Bab 2

7.5K 131 1
                                    

  Berberapa hari lagi, genap setahun aku kenal dengan seorang gadis kampung bernama Alina. Aku masih ingat tahun lepas ketika kali pertama aku berkenalan denganya. Jiran depan rumah aku dulu. Tak sangka dia masih duduk di pangsapuri yang sama. "Afie, jom gi jalan. Bosan sial duduk rumah. Dah bosan tengok rumah ni." Jerit Lala dari dalam bilik. "Siapla. Kemas baju kau sekali. Kan dah bosan duduk rumah ni. Hahaha" "Babikau halau aku. Tapi kita pergi makan boat noodles nak?" "On je" jawabku ringkas. Tiba tiba telefon Asus zenfone selfie ku berbunyi. Tertera nama 'Pelat'. Ouh. Alina.

"Hello. Kau kat mana" tanpa memberi salam dia terus bertanyakan dimana keberadaanku. "Aku dekat rumah. Baru siap nak keluar. Asal?" Soalku. "Ingat nak ajak kau keluar. Hmm. Kau keluar dengan siapa, nak ikut boleh?" "Nak gi ane tak olehhh. Hahahaha. Jomla. Dua puluh minit aku sampai. Tak siap aku tinggal." Jawabku ringkas sebelum meletakkan panggilan. "Siapa tu?" Lala tiba tiba muncul dibelakang ku. "Woi mak kau terbang hilang!" Aku memang tak lari dari sikap melatahku. "Hahahaha stephanie ada je kat rumah tu tak lari kemana pun wey. Siapa tu? Lina eh?" "Ha ah. Pergi la cepat siap" Aku malas nak dengar soalan dia sebab aku tahu memang banyak soalan yang bakal menghancurkan otak kecilku.

Aku menunggu Alina di bawah rumahnya sambil membebel dan duduk di'Bumper' keretaku. Dari jauh aku lihat dia berjalan menuju kepadaku. Dia mengenakan kemeja biru hitam yang dilipat sedikit bersama seluar jeans hitam. Rambutnya yang panjang dilepaskan. Mana kala aku, memakai kemeja putih bersama 'jacket' denim berwarna biru tua. Dikenakan pula dengan jeans hitam koyak dibahagian lutut. "Comel jugak minah ni. Heh." Aku masuk kedalam kereta lalu memakai spek mata hitamku. "Poyo gila kau. Ni eh budak kena ketuk ketampi haritu?" "Sial la kau." Aku menarik hidung Alina yang berada di tempat duduk penumpang bahagian belakang. Dia menarik telingaku membalas dendam.

"Hai, aku Lala. Kau lina kan? Nice to meet you." Lala menghulurkan tangan bersalaman dengan Alina.
"Ni Adriana Alala eh? Sepupu Afie?" Alina sudah sedia tahu kerana aku pernah bercerita tentang Lala.

...

Alina .

Aku turun dari kereta. Dan mengekori Afi dengan Lala dari belakang. "Diorang niersembang sampai lupa aku kat belakang ni." Aku bermonolog sendirian didalam hati. Tiba tiba, Afie menarik tanganku dia memeluk bahuku. "Hilang kang menyusahkan aku pulak." Aku cuma tersenyum. Jawline, rambut, gigi. Haih, cuma ketinggian je kurang sikit. Sambil berjalan memikirkan kemana hendak dituju, kamipun bercadang untuk tengok wayang . Semua bersetuju jadi kami memilih tempat duduk dibahagian tengah. Lala berjalan bersama teman lelakinya yang baru sahaja sampai sebentar tadi.

Dalam wayang, baru aku tahu yang Afie ni seseorang yang kuat melatah. Sebab selama ni aku tidak pernah perasan. Sepanjang cerita itu dia tidak henti henti melatah dek kerana terkejut. Melatahnya bukan hanya di mulut, tangan kaki semua naik bersama. Habis tengok wayang kami pun makan di restoran 'Boat noodles' yang dicadangkan Lala. Tingkah laku Afie sangat berbeza dari yang sebelumnya. Dia takpernah bersikap begini. Dia pegang tangan aku sepanjang berjalan. Bila aku tanya alasannya takut aku hilang. 

Lala balik ke rumah teman lelakinya. Jadi Afie akan berseorangan dirumah. "Wey, malam ni teman aku jom? Aku bosanlah sorang sorang kat rumah." Aku pun bersetuju memandangkan aku sudah jemu menatap muka'housemate' ku. Dia parkir di tempat yang dikhaskan untuk rumahnya. Dia tinggal di Apartment. Rumahnya lengkap mempunyai kolam, taman, dan parkir khas untuk setiap rumah. "Wah kaya jugak kau Afie. Pakai kereta pun Toyota Vios."  "Alah rumah ni aku bayar dengan Lala. Sewa seribu sebulan. Kereta tu pun peninggalan arwah ayah aku. So tak perlu bayar bulan bulan." "Ooo. Selalu kau buat apa je kalau sorang kat rumah?" "Main game, gitar,masak, tengok cerita kat laptop. Tu je lah." Aku mengangguk tanda faham.

...

Afi

  Aku mandi dan keluar dari bilik air dengan memakai singlet dan kain tuala. Lalu masuk kedalam bilik. "Keluar keluar, aku nak pakai baju." Aku menghalau Alina. Namun dia kenal benar cara aku yang suka bergurau kasar.  "Ingat aku hadap ke nak tengok badan kau bukan sado pun wek." Alina keluar tanpa menutup pintu. "Woi hanjir tutup lah pintu balik. Kau nak intai kan?" Gurau ku sambil menutup pintu. "Euww hahahaha." kedengaran suaranya ketawa diluar. Aku mengenakan t shirt hitam dengan seluar pendek. Alina sedang mandi dan baju sudah aku sediakan. Aku melepak dalam bilik sambil bermain komputer riba kesayangan aku. Tiba tiba dia masuk dengan hanya memakai kain tuala. "Seksi." terkeluar seketul perkataan dari mulutku yang membuatkan dia membebel seperti kerbau sedang kemas rumah. "Keluar hanjir, sangap sangat ke haaa!" mungkin membalas dendam dek kerana aku menghalau dia tadi. 'putih jugak rupanya sunburn je. Aum.' Aku bermonolog sendiri.

Dia keluar memakai baju tshirt putih dengan seluar pendek yang menampakkan pehanya. 'Pfft. Baju tu jarang kenapa aku tak tahu. Nampak pulak body dia.' Aku berceloteh sendirian dalam hati. Aku langsung tak perasan baju aku terselak di bahagian perut. Dia menegur "Ouh kau ada 'four pack', kenapa aku tak pernah tahu?" "Eh apa ni usha body orang." aku menutup perutku dengan bajuku.  Yelah, risau pula dirogol Alina. Aku ajak dia bernyanyi dan aku memetik gitar untuknya. Sedap suaranya, merdu dan halus. Suaranya bermain ditelingaku. Sehingga aku hanyut dengan lagu yang dinyanyikan Alina. Hujan pula turun tanpa dipinta. Membuatkan aku kedinginan. Mata aku sudah pun layu. Lalu aku mengajak nya tidur.

Aku meletakkan bantal dan selimutkan diri aku dengan toto di atas sofa. Tiba tiba dia pun datang dengan mimik muka kononnya manja. "Nak baring kat sebelah kau boleh?" Aku tahu dia sengaja ingin menguji keimanan aku. Ah, takkan aku nak tolak pula? "Sinilah. Gedik. Manja la tu konon. Ee." Aku mencuit dagunya. Dia berbaring atas lenganku. Tak sampai setengah jam, aku tengok dia dah pun tertidur. Hati aku tiba tiba berdebar bila tengok dia tidur. Lagi lagi bila tangannya memeluk erat tubuhku yang kedinginan. Komputer riba aku Shut down dan letakkan disebelah sofa. Aku kucup dahi dia, dan peluk dia erat bagai tiada lagi hati esok. Sejak dari bila aku pun tidak tahu, aku rasa lain. Aku tak mengerti dengan hatiku sendiri. Aku rasa satu perasaan yang berbeza apabila dengan dia berbanding dengan skandal dan perempuan perempuan yang pernah aku permainkan dulu. Aku tak pernah ajak mana mana mereka datang rumah aku, keluar dengan aku. Date pun kat kolej atau di tempat berdekatan . Aku tak tahu apa kena dengan perasaanku. Alina, adakah aku dah mula mencintai kau? Tapi yang pastinya, skandal skandal aku masih ada. 

'kau hadir tanpa
Kusadari
Mengisi kekosongan hati'

1073  words untuk chapter 2 . Nantikan chapter seterusnya.

Aku [Completed] Where stories live. Discover now