Bab 7

409 20 0
                                    

"Tuan, tuan Hisyam mahu berjumpa dengan tuan di biliknya sekarang,". "Baiklah," balas Amar. Amar baru pulang dari operasi penyuludupan dadah yang dijalankan di kawasan 'panas' sekitar Kuala Lumpur. Dia segera ke bilik ketuanya untuk memberikan laporan.

"Asalamualaikum tuan,".

"Waalaikumsalam. Macam mana
dengan operasi tadi?"

"Alhamdulilah tuan, semua berjalan dengan lancar. Kami berjaya serbu sebuah gudang pemprosesan dadah dan menangkap sebilangan besar pekerja yang ada di situ."

"Bagus. Saya harap dengan operasi yang kita jalankan dapat memberikan amaran dan kesedaran kepada otang ramai tentang penyeludupan dadah ni. Oh ya ada satu kes pembunuhan yang baru berlaku sebentar tadi. Mayatnya telah dihantar ke hospital dan saya nak awak ke sana buat siasatan," kata tuan Hisyam sambil menyerahkan sekeping fail kepadanya.

"Nama mangsa tuan?"

"Mohd Naufal b. Saifullah ,"

Amar memandang ke arah tuan Hisyam dengan wajah yang terkejut. Dia melihat semula ke arah fail dan membukanya untuk  melihat gambar mangsa.

"Ada sebarang masalah, Inspektor Amar?"

"Tidak tuan cuma mangsa merupakan salah seorang rakan saya ketika zaman belajar dahulu," balas Amar dengan helaan nafas yang kuat.

"Awak mahu saya serahkan kes ini pada orang lain?"

"Tidak mengapa tuan. Sebagai seorang kawan saya sedih atas pemergiannya namun sebagai seorang anggota polis saya akan menegakkan keadilan ke atasnya. Mohon untuk bertolak sekarang tuan,". Amar bingkas bangun dari tempat duduknya dan terus menuju ke hospital.

Setibanya di sana, Amar bergegas ke makmal forensik untuk melihat mayat Naufal dan punca kematiannya. Biarpun air matanya berlinangan, sebagai pegawai polis dia tetap fokus meneruskan tugasnya. Ketika langkahnya menghampiri makmal, dia melihat dua kelibat lelaki yang amat dikenalinya.

"Asalamualaikum Bad, Anuar. Buat ape kat sini?". "Waalaikumsalam. Amar alangkah bersyukurnya aku dapat jumpa kau sekarang," balas Badrul."Kami tunggu Naufal. Kau mesti dah tau pasal dia kan?" sampuk Anuar. Amar menundukkan kepalanya. "Kenapa dia? Kenapa bukan orang lain? Sumpah atas nama tuhan kalau aku jumpa orang tu aku bunuh dia," Badrul melepaskan kesal dan geramnya lalu menumbuk dinding yang membelakanginya. Sambil mengusap belakang  Badrul, Amar berkata "sabar Bad. Perancangan Allah itu rapi. Sudah ditakdirkan dia pergi dengan cara yang cam ni. Mungkin dengan cara ni Allah nak ketemukan kita semua semula,". Amar memandang ke arah Anuar. Dia juga tidak dapat tahan perasaan sedihnya. "Mana yang lain?" soalnya. "Maisara dah maklumkan pada yang lain dalam whatsapp group kita. Haikal pergi  jumpa pakcik Naufal kat wad sana bincang tentang pengebumian Naufal. Fairuz sampai sekarang takde khabar berita," jelas Anuar. "Takpelah. Biar aku masuk dulu pergi tangok Naufal. Kau dengan Bad pergi kat Haikal. Kalau ade ape2 berita nanti aku maklumkan.

Anuar cuba menenangkan Badrul sambil mereka menuju ke arah Haikal. "Pukul berapa kita boleh kebumikan Naufal pakcik?" soal Haikal pada Hamdan. "Insyallah sekiranya semua proses kat sini dah selesai mungkin lepas Asar. Tentang mak Naufal janganlah kamu risau pakcik sendiri akan maklumkan pada dia. Moga Allah merahmati rohnya. Untung Naufal ade kawan macam kamu dengan yang lain," jelas Hamdan dengan tenang. Dia redha akan pemergian anak saudaranya itu. "Hah tu kawan kamu," ujar Hamdan pada Haikal. Haikal terus mendekati mereka. "Doktor kata ape pasal mayat Naufal?" soalnya keresahan. "Belum jumpa doktor lagi. Tapi tadi kami terserempak dengan Amar. Dia kata dia akan maklumkan pada kita sekiranya ade perkembangan," jelas Anuar. Badrul hanya mendiamkan diri sambil menahan api kemarahannya pada pembunuh Naufal. Mereka hanya memandangnya dengan pandangan yang sedih. Mereka turut merasai apa yang dirasainya sekarang.

Mereka duduk di bangku yang disediakan di kaki lima wad. Haikal melihat ke arah jam tangannya. Jam sudah pun menunjukkan pukul 3 pagi. Walaupun keletihan mereka tetap tunggu perkhabaran daripada Amar. Seketika kemudian, satu mesej masuk ke telefon Haikal. Dia membaca mesej tersebut. "Dari sape tu?" soal Anuar. "Amar. Dia kata proses bedah siasat telah pun selesai. Tiada kecederaan lain kecuali kesan kelar kat leher. Tengah hari esok mayat dah boleh dibawa keluar,"balas Haikal. Kebetulan Hamdan berada di situ. Haikal terus memberitahunya tentang keadaan mayat Naufal. "Baiklah. Pakcik akan maklumkan pada pihak masjid pagi esok. Kamu bertiga pergilah balik dahulu. Rehatkan diri. Kita jumpa esok kat masjid," katanya. Mereka hanya mengangguk faham. Mereka keluar dari hospital lalu terus pulang tanpa sebarang kata kerana kepenatan.

-PSIKO- (ANTARA DENDAM DAN KEADILAN)Where stories live. Discover now