Bab 9

3.7K 62 8
                                    

  Hari demi hari berlalu. Pantasnya masa berlalu, sudah tiga minggu Afie menjalinkan hubungan bersama Alina. Bercakap melalui telefon dan panggilan video tidak cukup untuk mengubat rindu yang tersemat. Namun masing masing tetap bertahan dengan kesetiaan walaupun rindu terus menghiris dan menikam hati. Kenangan terus menghantui fikiran satu sama lain. Namun, kerana kasih sayang yang tak pernah pudar. Mereka tetap saling mencintai.

  "Eh ni budak tu kan. Budak baru yang sombong tu." Kata salah seorang lelaki dari tiga orang lelaki yang berada disitu. Afie hanya mendiamkan diri dan menyedut batang rokoknya dengan tenang.
"Woi, kau newbie kn. Takpayah nak acah sangatlah." Salah seorang dari mereka datang dan menolak Afie.
"I am not in mood. Sorry. Gotta go." Afie melangkah pergi menuju ke keretanya. Tiba tiba salah seorang dari mereka datang dan menarik baju Afie.
"Kecut ke sial?" Tanpa banyak bicara lagi, Afie terus menumbuk mukanya. Dan mencekiknya.
"Aku kata, I am not in fucking mood!" Tengking Afie sebelum dua orang lagi rakannya datang dan menumbuk Afie. Afie mengelak dan menghantukkan kepala salah seorang dari kumpulan tersebut ke palang besi. Dan seorang lagi ditolak Afie sehingga jatuh tangga dan cedera ringan. Afie mengelap mukanyanya yang dibasahi titisan darah akibat dari tumbukan si gempal tadi. Dia mengelap mukanya menggunakkan 'Bandana' berwarna hitam kegemarannya.

[Rujuk gambar kalau tak tahu.]

[Yang warna hitam dia pakai tu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

[Yang warna hitam dia pakai tu.]

  Dia mengeluarkan kunci keretanya dari begnya. Dan membuka lock keretanya. Dan masuk kedalam keretanya. Darahnya dilap lagi. Tiba tiba ada satu panggilan masuk ditelefonnya.'Alah time ni lah nak video call' Rungut Afie. Dia mengangkat.
"U, kenapa muka lebam mulut hidung darah darah tu!" Soal Alina cemas.
"Tak ada apalah u, budak ofis ni ha. Cari gaduh." Jawab Afie yang sedang memandu. Telefonnya diletakkan di 'phone holder ' yang disediakan diatas 'dashboard' keretanya.
"Macam mana boleh jadi. Ni mesti u pergi pukul dulu kan. I tahu sangat dah u punya panas baran kalau orang kacau u time badmood. Haih."

  "Mana tahu i moody? I tengah isap rokok tiba tiba dia. Eh em. Hehehe." Afie terlupa yang Alina melarang keras Afie dari merokok.
"Afie, i dah kata jangan merokok kan. Kenapa u ni degil sangat ha. Nak sangat ke mampus. Tak sayang i dah ke. U ni, i merokok kang balas dendam baru u nak menyesal. Aa lepastu.." Belum sempat Alina menghabiskan bebelannya Afje memotong.
"I mintak maaf. Jangan bebel please. I tengah sakit kepala ni."
"Yelah yelah. Jangan lupa makan ubat okay. U merokok lagi i gigit i ranap u." Kata Alina sambil membuat memek muka.
"Baiklah sayang. Eee u ni comel sangat apasal." Afie tersenyum melihat karenah Alina.

...

  Tiga hari lagi, genaplah sebulan mereka bersama. Afie membuat keputusan ingin membuat kejutan. Dia bercadang untuk pergi ke kampug Alina.

  Afie mengemas pakaiannya. Dan memasukkan setiap barang yang penting. Dia akan berangkat hari ini. Iaitu dua hari sebelum genap sebulan mereka bersama. Baju telahpun siap dikemas, Afie mencapai kain tualanya dan mandi lalu bersiap siap.

...

Sebelum memulakan perjalanan, Afie membaca doa menaiki kenderaan dan mendokan akan perjalanannya selamat sampai.

'U, semua ni i buat untuk u. I rindu u sangat sangat. I datang dari sini semata mata nak jumpa dengan u. I harap, u suka hadiah i.'

  Afie menutup diarinya dan memulakan perjalanannya. Dia menoleh memandang hadiah yang disediakannya. Dia tersemyum. Sekali sekala dia meneguk air masak yang dibelinya sebelum memulakan perjalanan. Tiga jam setengah berlalu. Badan Afie terasa letih. Dia berhenti di RnR. Dan tidur sebentar. Dua puluh minit kemudian, telefon bimbitnya berdering, dia mengangkat.

  "Hello, boleh i tahu ini siapa?" kata pemanggil tersebut.
"Eh, kau yang telefon kau tanya aku siapa." Afie mengerutkan dahinya.
"Sorry, i cari Zakwan. U tahu tak dia gimana zulaikha. Hmm. Dari pagi tadi i call tak angkat."
"Kepala opah kau Zulaikha, aku Afie lah. Kau salah nombor ni."
"Oh Shit." Panggilan diletakkan.

  Afie melihat jam dikeretanya. Jam sudah menunjukkan pukul dua belas tengah malam. Afie mengalas perutnya dengan sedikit snek dan meneruskan perjalanan. Dua jam kemudian, sampailah Afie ke destinasi yang dituju. Dia menyewa bilik hotel dengan katil single.

...

Alina

  Cahaya mula menembusi tingkap bilikku. Aku bangun dan menggeliat. Aku mencapai telefonnya. "Hmm, tak ada morning wish pun. Takkan dia masih marah pasal semalam?" Aku meletakkan semula telefonku. Aku pergi ke dapur untuk meminum air bagi menghilangkan dahaga. Tiba tiba telefonnku memainkan lagu dengan sendirinya. Aku berlari anak mendapatkan telefonku. 'Hak elah alarm ke. Hm.' aku mencampakkan semula telefonku. 'Afie where are you. Macam budak budak perangai nak merajuk lama lama. Aiyoyo.' Bisik hatiku sebelum telefonku sekali lagi berdering. "Afie!" aku mengangkat.

  "Assalamualaikum, good morning. Sorry about last night."
"Its okay. Tak ada apalah."
"You know i hate being ignored." Kata Afie dengan suara yang mendatar.
"Hahahaha Alololo." Afie mematikan panggilan. Masih marah agaknya.

...

Afie

'Sejak aku berjauhan dengan Alina, semakin hari, semakin kerap aku menulis diari. Aku tak tahu tapi hati aku seperti hendak mengatakan sesuatu. Hati aku berkeras untuk membawa aku kemari bertemu dengan Lina. Aku tak tahu apa kena dengan aku. Sejak kebekelakangan ini aku kerap sangat menangis. Mungkin setiap malam. Sedangkan aku tak ada masaalah yang berat. Hmm. Entahlah.'

  Aku menutup diariku. Aku mencapai telefonku. Gambar aku dan Alina satu persatu aku tatap. 'Aku sayang relationship aku. Aku sayang sangat. Aku akan pertahankan relationship ni. Sampai tiba masanya Allah menjemput aku, atau.. dia.' Mataku berkaca. Lalu turunlah manik manik jernih dari mataku terus turun ke daguku. Aku menghantar suara berdurasi dua saat kepada Alina. Dalam pesanan suara yang berdurasi dua saat itu, aku mengatakan "I love you."
"I lebiu too. Dah janganlah merajuk merajuk. Hm. Nanti muka macam angsa." Alina juga menghantarkan pesanan suara kepadaku.

...

  Malam ini akan tibanya waktu yang dinanti nanti Afie dan Alina. Iaitu tarikh dimana mereka akan genap sebulan bersama. Segala persiapan telah dibuat Afie untuk kejutan yang akan dibuatnya. Terserlah kebahagiaan diseri wajahnya.

Rindu, tak akan boleh dibuktikan dengan lafazan dari bibir.
Rindu, adalah lumrah apabila hati mula sayang.
Rindu, sesuatu yang menyiksakan bila terpaksa diluah dengan air mata.

Hati, yang terlihat keras dizahirnya namun kenyataannya ia mudah terluka.
Hati, dimana sesetengah orang mempunyai hati dengan naluri yang kuat.
Hati, dimana segala rasa bersemadi.

Sorry cause this part is too short. I am so busy. Ni pun tulis jam dua setengah pagi. Esok kerja. Hua. Hua. Hua.

Aku [Completed] Where stories live. Discover now