"Selamat pagi bang. Mari duduk sini kita sarapan sekali," sapa Mai pada Haikal yang baru terjaga dari tidurnya. Dia membasuh mukanya dan memberus gigi sementara Mai menghidangkan nasi goreng dan segelas jus untuknya. "Mane Irwan?" soal Haikal. "Ade kat dalam bilik masih lagi tidur," balas Mai sambil menemani suaminya bersarapan. Sudah menjadi rutin harian Maisara menyediakan sarapan untuk Haikal sebelum suaminya pergi bekerja. Hidangan nasi goreng merupakan makanan kegemarannya. Namun tingkah Haikal berbeza pada hari ni. Dia hanya menjamah sesuap nasi dan seteguk jus. Selebihnya dia hanya mengelamun.
"Abang ok tak ni? Banyak kerja eh ke nasi goreng saya tak sedap?" soal Maisara mengharapkan kepastian. Haikal tidak mengendahkannya. Maisara terus menyoalkan soalan yang sama pada Haikal sehingga Haikal tersedar dari lamunannya. "Maafkan abang sayang. Abang cuma fikirkan pasal kawan-kawan kita. Sungguh cepat masa berlalu sedar-sedar je mereka dah takde. Kalau Naufal abang dah tak risau tapi si Fairuz ni....Amar pun satu. Dah 2 hari masih tak bagitahu kita punca kematian Fairuz. Abang bukan ape cuma risaukan keselamatan kita semua," jelas Haikal pada isterinya. "Saya faham bang tapi kalau dah sampai seru kita tak boleh nak buat ape. Serahkan saje pada takdir tuhan," pesan Maisara. "Sama-samalah kita berdoa supaya kita semua dalam lindunganNya. Takpelah awak pergi naik tengokkan Irwan saya nak tonton berita sekejap," ujar Haikal. Maisara segera naik untuk melihat keadaan anaknya. Tatkala leka Haikal menonton berita di tv, telefonnya berdering. Rupa-rupanya panggilan daripada Amar. Akhirnya saat yang ditunggu telah pun tiba.
"Asalamualaikum mar. Kenapa lama sangat kau siasat pasal si Fairuz tu. Jenuh kami menunggu kau," sapa Haikal. "Waalaikumsalam kal. Bukan aku sengaja tapi keadaan yang memaksa. Kita semua dalam bahaya," balas Amar. "Kau cakap ape ni, aku tak fahamlah" soalnya kebingunan. "Macam ni apakata kita jumpa. Kita dua je. Pukul 3 petang kat kedai Pizza Hut," . "Okay,". Mereka setuju untuk berjumpa tanpa pengetahuan rakan-rakan mereka yang lain. Seketika kemudian Maisara turun bersama Irwan yang sudah siap mandi. "Sayang, saya rasa rancangan kita untuk bawa Irwan jalan-jalan kat taman terpaksa ditunda," ujar Haikal dengan perasaan kesal. "Kenapa bang?" soal Maisara. "Tadi Amar telefon katanya nak jumpa abang sendirian. Mustahak tapi tak taulah pasal ape," jelas Haikal. "Takpelah bang. Abang pergilah jumpa Amar. Saya boleh bawak Irwan jalan-jalan dengan Balqis,". Maisara pasrah namun dia sedar perkara yang ingin dibincangkan Amar dan Haikal amat penting bukan sahaja untuk Fairuz tapi untuk ketenangan kehidupan mereka semua.
Seperti yang dijanjikan, Haikal tiba di depan kedai Pizza Hut pada jam 3 petang. Dia melihat sekeliling. Tiada kelibat Amar. Dia segera mengeluarkan telefonnya dan menghubungi Amar. "Amar kau kat mane aku dah sampai ni," ujarnya. "Aku nampak kau. Masuklah aku ade kat dalam," balas Amar. Haikal mematikan enjin keretanya lalu terus masuk ke dalam kedai. Dia melihat Amar dengan seorang lelaki di satu sudut. Amar melambai ke arahnya. "Kenapa kau nak jumpa aku sorang je? Kenapa tak panggil yang lain? Lagi satu siapa dia ni?" bertalu-talu soalan dilemparkan Haikal kerana keresahan. "Relax bro. Mula-mula sekali aku kenalkan kau dengan rakan kerja aku yang turut terlibat dalam kes Fairuz, Inspektor Hamdani,". Hamdani dan Haikal bersalaman. "Ok sekarang ni aku panggil kau sorang sebab aku taknak ganggu Badrul dengan Anuar sebab mereka tengah ade kelas. Aku panggil kau ni pun memang nak bincang pasal kes arwah Fairuz. Hamdani akan terangkan kat kita ape info yang dia dapat," tambah Amar. Haikal hanya mengangguk faham.
"Hamdani silakan,"
"Baiklah. Dari siasatan yang kami lakukan, Fairuz bukan mati kerana bunuh diri tetapi dibunuh,".
"Macam mana kau tahu?" soal Haikal. Dia terkejut dengan ape yang dikatakan Hamdani.
"Aku dah periksa mayat Fairuz. Tali yang diikat di lehernya terlalu longgar untuk membunuhnya. Lagipun kat leher ade kesan lebam seakan dicekik seseorang," Amar mencelah.
"Betul tu. Saya pun telah memeriksa kamera CCTV di rumah Fairuz. Sepanjang seminggu dia menghilang, hanya ade dua buah kereta saje yang datang ke rumahnya. Satu kereta Badrul dan satu lagi tak dapat dikenal pasti. Apa yang pasti kereta tu jenis perdana hitam. Kami syaki orang tu mungkin suspek utama kes pembunuhan Fairuz," tambah Hamdani. Haikal memandang ke arah luar kedai. Dia perasan sesuatu. "Macam tu,". Haikal menunjukkan mereka kereta perdana hitam yang terletak di seberang jalan. Hamdani dan Amar memandang ke arah kereta yang ditunjukkan Haikal. "Ya....jap dani cuba kau periksa nombor plat kereta tu," ujar Amar. "Samalah. Tu kereta suspek," jerit Hamdani. Mereka bergegas keluar dari kedai cuba untuk mengejar kereta tersebut namun terlambat. Kereta tersebut memecut laju meninggalkan kawasan itu. "Hamdani kau hubungi balai sekarang suruh mereka hantar unit peronda untuk kejar kereta tu," arah Amar. Situasi yang tegang. Mereka menyedari suspek mengikuti jejak langkah mereka. Mereka segera beredar dari situ dan berjanji akan berkumpul bersama pada esok hari.
YOU ARE READING
-PSIKO- (ANTARA DENDAM DAN KEADILAN)
RandomAkibat obsesi yang melampau Omar dipulau rakan-rakannya hinggakan dia berdendam dengan mereka. Apakah obsesi Omar sebenarnya? Apakah yang akan terjadi kepada rakan-rakannya? Hanya -PSIKO- ada jawapannya.