"Bad, cepatlah siap. Semalam beriya kau nak pergi rumah Fairuz sekarang kau pulak yang lambat,"ujar Anuar. Anuar baru sahaja pulang dari kelas petangnya manakala Badrul hanya memenuhi harinya dengan tidur kerana tiada kelas pada hari tersebut. " Yela...kacau je aku nak tidur. Lambat lagi kan," balas Badrul. "Geng bukan hari yang lambat kau tu yang membuta sampai tak sedar hari dah petang," tambah Anuar. Mereka segera bersiap untuk melawat Fairuz yang telah lama menyepikan diri.
"Kau rasa kenapa dia tak nak jumpa kita Bad?".
"Manelah aku tau. Bukannya aku ahli nujum. Tapi aku rasa dia sibuk kot. Dia kan usahawan terkemuka. Mesti banyak bende dia kena buat,".
"Betul la tu,".
Seketika kemudian, mereka tiba di hadapan rumah Fairuz yang terletak lebih kurang sejam perjalanan dari universiti mereka.
"Kau biar betul Bad kat sini rumah dia. Dekat je. Tapi kenapa kita tak pernah tahu?"
"Betul lah. Aku dah periksa kat internet memang ni lah rumah dia,"
"Kalau betul jom la pergi,"
Mereka segera turun dari kereta. Mata Anuar masih terbeliak kerana terkejut melihat rumah Fairuz yang sungguh gah bagaikan istana impian. Dari jauh Badrul menegur seorang tukang kebun yang sedang membersihkan laman rumah Fairuz.
"Asalamualaikum pakcik. Boleh saya tahu betul ke ni rumah Fairuz b. Zulkarnain?". "Waalaikumsalam. Betul nilah rumah tuan Fairuz tapi encik berdua ni siapa?" balas pekebun itu. "Saya ni.....Kami ni kawan Fairuz. Saya Badrul dan ni Anuar. Fairuz ade kat rumah?" soalnya lagi. "Ooo...budak geng 'tujuh bersaudara'. Silakanlah masuk tuan ade di dalam. Tapi, dah seminggu tuan tidak keluar dari biliknya. Saya pun hairan dengannya,". Mereka terkejut mendengarkan kata-kata pekebun itu. "Pakcik tahu kenapa dia jadi begitu?" Anuar mencelah. Pekebun itu hanya menggelengkan kepalanya. "Saya baru masuk kerja hari ni sebab minggu lepas saya balik ke kampung uruskan majlis perkahwinan anak saya. Bak kata jiran sebelah sudah seminggu mereka tidak nampak kelibat tuan keluar rumah. Rumahnya pun bersepah ketika saya datang. Saya tak sanggup nak ketuk pintu biliknya takut mengganggu privasi dia," jelas pekebun yang lebih dikenali dengan jolokkan Wak Zambri oleh jiran-jiran Fairuz. Wak Zambri membawa Badrul dan Anuar ke bilik Fairuz. "Encik berdua tunggu di sini biar saya buatkan air dahulu," ujarnya. Perlahan-lahan mereka mendekati pintu bilik Fairuz untuk memberikan kejutan kepadanya. "Pintu tak berkunci," ujar Badrul. Mereka ketawa mengilai. Mereka dengan pantas membuka pintu lalu menyergah Fairuz namun sebaliknya yang berlaku. Mereka yang dikejutkan oleh Fairuz sehingga terduduk Badrul. "Pakcik lekas naik ke sini tolong kami," jerit Anuar. Wak Zambri yang sedang asyik membancuh air di dapur segera berlari ke arah mereka tatkala dia dipanggil. "Kenapa ni encik?" soalnya kebingungan. "Susah untuk saya beritahu, pakcik lihatlah sendiri," ujar Anuar. Wak Zambri melangkah masuk ke dalam bilik Fairuz. "Allahuakbar, tuan Fairuz dah mati,". Badannya menggeletar. Hanya itu sahaja yang mampu diucapkannya. Dia melihat mayat Fairuz tergantung di kipas dengan tali yang menjerut lehernya. "Kenapa, kenapa kau bunuh diri," keluh Badrul. "Sudahlah Bad. Mari tolong aku dengan pakcik ni turunkan dia,". Dengan perlahan mereka meletakkan mayat Fairuz ke atas katilnya. "Pakcik tolong tengokkan dia saya nak telefon ambulans. Bad, jom ikut aku kejap,". Badrul hanya menurutinya. Tangisannya semakin jelas kedengaran. "Bad, kau tolong maklumkan pada yang lain pasal Fairuz. Aku nak telefon Amar jap," arah Anuar.
"Asalamualaikum Amar kau ade kat mane?,".
"Waalaikumsalam. Ye Anuar. Aku ade kat balai baru habis buat rondaan. Kenapa ni?".
Dengan nada yang sayu Anuar memberitahu Amar "Fairuz dah meninggal mar. Aku dengan Bad ade kat rumah dia sekarang ni tolong datang sini dengan ambulans. Nanti aku share location,".
"Astaghfirullahal'azim. Baiklah aku akan segera ke sana.
15 minit kemudian, sebuah kereta peronda polis dan ambulans tiba di hadapan rumah Fairuz. Anuar dan Badrul menyambut kedatangan mereka. "Mana dia?" soal Amar. "Kat dalam bilik,". Amar segera menyuruh medik masuk ke dalam rumah. Lintasan 'dilarang masuk' mula dipasang keliling rumah Fairuz. "Keadaan kat sini tengah sibuk. Aku sarankan kau dengan Bad balik dulu. Malam ni kita jumpa kat tempat biasa," pinta Amar pada Badrul dan Anuar. Mereka segera meninggalkan tempat tersebut tanpa memalingkan kepala ke belakang. Mereka hanya menunggu masa untuk berjumpa dengan Amar dan yang lain malam nanti.
Jam 9 malam. Hanya Badrul dan Anuar saja yang telah sampai di warung itu. Tiada kelibat rakan-rakan mereka yang lain. "Mana mereka ni Bad. Janji nak datang. Dah pukul berapa ni," ujar Anuar sambil melihat jam di telefon bimbitnya. "Haa tu Haikal dah sampai," balas Badrul.
"Sorry geng aku baru balik hantar Mai dengan Irwan pergi rumah Balqis. Suami dia takde 2 hari. Dia mintak Mai temankan dia," jelas Haikal. "Takpe. Kami faham orang dah berkeluarga lain. Sekarang ni kita order makan dulu sementara tunggu Amar datang," Anuar mencelah. "Oh ya aku lupa nak bagitahu Amar tak dapat datang malam ni sebab dia masih siasat tentang Fairuz. By the way, ape sebenarnya yang tengah terjadi sekarang ni?" tambah Haikal. "Aku pun tak tahu nak cakap ape dah kal. Kubur si Naufal tu masih merah lagi dah tambah lagi seorang. Lepas ni tak taulah mungkin kita pulak," keluh Badrul. "Kenapa kau cam ni Bad. Mungkin ni semua satu kebetulan," balas Haikal. "Aku tak rasa ni satu kebetulan kal. Aku rasa kita semua sedang diburu seseorang. Mungkin ade yang sengaja nak pecah-belahkan kita semua," jelas Anuar. "Kalau betul ape yang kau katakan tu aku cuma nak tanye satu perkara je. Siapa orang tu?," soal Haikal. "Kau dengan Anuar mungkin terkejut dengan apa yang aku nak kata tapi semua tahu siapa orang tu," celah Badrul. "Siapa? Omar?". Badrul menganggukkan kepalanya. "Tak mungkin. Takkan dia kot," balas Anuar. "Kau pun tahu dia cam mana kan. Dia kan marah kat kita sebab rapat dengan Amar,". "Tak mungkin lah dia. Dia pun dah lama menghilangkan diri. Dah...jangan fikir yang bukan-bukan. Buat masa sekarang kita tunggu je Amar. Mungkin Amar boleh jelaskan pada kita nanti," arah Haikal. Mereka menikmati makanan mereka dengan hati yang gelisah.
YOU ARE READING
-PSIKO- (ANTARA DENDAM DAN KEADILAN)
RandomAkibat obsesi yang melampau Omar dipulau rakan-rakannya hinggakan dia berdendam dengan mereka. Apakah obsesi Omar sebenarnya? Apakah yang akan terjadi kepada rakan-rakannya? Hanya -PSIKO- ada jawapannya.