu meluru ke ruang tamu. Kelihatan Haikal dan Amar masih lena dibuai mimpi.
"Papa bangun....pakcik Amar bangun. Dah pagi. Sarapan dah siap,". Haikal membuka matanya perlahan-lahan. Kepalanya terasa pening akibat tidur yang tak cukup. Dia memandang ke arah Irwan dan berpaling ke arah Amar. "Irwan...irwan pergi dapur dulu kejap lagi papa dengan pakcik Amar datang," ujar Haikal. Dia mengejut Amar. Mereka bingkas bangun dari sofa. Dengan badan yang kesakitan dan perut yang lapar, mereka meringankan kaki menuju ke dapur. Di dapur, Mai, Syaza dan Irwan sedang menunggu mereka di meja makan.
"Jemput makan bang, Amar," pelawa Mai. Seperti biasa juadah sarapan pagi di rumah Haikal, nasi goreng dan jus. Mereka menikmati santapan yang terhidang dengan penuh nikmat. "Abang dengan Amar ke mana semalam? Risau kami dibuatnya. Seharian kami cuba telefon tapi tak dapat," ujar Mai. Haikal dan Amar saling berpandangan. Mereka risau untuk memberitahu hal yang terjadi. Haikal menepuk bahu Amar. Amar sedar Haikal menyuruhnya untuk menceritakan segalanya. Syaza dan Mai menunggu dengan penuh penantian. "Begini....sebenarnya semalam kami melawat Badrul dengan Anuar kat hospital. Mereka.....kemalangan. Alhamdulilah mereka selamat cuma Badrul je teruk sikit. Haikal jaga dia sampai ke awal pagi tadi," jelas Amar. "Haikal sorang je? Abang pegi mana?" Syaza mencelah. Mereka berdua saling berpandangan sekali lagi. "Abang tolong adik Fairuz, Sofia uruskan jenazah dia," sambung Amar sambil menundukkan pandangannya. "Fairuz dah meninggal?". Mai dan Syaza terkejut dengan kata-katanya. "Ye. Sekarang ni memandangkan Fairuz dah meninggal, abang dah bincang dengan keluarga Fairuz. Abang bercadang untuk jaga dia. Ambik dia tinggal dengan kita," Haikal hanya mengiyakannya. Mereka sambung menikmati sarapan. Amar mengeluarkan telefonnya dari poket jaketnya untuk periksa keadaan Sofia. Dia melihat beberapa panggilan dari Hamdani yang tidak sempat diangkatnya. Dia mulai berasa resah. Dia segera menelefon Hamdani. "Asalamualaikum dani...sorry sebab tak angkat call. Ade ape ni?". Mereka yang lain hanya memandangnya. Tiba-tiba "APA???" jerit Amar sambil menghentak meja.
YOU ARE READING
-PSIKO- (ANTARA DENDAM DAN KEADILAN)
RandomAkibat obsesi yang melampau Omar dipulau rakan-rakannya hinggakan dia berdendam dengan mereka. Apakah obsesi Omar sebenarnya? Apakah yang akan terjadi kepada rakan-rakannya? Hanya -PSIKO- ada jawapannya.