Seminggu telah berlalu. Tiada perubahan antara perhubungan Omar dan Haikal. Sejak pertelingkahan mereka di dalam kereta tempoh hari, mereka terus menjauhkan diri antara satu sama lain. Mereka cuba mengelak dari bersemuka tika belajar dalam kumpulan. Mereka yang tidak tahu apa-apa hanya membantu sekadar yang mereka mampu untuk meleraikan permasalahan mereka berdua. Suatu hari, Amar terfikirkan suatu rancangan untuk menyingkap permasalahan yang sedang berlaku antara Omar dan Haikal.
"Haikal, jom pergi berkelah," ajak Amar menerusi aplikasi whatsapp untuk mengelakkan daripada diketahui Omar.
"Mana?,"
"Pantai Port Dickson"
"Sapa je yang pergi? Kalau Omar ada aku tak ikut,"
"Taklah. Kita-kita je. Aku, kau, Badrul, Naufal dengan Fairuz,"
"Aku on tapi bila?""Hujung minggu ni"
"Ok"
Rancangan Amar berhasil. Pada hari yang dijanjikan mereka pun tiba di pantai Port Dickson. Mereka menikmati saat2 gembira mereka disana. Lupa sudah segala masalah yang ada di sekolah.
Matahari mulai terbenam. Mereka segera membuat unggun api yang menemani mereka sepanjang malam. Makan malam mulai terhidang. Di depan mata tersajinya nasi putih berlaukkan
ayam masak merah, 'hot dog' bakar serta air kelapa sejuk mampu menambat selera sesiapa sahaja yang mendengarnya. Selesai makan, mereka menikmati pemandangan langit yang dipenuhi kerlipan bintang dan kelembutan tiupan angin bayu. Tiada kata yang mampu digambarkan tentang keindahan malam tersebut. Perlahan-lahan Amar mula bertanya kepada Haikal. "Haikal, apa sebenarnya yang berlaku antara kau dengan Omar?". "Aku malas laa nak citer. Kenapa kau tak tanya je 'adik angkat' kau tu?". Amar kebingungan. "Sejak bila pulak dia jadi adik angkat aku?". "Aku pun tak tahu tapi aritu punya bangga dia cakap dengan aku yang kau ni 'abang angkat' dia. Siap pesan kat aku supaya jauhkan diri daripada kau. Cemburu katanya,". Mereka yang mendengar penjelasan Haikal ketawa berdekah-dekah. "Kau kena hati-hati mar. Aku tengok dia tu macam psiko je," sampuk Naufal. "Tu laa masa kat dalam makmal aritu aku citer kau tak percaya," tambah Fairuz. "Balik nanti kau cuba tanya dia. Kalau betul apa yang dikatakan ni, habislah kau mar," pesan Badrul. Amar hanya mengangguk faham. Mereka terus menikmati panorama malam di pantai Port Dickson sambil ditemani nyanyian dan petikan gitar. Namun, di lubuk hati Amar dia berasa risau dengan apa yang dikatakan oleh rakan-rakannya tentang Omar.Fajar isnin mulai menjelma. Amar semakin resah untuk ke sekolah. Hampir sembilan kali dia mengelilingi ruang tamu rumahnya memikirkan tentang Omar. "Lambat atau cepat aku kena hadap jugak benda ni nanti. Tabahkan hati Amar. Kau boleh lakukannya," dia cuba menenangkan dirinya. Setibanya di sekolah dia mempercepatkan langkahnya untuk memasuki kelas supaya tidak bersemuka dengan Omar sendirian. Dari pagi hingga ke waktu rehat, Amar hanya melakukan perkara yang biasa dilakukannya. Namun, di penghujung waktu rehat dia memberanikan dirinya berdepan dengan Omar. Perlahan-perlahan dia mendekati meja Omar. Belum sempat dia membuka kata, Omar telah menyapanya. "Seronok berkelah kat pantai?". Soalannya itu mengejutkan Amar. "Bagaimana dia tahu?" bisik hatinya. "Kenapa tak ajak aku?" Kenapa ajak si Haikal dengan yang lain saje?" soal Omar lagi. Terkaku Amar seketika. Dia bagaikan tidak mampu mengeluarkan kata2. Dengan berhati-hati dia menjawab, " aku bukan tak nak ajak kau tapi cuba untuk damaikan kau dengan Haikal,". Omar mencebikkan mulutnya. "Kenapa tak bawa aku saje?. Aku kan 'adik angkat' kau,". Amar tak mampu menahan dirinya. "Tak apa lain kali aku ajak kau,". Omar mengangguk lemah. Amar segera beredar dari situ tanpa bertentang mata dengan Omar.
Keresahan makin jelas kelihatan pada wajah Amar. Fikirannya bercelaru. Apa yang dikatakan rakan-rakannya benar belaka. Dia semakin runsing memikirkan bagaimana Omar tahu apa yang dilakukannya dengan yang lain. Dia berjumpa dengan Fairuz di luar kelas. "Tolong aku tanyakan pada yang lain ada tak mereka beritahu Omar pasal rancangan kita tempoh hari. Aku risaulah. Omar seakan mengekori jejak langkah aku," rayu Amar. "Jangan risau mar aku akan tolong kau," balas Fairuz.
Petang hari yang sama, Amar mengajak yang lain berkumpul di perpustakaan sekolah. Tidak ramai pelajar yang berada di situ ketika itu. Mereka duduk berkumpul mengelilingi meja yang paling hujung di dalam perpustakaan untuk mengelakkan perbincangan mereka didengari orang lain.
"Kami tak ada sebarkan pasal perkelahan kita pada sesiapa,"
"Aku pelik lah macam mana dia tahu pasal perkelahan tu,".
"Aku rasa dia ada pakai ilmu kot," sampuk Badrul.
"Jangan merepek. Kita tengah serius ni," balas Naufal.
"Aku rasa dia godam whatsapp kau lah mar. Kitakan bincang pasal perkelahan ni dalam whatsapp je. Lagipun dia kan budak IT. Benda-benda macam ni kacang je bagi dia," ujar Haikal.
Mereka yang lain seakan setuju dengan pendapat Haikal.
"Kalau betul dia godam whatsapp aku nahas dia aku kerjakan," ujar Amar dengan kemarahan. Dia bingkas bangun dari tempat duduknya lalu bergegas pulang ke kelas untuk berjumpa dengan Omar. Mereka yang lain hanya mengikutinya sahaja.Di kelas masih terdapat kelibat Maisara dan Balqis yang sedang asyik mengulang kaji pelajaran manakala Omar hanya memerhatikan telefon bimbitnya. "Woi Omar aku nak tanya kau sesuatu," ujar Amar dengan nada yang tinggi. "Tanyalah," balas Omar bersahaja. "Macam mana kau tahu apa yang aku dengan yang lain buat minggu lepas?". Omar hanya tersenyum sinis. "Kau godam whatsapp aku ke?". Lagi lebar senyuman yang terukir di wajah Omar. "Biadap kau Omar," jerit Amar sambil menendang meja Omar. "Itu privasi aku kenapa kau heboh nak masuk campur,". Belum sempat Amar menghayunkan tumbukan ke muka Omar, Badrul dan Anuar telah menghalangnya dari belakang. "Sabar Amar. Jangan rosakkan nama baik kau dengan keluarga kau," nasihat Naufal padanya. "Salah ke apa yang aku buat?. Aku kan 'adik angkat' kau," Omar menyampuk. Dengan nada penuh kemarahan Amar membalas, "kau bukan 'adik angkat' aku dan aku bukan 'abang angkat' kau. Kau tu psiko,". "Sudah mar. Bad, Anuar bawa Amar keluar dari kelas ni sekarang," arah Haikal. "Maaf sebab mengganggu ulangkaji kamu berdua," tambahnya lagi sambil memandang ke arah Mai dan Balqis. Mereka terkejut dengan apa yang disaksikan mereka tadi. Belum pernah mereka melihat Amar mengamuk sebegitu rupa. Mereka yakin Omar telah melakukan sesuatu yang menyakiti hatinya. Suasana petang yang tenang kini dipenuhi dengan ketegangan.
YOU ARE READING
-PSIKO- (ANTARA DENDAM DAN KEADILAN)
AcakAkibat obsesi yang melampau Omar dipulau rakan-rakannya hinggakan dia berdendam dengan mereka. Apakah obsesi Omar sebenarnya? Apakah yang akan terjadi kepada rakan-rakannya? Hanya -PSIKO- ada jawapannya.