Alina
Aku bersiap siap untuk ke rumah Afie. Untuk melihat akan keadaannya. Aku mengenakan sweater biru dan jogger pants hitam. 'panas betul petang ni.' bisik hatiku ketika sedang duduk di stesen bas. Aku membelek belek telefon mudah alih ku. Cuba memanggil Afie lagi. Namun hampa, telefonnya dimatikan. Bas pun sampai dan aku mengambil masa kira kira tujuh minit untuk sampai ke rumah Afie dari stesen bas rumahnya.
"Assalamualaikum. Fie oo Fie. Afiee." Aku mengetuk pintu rumahnya bertalu talu. Sehingga lah pintu itu di bukadari dalam. "Eh kau buat apa datang sini naik apa ni? Masuklah." Afie yang hanya memakai baju tshirt bewarna hijau turqoise dan seluar pendek membuka pintu dan mempelawa aku masuk. Mukanya pucat. Berjalan pun lemah. Aku memapah Afie hingga ke bilik. Katanya dia pening. "Kau datang sini naik apa?" Soal Afie yang sedang berbaring di katil. "Naik bas. Tak apa aku tahulah nak balik macam mana nanti. Yang penting kau makan ni dulu." Aku membuka bekas yang berisi bubur ayam yang aku masak sebelum ke rumah Afie.
"Makan ni, baru ada tenaga baru cepat sihat. Dah la muka lebam. Habis tak hensem." Aku menyuapkan bubur ke Afie. Dia makan penuh berselera. "Kalau tak lebam hensem ke?" Afie mengangkat keningnya. "Tak jugak." Aku nak puji dia? Memang tak lah. Nanti kembang macam maggi pula. "Ala dah habis ke. Lain kali bawak la banyak sikit. Satu periuk. Macamni tak puas makan." Rengek Afie. "Alolo nanti aku masak satu kawah makan sampai muntah okeyh?" "Kalau kau masak boleh je." Afie mengenyit mata. Tak padan dengan sakit, menggatal pula! Aku menyuapkan dia ubat dan menuam lebamnya. Shaun pula entah duduk I.C.U katil berapa. Tiba tiba, Afie memegang tanganku. Dan menarikku.
Dia menolakku dan menyuruhku agar baring disebelahnya. Perlahan lahan dia naik keatas badanku. Dan merapatkan muka nya memandang tepat ke anak mataku. Terasa nafasnya yang hangat. Dia menutup matanya dan perlahan lahan mencium bibirku. Dalam lebih kurang lima saat, dia melepaskan ciuman itu. Hati aku berdetak laju, seakan baru lepas berlari lima kilometer. Apa yang baru berlaku antara aku dan Afie? Afie baring dan menutup matanya. "Thankyou" Afie mengucapkan terima kasih kepadaku, sebelum dia terlena diulit mimpi. 'Kau gila la Afie! Patutla orang gelar kau psycho!' Aku mengomel sendirian. Perasaan ku bercambur baur antara suka, dan benci. Setelah puas berangan, kini aku pula yang terlena disisi Afie.
Afie
Aku menggeliat. Jam sudah menunjukkan pukul enam petang. Alina masih dibuai mimpi disebelah aku. Aku membelai lembut rambutnya sebelum bangun dan mandi. Usai mandi, aku membuka diari ku.
'Bila kamu menghargai
Sosok hadirku dalam hidupmu
Tolong sayang tolonglah tolong
Jangan ingat mantanmu lagiAku ini masa depanmu
Sedang dia masa lalumu
Tolong sayang tolonglah tolong
Jangan simpan foto dia ~Alina, aku sedar. Aku dah mula cintakan kau. Lebih dari segalanya. Jangan pergi, aku tak kuat tanpa kau disisi. Aku nak kau sentiasa bersama aku. Walaupun aku tak boleh memiliki kau. Aku nak kau tetap ada. Aku bahagia sejak kita mula rapat. Aku bahagia sangat. Aku taknak kebahagiaan aku pergi lagi. Cukuplah aku tak ada keluarga yang bahagia. Permintaan aku, kau tetap ada disisi aku, sampai tuhan menjemput aku.
Aku menutup diari ku. Aku menyeka air mataku. Aku melihat Alina yang baru sahaja sedar dari tidurnya. Diari ku simpan. Aku tersenyum melihat dia. Biarlah dia anggap ciuman aku sebagai satu tanda terima kasih. Sedangkan aku nak bagitahu yang aku menyintai dia. Biarkan. Biar aku simpan perasaan ini. Bagaikan air dan ombak, kita takkan pernah terpisah. Alina mendekati aku. Dia duduk atas riba aku yang sedang duduk di kerusi. Dia bersandar dibadanku. Dadaku berdebar. "Wei aku sakit tekak lah. Dah tak ada suara dah tak boleh gedik gedik dah." "Alah alah manja mengalahkan orang sakit. Nanti aku beli madu okey?" Tangan aku merangkul dan memeluk perutnya. "I love you." Aku berbisik di telinganya. Dia memandangku. Dari riak wajahnya dia sedikitpun tidak terkejut dengan kata kata yang baru aku lepaskan. "I love you too." tangannya memegang tanganku yang memeluknya.
Punyi pagar kedengaran. Lala sudah pulang. Aku bangun dan menunggu dihadapan pintu bilik. "Eh abang Anas pun ada?" Aku menyalam abang Anas. Teman lelaki Lala yang sudah seperti kakak ku. Berbadan tegap dan berketul ketul. Seram aku dibuatnya. "Tali bra tu cover sikit" Aku menegur Lala. "Hahaha kepala hotak kau." Lala menghempun aku dengan bag berjenama Gucci. "Sakitlah." Aku menggosok gosok bahuku. "Ni korang ni dah couple ke apa? Berkepit je." Soal Lala. "Tak adalah." Aku melepaskan keluhan berat. Dan mengajak Alina menyiapkan Assignment. Memandangkan dia membawa komputer ribanya bersamanya.
Usai menyiapkannya aku menghantarnya pulang. Lalu aku pergi ke tempat kegemaranku. Di tasik yang mempunyai jambatan. Disinilah aku selalu melepak bersendirian untuk menenangkan diri. Angin malam menyapa lembut dipipiku. Aku mendongak, mengira bintang dilangit. Hanya ada dua bintang. Itulah aku, dan kau. Aku mula teringat kalimat cinta yang telah aku berikan kepada perempuan yang pernah ku kenali. Tak pernah satu pun yang seikhlas aku berikan kepada Alina. Aku takboleh nak nafikan perasaan aku. Aku mengeluh sendirian. Ping! Telefon ku berbunyi menandakan ada mesej masuk. Oh Lala menyuruhku untuk balik dan makan bersama. Aku hanya menurut.
...
Alina
Jam menunjukkan pukul dua petang. Aku baru sahaja habis kelasku. Aku melihat Afie sedang menuju masuk ke kereta. Sewaktu aku hendak memanggilnya, ada seorang perempuan berkulit putih bermata sepet datang memeluk Afie. Dan aku mendengar perkataan 'i miss you' keluar dari mulut perempuan itu. Aku terus berpatah balik. Pulang ke rumah. Hendak makan tak berselera. Siapa perempuan sabah itu? Soal hatiku. Soalan itu terus bermain difikiranku. Takkan skandal dia kot. Setahu aku dia sedang menjauhkan diri dari semua skandalnya. Kerana mahukan ketenangan. Dia membuka laman instagram Afie. Distalknya hingga ke foto terakhir. Maka terjumpalah gambar zaman remaja Afie bersama perempuan itu. Suhaila.
Nantikan chapter seterusnya. 'aku'
YOU ARE READING
Aku [Completed]
RomanceAfie . Seseorang yang terkenal dikolejnya dengan gelaran 'playboy'. Mustahil kah seseorang yang 'selfish' Seperti Afie jatuh cinta?